Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat

Zie Azi | 5 January 2017,09:12 |
Assalamualaikum... ada orang tak?


Happy new year everyone, i'm just five days too late but better late than never, kan.

Dari hari arwah mak meninggal hingga sambung cuti new year aku duduk rumah abah, temankan abah tak bagi abah duduk sorang2. Takde pe nak buat, kejap2 gi dapur. Ada je projek masak, kali ni buat pizza guna Paratha jew, nak buat doh sendiri tak reti, beli je. Bahan pun tak renyah sangat, tabur2 siap...

Pizza paratha cheese 

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
 beli yg macam ni, dalam ada 5 keping. Tester kena buat sikit dulu.

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat 

Bahan-bahan :
Paratha
Bawang holand (dipotong dadu)
Sosej (hiris memanjang nipis)
Mozarella cheese 
Sos tomato spaghetti
Isi ketam (tak letak pun boleh)
*sosej boleh direbus atau digoreng, tapi aku prefer rebus, sebab kalau goreng nanti berminyak.

Cara-caranya adalah :

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
 sapu majerin kat pembakar

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
sapu sos tomato spaghetti, sapu rata2 jangan nampak kosong, sendiri makan biar puas hati.

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
 sangat mudah, tabur je cheese ikut sukahati. Pizza kou kan

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
 letak bawang dadu, sosej, cheese, isi ketam, cheese lagi..ikut suka la nak banyak mana cheese, selera tekak sendiri makan.
Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
 yeyyyy, i ada assistant dua orang yg sudi tolong sepahkan dapur. Tongkang pecah kalau budak dua orang ni turun dapur.

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
bakar selama 15 minit pada suhu 140'c

Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat
tadaaaa..siap, meleleh cheese hakak..

Bakar 5 keping pizza paratha cukup2 je makan, habis licin tak tinggal sisa pun, kenyang serupa Domino pizza, tak membazir. Kalau korang nak cuba boleh la try pizza paratha ni, senang & mudah tak payah nak adun doh, yg macam aku ni malas nak renyah2, beli je paratha. Budak2 pun suka makan, untuk azeq je 2 keping pizza..

Selamat mencuba, simple & easy

Tag : Resepi
13 Komen untuk "Pizza Paratha Cheese leleh tak hingat"

Ok... ada masa kakak boleh cuba jugalah Azi
Senang dah tak payah menguli ye:)

Nak cubalah.. Umah Sha memang selalu ada roti paratha nie..
cam mengancam je..

senang je rupanya ya. tak perlulah nak uli doh

adik Hsna suka sgt buat cenggini..senang kan

wah! ni memang senang
kenapa tak penah terpikir paratha pun boleh buat cam doh pizza...aduii!
ok2...next time cuba

sedapp dan senang je mkcik kann., ;p

sedapmya..boleh buat ni kalau hujung minggu.hehe.best kalau ada assistant.

Good idea jgak buat piza guna paratha ya. Kenapa la tak pernah terfikir. Haha...

salam takziah buat arwah mak..smoga rohnya dicucuri rahmatNya..aamin

Nyummsss..nmpk sedap & myelerakan

lupa lak pasai pakai roti canai wat pizza ritu ada viral kat fb..ok nti nak beli roti canai instant ni lah..thanks

Bolehla kau kawan dengan laki aku. Dia suka masak2 camni..hehe

ehhh kiter punya roti pharata pun ader balance lagi tu..nk try laaa wat pizza nie

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top