Samsung Galaxy A9 Pro idaman kalbu




Samsung galaxy A9 Pro idaman kalbu abah, bukan aku punya. hik hik

Abah jenis yg sebelum beli dia akan survey banyak tempat, bukan survey satu tempat terus beli. Aku pun tak pasti apa yg menarik minat abah terhadap A9 pro ni. Bagi aku yg paling penting kalau membeli handphone part camera yg paling penting, muka umpama bulan tapi bila snap terus bercahaya bak bintang


Mula2 abah berfikir nak beli handphone atau nak repair kereta, lepas tu aku cakap abah nak beli ape beli la, pasal kereta tu pun dah lama, kalau repair pun high maintenance. Apa rasa nak beli, beli je. Baru sekarang nak merasa senang, anak2 pun dah besar. Tu pun satu kepuasan untuk diri sendiri. Nak payung belikan kan hp seketul tak mampu, dapat belikan casing pun jadi la. Casing pun mahal tau. Nah kitorang hadiahkan abah CASING hp..hik hik *mirayangbelanjacasing

samsung galaxy A9 pro

Apa yang best Galaxy A9 Pro ?

Rekabentuk
Pertama kali pegang handphone ni agak nipis hanya 7.9mm dan menggunakan panel Gorilla Glass 4 yang mempunyai skrin bersaiz besar. Pegang pun kekok, nasib bukan sendiri punya, ajet2 pinjam buat selfie je la. Puas hati tengok kalau skrin besor ni, tak la terkemut2 nak tengok gambar.

Finger scanner/pengimbas cap jari
Galaxy A9 pro ni salah satu kelebihan dia mempunyai finger scanner di mana berfungsi sebagai akses log masuk ke web. Macam punch card la ada yg pakai finger scanner. Masalah di sini sekiranya akses log pakai finger scanner, sekiranya finger tak match akan mintak password, kalau jenis memanjang asyik lupa password, better jangan pakai finger scanner. Satu lg masalah akan timbul sekiranya jari luka ke kan dah menyusahkan.

Kamera
Kamera adalah bab yg paling penting sekali, kamera belakang 1.6mp (OIS) Optical image stabilization yg mengurang gegaran ketika mengambil gambar. Agak2 tangan pakinson tu sesuai sgt A9 pro ni. Kamera depan pulak 8mp yg mampu menghasilkan selfie yg cemerlang, wooooou. Hasil imej kamera depan yg terang dengan keperincian yang baik untuk situasi mesra cahaya. Ia juga mempunyai fungi Palm selfie iaitu selfie dengan hanya menunjukkan isyarat tangan. Wide selfie pun ada iaitu memudahkan untuk mengambil selfie secara beramai2. woww best kan! Bahagian kamera aku berpuas hati sangat, muka akan terus nampak flawless walaupun ada jerawat batu berketul2.

samsung galaxy A9 pro
  flawless tak muka hakak !! Suci, murni, parut kat dahi pun tak nampak, kalau sape yg kenal aku parut di dahi tu sebagai tanda, memang nampak kalau ambil gambar

samsung galaxy A9 pro
 dapat kat anak cucu, memang penuh la gallery handphone gambar selfie hik hik
sebenar ye gambar ni ada gegar sikit, tapi nampak ok je. Tangan kecik pegang hp skrin besor, mcm kekok nak tekan snap kat mana.

samsung galaxy A9 pro
 cahaya terang macam ni ingat boleh dapat gambar yg cantik. Hp ni boleh.

samsung galaxy A9 pro
 cantik bunga orkid mak ni.

samsung galaxy A9 pro
gambar sharp walaupun snap ikan dalam air.

samsung galaxy A9 pro
ni gambar zoom dari jauh, still nampak clear. Budak2 ni tak duduk diam, tengok Fina terpusing sana, aku jugak maintain cun

Fast charghing 
cas penuh hanya 2 jam 43 minit. (ini aku google) hahaha

Storage 
32GB ROM + 4GB RAM dengan 64GB microSD Memory Card.

HARGA berapa ?
Harga pasaran RM1,999 kosong
tapi abah tah berapa kali datang kedai handphone sampai cina kat kedai tu kenal abah. Dia bagi RM1,950 sekali dengan HD tempered glass, charger, hand free tu biasa la per set sekali. Tempered glass ni cover skrin hp kalau kena benda tajam, kunci, pisau ke tak calar la.

Beli kat mana?
beli kat Wangsa Walk, kat dalam tu dah macam syurga gajet. Nak apa semua ada, dah macam low yat, parking pun senang, kedai makan pun banyak, wayang, bowling ada. aihhhh senang sangat kalau nak survey satu kedai ke satu kedai. Main harga je la.

samsung galaxy A9 pro
ni la HD tempered glass, tengok harga pun gigil2 benda kecik  ni.

Ada satu lagi gambar yg korang MESTI tengok !!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ayam flawless

Itu je nak cerita. k.bai




-zie-

Tag : Lifestyle
18 Komentar untuk "Samsung Galaxy A9 Pro idaman kalbu"

HAHAHAHAHAHAHA pahal togel ayam tu ini kelako. tapi camera dia mcm best. rege dia menitis ayor mata :')

kah kah2
tak mampu hakak dek non,akk pki hp cokia je..baru2 lg harga mmg tggi, tggu lama sikit trun kot

so wajah sebenar hang mcm ayam tu kah mak jee oii???
ok2 faham2... hhahahaha

Seronok tengok gambar2 awak snap tapi tang gambar terakhir tue, ayokkk tepuk dahi kejap.. hehehe

HP abah dia..tapi selfie dia yang lebih...larikkkkk

kah kah kahaaaahaaa
muka i lg flawless dr ayam tu.

tu mesti, gambar anak cucu penuh dlm tu, selfie abah takde pun kah2

mahalnya :P gigit jari dengar harga

amboi, ayam pun nampak flawless..berat ni.haha

tu la, ketar tgn tgok harga,mungkin baru2 lg..tggu lama sikit harga trun kot

klu ayam mcm ni sal, memg tak lalu makan,tiba2 pulak ayam ni jaga kulit paki skincare hahahaa

fuh mantop abah punya hp baru...perghhhhhh selamat datang keluarga A...juju keluarga J Prime

hahah mula2 baca ingt transformer prime tu..adushhhh
J prime juju pun hebat jugak..

Hahahaha memang hardcore Samsung supporter nie. Comel jer tengok ayam tuh kena 'beautify' dengan camera Samsung ;)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top