Datang ke Aquaria KLCC untuk kali ke-dua. Pernah pergi sini dulu tapi time tu Azeq kecik lagi. Dulu datang sini Fina dalam perut mama. Kali ni Fina dah lahir. Suka la anak dara tu, dari hari ke hari asyik berzikir 'nak tengok fish, nak tengok fish' pitam mak.
Masuk Aquaria memang agak mahal tapi berbaloi ke dengan bayaran yang mahal? Dalam umur meningkat naik budak2 baya 2-6 tahun banyak benda baru nak explore dan baru nak mengenal benda. Bila bawak ke Aquaria keterujaan tu lain macam sikit. Kita sebagai mak apak pun secara tak langsung akan rasa excited bila anak happy. Umur macam ni la seronok spent time dengan anak2, nak gomol2, nak peluk cium puas2, bila diorang dah besar banyak buat hal sendiri.
Sebelum ke Aquaria KLCC, lawatan ke kilang Beryl's kat Seri Kembangan.
Masuk Aquaria memang agak mahal tapi berbaloi ke dengan bayaran yang mahal? Dalam umur meningkat naik budak2 baya 2-6 tahun banyak benda baru nak explore dan baru nak mengenal benda. Bila bawak ke Aquaria keterujaan tu lain macam sikit. Kita sebagai mak apak pun secara tak langsung akan rasa excited bila anak happy. Umur macam ni la seronok spent time dengan anak2, nak gomol2, nak peluk cium puas2, bila diorang dah besar banyak buat hal sendiri.
Sebelum ke Aquaria KLCC, lawatan ke kilang Beryl's kat Seri Kembangan.
Tiket masuk ke Aquaria KLCC :
Warganegara dengan Mykad
Dewasa RM 46
Kanak-kanak RM 35
Warga emas RM 35
*Kanak-kanak bawah 3 tahun - free
Pelancong asing
Dewasa RM 64
Kanak-kanak RM 53
Warga emas RM 43
*Kanak-kanak bawah 3 tahun - free
Kat dalam tu flash camera tak dibenarkan, sebab akan menganggu hidupan laut. Ambil gambar pakai hp je, nak cantik macam mana lampu pun malap2 macam sorong bantal minta tidur
tengok, sape yg paling excited. tadi dia yg melalak nangis 'nak mama, nak mama' tak boleh mama hilang kejap, malu kawan2 tengok
ini gamat, boleh pegang dan sentuh tapi tak boleh bawak keluar dari air.
Brader tourist guide yg conduct budak2 ni bagus sangat melayan karenah budak2. Bujang & umur dalam 20an siap nyanyi2 lagi. Boleh la purpose untuk calon menantu. Rupa pun boleh tahan *ngegege
Electric zone. ini ikan pe tah nama ye, kalau pegang mau kena karan rambut terpacak. Ikan ni ada electric.
alololo comei ye awak, mulut macam nak mintak penampar, asyik nak mencium orang je. Time kitorang sampai, ikan ni menari2 depan kitrang, berenang sana sini, suka sangat orang kerumun dia.
sebijik macam dalam cerita Finding Nemo.
Sape yg tak pernah datang Aquaria, kat dalam tu ada single tank setinggi 15 kaki dan isian air masin 2.5 juta liter air, dalam tank ada pokok besar dan beratus spesis ikan.
Mr.shark plezz don't eat me
Teruja dengan terowong underwater tunnel sepanjang 90 meter!!
Tak sabar nak masuk underwater tunnel sebab dulu masa pergi tak dapat nak menikmati hidupan laut dengan aman, Azeq melalak2 taknak masuk sebab takut. Kali ni mama menikmati keindahan hidupan laut dengan sepuas2 ye, dapat tengok dengan jelas kiri, kanan, atas kepala ikan jerung, ikan pari, penyu lalu lari2 kat atas kepala. Ikan kat sini semua besar2, agak ye apa la depa makan.
underwater tunnel sepanjang 90 meter
mr.shark, tajam ye gigi awak, gosok gigi tak ?
masa kitorang pergi, tengah feeding time. Suka kanak2 bila ada orang dalam aqurium, siap lambai2 lagi.
scary betol mula pari ni lah.
Octopus | besar macam gergasi, Fina tengok terjerit2 sebab octopus ni gerak2.
Teruja kanak2 ni bila aqurium besar ada depan mata.
hai penyu, jinak ye awak
Masuk ke station aquarius
Station aqurius ni workshop yang berteknologi tinggi mengenai hidupan laut. Ada empat lab iaitu genus lab, seahorse lab, jellyfish lab dan moon lab.
seahorse | sebesar ibu jari je seahorse ni
jellyfish | macam ni rupa obor-obor, kalau kena badan mau gateeelll
Habis pegembaraan dalam Aquaria, terus tembus ke kedai cenderamata. Barang kat sini macam biasa la, MAHAL
alololo comei ye budak birthday gurl ni, tak dapat hadiah pun takpe kan, dapat jalan2 pun ok
Habis jalan2 dalam Aquaria KLCC, terus bawak kanak2 pergi makan. Tajaan oleh KFC
Birthday gurl yg kepenatan. Tak meragam dah cukup bagus.
Bagi aku ok la kalau nak bawak anak2 datang ke Aquaria KLCC, banyak hidupan laut yg boleh anak2 tengok dengan jelas depan mata. Ini pun sebab ada rombongan sekolah si hero, dapat la tiket murah dengan harga pakej. Kalau anak berderet nak masuk sini berkira2 jugak, tengok tiket je dah tepuk dahi acaner...!!
Pernah pergi sini dulu pada tahun 2013 | mengembara dunia ikan di Aquria KLCC
Tag :
KLCC
10 Komentar untuk "Aquaria KLCC untuk kali ke-dua"
Confession : tak pernah g aquaria. Haha..padahal sekangkang kera dari rumah
sal, try la pergi dengan geng.jepun dah sampi. Aquaria sebelah rumah takkan tak sampi hahaha
ok save dalam lits tempat ni!!!
Pernah pergi 10 tabun lepas kot. Free jaaa kawan belanja..kekeke.. la ni kena pi balik bawak Aqlan la before dia naik 3 tahun.
save siap2 ye
betul tu, aqlan tak smpi 3 tahun msuk free..
Cantik penyu mereka.. Dtg sini bawa anak2 mmg berbaloi. Lbh2 lg bila tgk reaksi dan kelatah anak yang excited, happy dan pelbagai ragam lg
nory baru sekali je pergi awal tahun aritu...rasa nak repeat lagi nanti...besttt
tengok tiket masuk pun boleh pitam..hahha
penyu dia besar, semua besar2 la, shark pun besar
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.