Jalan-jalan di Times Square naik Monorail



Cerita bermula dari adik aku nak gi outstation kat Tokyo. Gigih la nak cari baju sejuk kat Times Square. Lastly semua nak ikut termasuk ipar duai dan Fina sekali. si Azeq aku tak berani nak bawak tempat macam tu (times square), ramai umat manusia dengan kelasakan azeq lagi, tak sanggup nak main kejar2, i cannot handle it. Senang cite, tinggal kat rumah dengan bapak ye. Padan la dua beranak tu duduk rumah, depa tak suka tempat ramai2 orang. Duduk rumah diam2..hi hi hik Bagi kaum hawa nak jenjalan. Tapi terselit pulak jejaka dua orang.

Naik dari LRT putra Gombak sampai KL Central, change line naik monorail turun kat Imbi. Tadaaa dah sampai Times Square. Nasib pergi ramai, ramai la yg tolong jaga Fina, dukung Fina, angkat stoller Fina. Bawak Fina cukup senang, dia duduk je kat stoller, agak2 dia penat dia turun, lepas tu duduk balik kat stoller. Kalau haus minum susu, lepas tu tengok2 dah terlena kat stoller. Tak banyak songeh, TAPI jangan ada abam dia-Azeq, begabung meletup, tak terkejar nanti.

Jalan-jalan di Times Square naik Monorail
selfie kat LRT je dah setengah jam, tu belom naik Train lagi. yg depan adik, mira, amy mastura, rose (wife nuar), nuar, a'a, cukup anak mak 5 orang termasuk cucu cilik FINA

Jalan-jalan di Times Square naik Monorail
geng specky mira, amy mastura, wani, rose, nuar

Jalan-jalan di Times Square naik Monorail
sampai2 gi makan dulu, dah settle masuk perut baru teringat nak selfie. Hambikkkk semua licin

 Jalan-jalan di Times Square naik Monorail
hokeyyy, dah sampai Taipei.

Jalan-jalan di Times Square naik Monorail
Selangkah je dah sampai Jepun, tadi kat Taipei kedai sebelah2 hahaha

Jalan-jalan di Times Square naik Monorail
Kedai yg aku bergambar tadi kedai Bar Bi Q 🐷🐷🐽 oik oik.. bongoksss Patut la bau lain macam, ada one of group pandang2 je kitrang, agak ye apsal amoi pakai tudung lepak sini. Apa lagi laju2 aku blahhhh.. ngok tol

Kalau korang nak cari baju murah2 cari kat TS (times square), pandai cari dapat yg murah. Baju blouse, seluar palazo yg macam Nealofa pakai tu baru RM17. Kain pun ok tak jarang, elok nak pakai2 gi kenduri atau event.eiiii confirm rambang mata la. Nak kain yg kualiti, below RM50 boleh dapat dah, pandai cari dapat yg cantik serupa kat butik mahal. haaaaaaaa

Balik pun way yg sama, naik monorail-KL Central, change to LRT sampai Gombak. Time balik boleh main kejar2 dalam LRT, tak ramai orang. Barang shopping usah cerita la, berbondong2 kiri kanan masing2 bawak hasil tangkapan. Aku je tak jinjing pe pun..erkkkk yekerrrr SUZIEEEEE !! boleh caya ke. ok..bai



-zie-
Tag : Lifestyle
13 Komentar untuk "Jalan-jalan di Times Square naik Monorail"

wahh dekat dah dgn ofis irda...hehehe...boleh dtg singgah tu

Erk tak mampu nak pergi BTS ni. Masa kerja dulu, hari2 laki amik kat sini. Nak muntah ngadap BTS. Hehe.

SA selalu pi BTS naik monorail gak..mudah kan..lama plak x pi ha..last pi pertengahan tahun lepas

Sis beli jaket g Korea pun kat sini. Banyak pilihan dan harga pun not bad. Cuma ramainya orang. Sesak mata kejap. Haha

wah best....kawan PC pun cakap gitu..asal pandai dan rajin cari..banyak je kain yang berkualiti dengan harga sangat mampu milik..tapi PC tak pernah pun ke Times Square,,huhuhuhu...ketinggalan sungguh la PC ni..

Kesian bapanya kena tinggal kat rumah.

Kesian bapanya kena tinggal kat rumah.

hahhaha selangkah ajew..ko hado?? tebaik plus enjoy ramai2

Alhamdulillah nampak dah happyyy dah semuaa..
kalau i.... belum mampu lagi kot..
alfatihah buat almarhum ibunda kamu...

Al-fatihah utk ibunda tercinta..luar nmpak senyum dalm hati siapa yg tahu..bukn senang nak terima ketentuannya..Amin ya rabbalallamin

amboi kemain berjalan makan sopinh sakan na...kami orang utara ntah bilanya nak pi BTS huhu

gi times square ni memang duit mengalir bagaikan air..uish

Bestnyaaaa… lama giler x sampai sini..last zmn blajo dlu.. G KL aritu smpat bwk ank naik lrt je.. Lps2 ni nk bwk dia rsa naik monorail plokk

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top