Review Tamil Movie



Hai olls!

hari ni nak review beberapa movie yg aku layan.
Ajid tu tahu dah. kalau mama dia menggadap hp lama-lama siap dengan headfon kat telinga. layan cerita Tamil lettew. habis guys? nak tengok tv dah kena konker. diorang tengok kartoon memanjang dari petang sampai ke malam. aku nak tengok berita pun takde can. ada beberapa cerita yg aku dah tengok best-best. yg tak berapa best aku tak up sini. 
sila la layannnnn !!


Review Movie

1. K.G.F Chapter 1 (2018)
Rating : 8.2/10
Language : Kannada

sebuah stesen tv terjumpa satu salinan journal bertajuk El-Dorada yg di tulis oleh Anand Ingalagi tentang KGF (Kolar Gold Fields) - lombong emas.
stesen tv ni panggil Anand untuk buat close interview.
diorang nak tahu siapa Rocky dan tentang KGF.
kerajaan labelkan Rocky ni sebagai penjenayah paling berbahaya di India.

ada seorang budak nama Raja Khaisap Baysya yg hidup susah. dek kerana terlampau miskin nak berubat hospital pun takde duit.
mak dia pesan. suruh hidup beharta supaya mati tak menyedihkan.

lepas mak dia mati. Raja pegi Bombay untuk cari duit. ada sorang homeless ni bagi tahu duit boleh cari tapi kuasa untuk buat orang tunduk pada kita susah. kalau nak kuasi dunia pastikan semua orang kenal nama dia. pastu dia tukar nama dia pada Rocky.

Rocky masuk geng mafia dan bekerja dengan Shetty. Shetty ni ada dagangan emas dari Afrika ke India. Rocky ditugaskan utk handle kotak emas yg keluar masuk di pelabuhan..

nama Rocky makin dikenali dan takde group lain yg berani kalahkan Rocky.
Shetty jadi jalous lah
sebelum Rocky dan Shetty begaduh.
bos Shetty - Andrew datang jumpa Rocky untuk berbincang bunuh Garuda. (anak kepada pemilik lombong emas terbesar di India-Suryavadhan)

Rocky baru tahu emas yg kat pelabuhan datangnya dari lombong emas KGF.

Andrew cakap kalau nak bunuh Garuda. Rocky kena masuk KGF sebagai buruh paksa. lombong KGF ada 20ribu orang buruh paksa. sesiapa yg masuk belum pernah dapat keluar hidup-hidup.
Garuda ni jahat dan kejam. sesiapa yg buat kesalahan even kecik pun akan di tembak mati atau diseksa.

satu hari bapak Garuda (Suryavadhan) mati.
malam upacara penyembahan dewa. Rocky amik kesempatan utk bunuh Garuda depan orang ramai. ada sebab kenapa Rocky bunuh Garuda depan 20 ribu orang. dia nakkan pengikut/askar untuk kuasi dunia
cerita dia ending sampai situ.

suatu ketika kerajaan pernah keluarkan waran mati untuk Rocky.
tak sure sejahat mana Rocky ni sampai kerajaan lebelkan Rocky sebagai penjenayah terbesar kat India
Dalam chapter 1 banyak soalan yg belum terjawab.
Rocky jadi hero atau lagi kejam dari Garuda? macam mana Rocky nak tawan KGF sebab ada 4 orang pewaris Suryavardhan?
semua tu kena tunggu KGF chapter 2.

Korang kena tengok sendiri KGF chapter 1. cerita ni lagi best dari aku cerita. aku pun tengok ulang2 utk bagi faham.
kejap pause. rewind. play hahaha
cerita ni best!best!best...




Review Movie

2. Jersey
Rating : 8/10
Language : Telugu

Jersey ni cerita emotional seorang ayah yg sanggup buat apa saja untuk anaknya.

Kisah Arjun, bekas pemain kriket yg quit dari bermain kriket. sejak tu hidup dia totally berubah.
Arjun ni tak reti buat apa selain dari bermain kriket. umur 36 ada seorang anak tapi jobless.
isteri dia yg kena tanggung perbelanjaan keluarga tapi lakik pagi petang siang malam asik melepak je. benggang la isteri Arjun ni.

Anak Arjun minta dia belikan jersey Indian kriket team sempena hari jadi dia.
Arjun takde duit tapi dia tetap janji nak belikan.

lama-lama Arjun stress dengan keadaan, dia decide untuk kembali main kriket. kali ni tekad untuk main sampai boleh join Indian team kriket.
sebab umur dia dah tua (36 tahun) banyak kelab taknak amik dia player.
akhirnya ada satu kelab (tak famous) amik dia main, Ranji Club
Arjun perform very well sampai dia berjaya bawa team ke final.

[cerita ni banyak scene flashback]

back to present year.
anak dia dah besar. anak & isteri Arjun dijemput untuk majlis perasmian buku biografy tajuk JERSEY
Arjun mati selepas 2 hari team dia menang. sadddd

reason dia quit dari main kriket dulu because doktor sahkan dia ada penyakit jantung tapi takde sorang pun tahu termasuk isteri dia. doktor bagi tahu masa pelancaran buku. [ish doktor ni apesall bagi tahu lambat sangat]

paling sedih masa kat majlis pelancaran buku, semua baru tahu nama Arjun terpilih masuk dalam Indian cricket team.
anak dia terima jersey Indian Cricket team ada nama bapak dia.
anak dia cakap 'hadiah ni yg dia mintak kat ayah dia pada 23 tahun yg lepas'

touchinggggggg!!


Review Movie

3. Dhruva (2016)
Rating : 8/10
Language :

hero dalam cerita ni Ram Charan. cerita abam polis.
aku tak tahu berapa lama Ram Charan bina muscle untuk cerita ni. kemahen macho dia dalam ni

cerita tentang 5 orang pelatih polis yg masih dalam latihan polis keluar asrama senyap2 untuk assist police case kecurian, kes penculikan, kes ragut etc
polis pun tak tahu macam mana kes tu boleh selesai, tahu-tahu je pencuri dah serah diri.
Dhruva (Ram Charan) ketua antara 5 orang ni.

masa dalam tempoh latihan, Dhruva siasat satu big case berkaitan pharmaceuticals.
saintist ni gunakan bidang perubatan untuk tujuan yg salah, for business purpose.
saintist ni mafia dalam perubatan.
satu hari, owner Swiss pharmaceutical company nak deal kontrak dengan India for generic medicine. generic medicine yg jauh lebih murah supaya orang miskin pun boleh beli ubat.

sainstist tu jadi marah. sebab kalau keluar ubat generic nanti business dia hancur la. dia upah orang untuk bunuh owner Swiss company tu.

Dhruva di tugaskan untuk protects owner Swiss ni.
owner swiss tu mati kena bunuh. dah jadi kes bunuh Dhruva memang cari saintis tu sampai lubang cacing.

cerita ni macam perli sistem perubatan kat sana yg jual ubat mahal sedangkan ada je ubat yg lebih murah. ada ubat generic yg diuji boleh sembuhkan penyakit tapi diorang letakkan business lagi utama. orang kaya je boleh beli ubat, orang miskin mati pun takpeeeee. kalau rakyat accept ubat yg lebih murah, konfem melingkup company pharmaceutical yg besar-besar tu. 

paling best how Dhruva boleh detect ada gps di tanam dalam badan dia..
cerita ni memang best. korang mesti tengok



Review Movie

4. Evaru (2019)
Rating : 8.3/10
Language : Telugu

kalau korang pernah tengok cerita Badla. cerita Evaru lebih kurang sama tapi penceritaan berbeza.

Sameera di tuduh membunuh seorang pegawai polis yg berpangkat tinggi - Ashok.
tapi Sameera mengaku tak bersalah dan dia claim Ashok cuba untuk merogol dia. padahal diorang scandal.

inspektor Vikram di tugaskan untuk handle kes ini. Vikram ni buat keje bila orang bagi dia duit. no money no talk. Sameera ni kahwin dengan lelaki kaya - Rahul.
dia bagi je Vikram mintak berapa pun janji dia bebas dari tuduhan.

ada seorang budak bernama Ardash seorang pesakit kanser.
bapanya dia hilang lebih dari setahun. Ardash ni pernah nampak Sameera tumpang kereta dia time hujan.

cari orang hilang kat India not easy.
Ardash try dekat dengan Sameera nak tanya pasal kehilangan bapak dia tapi mesti ada benda yg halang.
time tu Sameera dah jadi business woman yg kaya. kuasa kat tangan dia je.

kat situ ada twist face yg buat korang nak pegi tandas pun hold dulu..
Apa kaitan Sameera dengan Ardash? tengok la sendiri


Review Movie

5. Kahaani 2 - Durga Rani Singh (2016)
Rating : 8.3/10
Language : Telugu

Vidya ada seorang anak perempuan yg lumpuh separuh badan bernama Minnie. Vidya bekerja keras kumpul duit nak bawak Minnie pegi berubat kat oversea.
tiba2 Minnie kena culik dan diorang mintak Vidya datang sendirian.

otw nak pegi jumpa penculik, Vidya accident teruk dan tak sedarkan diri.

sedar-sedar dah ada kat hospital.
Vidya kena tahan kat hospital sebab dia ada rekod jenayah menculik & membunuh.
pegawai polis - Inderjeet di tugaskan untuk handle kes Vidya ni.

Inderjeet ni terkejut. sebab muka Vidya sebijik macam muka ex-wife dia dulu - Durga Rani Singh.
diorang pernah berkahwin pada usia muda tapi takde anak. pastu tak lama tu diorang berpisah bawak haluan masing-masing.

Vidya berkeras jugak yg Minnie tu adalah anak dia dan dia sanggup buat apa saja utk selamatkan Minnie. Inderjeet pelik la.
Minnie tu anak sapa? kenapa pulak ex-wife dia tukar nama pada Vidya.

cerita ni buat aku merembes. aku tak boleh tengok cerita yg melibatkan kanak-kanak. boleh emo sampai ke malam. korang mesti tengok. cerita ni banyak flash back dia bawak lari Minnie tu why?
cerita ni best ! best ! best !


Review Movie


6. Padman (2018)
Rating : 8.0/10
Language : Hindi

cerita ni base by true story.
di inspirasikan dari dokumentari 'The Sanitary Man of Sacred Land' kisah pendek dari Twinkle Kanna, The Legend of Lakshmi Prasad

kisah seorang lelaki bernama Lakshmi Prasad yg taksub dengan 'tuala wanita' - pad
tiap kali isteri dia period Lakshmi jadi risau tentang kesihatan isteri dia. sebab diorang gunakan kain yg sama & kotor berulang kali. basuh/pakai  
diorang ni hidup susah & miskin. nak beli pad takde duit sebab mahal.

Lakhsmi berusaha untuk hasilkan pad sendiri. tapi mendapat kecaman dari orang kampung.
orang kampung anggap 'haid' atau 'tuala wanita' adalah sesuatu perkara yg memalukan.

satu hari Lakshmi buat pad dari kapas dan kain.
dia minta wanita try pad yg dia cipta tapi takde sorang pompuan pun nak try pakai.
susah-susah sangat dia yg pakai. dia mintak darah haiwan kat kawan dia. buat saluran supaya darah haiwan tu boleh mengalir macam haid [part ni kelakar]
mula2 elok la nothing happen. tak lama tu seluar dia lencun kena darah. dah malu lari terjun laut.

teruk Lakshmi kena kecam dengan orang kampung. orang kampung cakap Lakshmi gila sebab cipta benda kotor.
Lakshmi pun merantau cari idea nak buat pad.

dalam merantau, Lakshmi duduk rumah seorang prof jadi tukang gaji.
dari situ Lakshmi dapat idea 'kenapa dia nak buat pad, better dia buat mesin untuk hasilkan pad'
dia mencipta mesin buat pad dengan pelbagai benda (sebab dia dulu keje tukang besi)

dia masuk satu pertandingan inovasi then dia become famous.
dari situ life dia change. hasil struggle dia berjaya buat mesin tuala wanita pertama di India.
dia dijemput ke USA untuk bagi speech tentang kejayaan dia.

cerita ni bagus sebab mengajar kita supaya jangan cepat berputus asa. kalau nakkan sesuatu kena terima masalah sekali. baru kejayaan tu menyusul. dalam cerita ni bukan soal 'pad' itu semata-mata. tapi keperluan untuk berubah. dari segi pemikiran & life changing. movie ni aku bagi standing ovation 

korang patut tengok. best! best!

the end. sampai ke sudah Ajid tanya mana superhero dia (dia ingat cerita batman, ironman, spiderman kot) tak tahu nak explain apa. kang cakap 'tuala wanita' letih nak menjawab pantun dengan dia. aku cakap je cerita pasal pampers. dia balas 'ehh dah besar pun pakai pampers' haaahh gitu jawapan dia.





8 Komentar untuk "Review Tamil Movie"

lama tak layan movie tamil or hindustan yang best... tapi bila baca pasal movie-movie kat sini... eh macam best jelah...

dana; sy dari sekolh mint citer bollywood. mmbawak smapi ke tamil hahahah

Dalam banyak2 citer, ni Padman je akak tahu. Yg lain nehi hey :D

kak hazel: ada keluar kat tv kan ritu citer padman ni.

Kak suzie layan movie kat mana? Boleh share tak .thank you

husna : kat group telegram / netflix. another group bolh dm akk. bahaya ckp kat sini hahaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top