Happy birthday Fina



happy birthday

Happy birthday my munchies princess Fina.

Tahun lepas Fina tak dapat nak potong kek sebab demam. Semua dah standby dengan birthday party, lepas tu birthday girls demam pulak. Orang ramai datang nak tengok birthday girls potong kek, sekali melepek je demam. Lepas birthday party, terus elok sihat. eh2 tiba2 terus sihat ye, ada yang cakap nak beralih tahun la, beralih bulan la.

So, tahun ni taknak buat birthday party, cukup sekadar sambut dengan family. 

Back to 3 years before wujudnya my princess.
Bila tengok ada double line kat preggy test, 1st HAPPY.. 2nd WORRIED. 

HAPPY sebab memang nak anak pun time tu, so tak kisah pregnant.. sekali scan baby GIRL... Alhamdulillah.. dapat sepasang. lagi berganda2 happy

WORRIED
1. KEWANGAN, time tu laki aku keje pun tak stabil, ekonomi keluarga lagi la paras2 hidung. Anytime dia boleh kena kick dari company dia, sebab time tu kes banyak buang pekerja.

ke-2 : RUMAH duduk pun rumah sewa yg dua bilik, cemana anak nak membesar dengan kawasan yg tak berapa elok, masalah parking lagi, duduk kat KL ni parking one of problem utama, emosi orang menggandung ni macam2 hal fikir.

ke-3 : KOS Kos pengasuh, susu, pampes semua jadi double, pening gak memikir tu

Tapi aku percaya setiap anak yang Allah bagi ada rezeki tersendiri. 

Tapi bila Fina lahir je, pelengkap keluarga cukup setakat ni dapat sepasang. #puteraputeri permata hati. Rezeki Allah nak bagi datang sedikit demi sedikit. Sejak Fina lahir aku dapat beli rumah. Amir dapat job baru, better than before this. Dapat beli lori sendiri (side income). First pindah rumah, yela baru pindah rumah duit banyak keluar. Aku try masuk peraduan Tolong rumahku Nippon Paint, sekali menang. Dalam pantang banyak sangat gift orang bagi, sampai tak payah beli kelengkapan untuk Fina. Breastfeeding kan Fina lebih dari 2 tahun. Susu badan melimpah ruah, rezeki sangat walaupun tak sangka dapat breastfeed. Kalau aku masuk peraduan pe2 la, letak gambar anak, insyaAllah menang. 

Bila dah besar senang sangat jaga, membesar sama2. Fina more learning, apa si abang buat dia buat jugak, jadi ikutan walaupun time tu umur dia kecik lagi. Bila membaca dia pun membaca walaupun sebutan keluar bahasa jerman

Mama sayang sangat anak2 mama. Sayang sangat Fina walaupun tak sangka preggy dapat baby girl. sebab my instint macam baby BOY. Patut la lasak semacam, kalau melompat macam jantan bahahaa Rezeki anak jangan dipersoalkan, Allah dah planing yg terbaik untuk kita. 
Fina pembawa rezeki & kebahagiaan mama & abah. 
Azreq kegembiraan kami & pembawa tuah. 

Love both of u, my apple eye!!



love,
mama, abah, abg.Azreq.




7 Komentar untuk "Happy birthday Fina"

singgah pagi isnin
semoga semuanya berjalan lancar

Tq.untie sal..opss trus naik pagkat jd untie..mn hadiah bezday from jepun hahaa

Alahai sayang Fina...Allah bagi rezeki limpah ruah untuk seisi keluarga. Ada orang sanggup gugurkan..yang terbaik Allah dah sediakan..happy birthday Fina. Takyah minta adik..tunggu umur 5 tahun ok. Haha.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top