Resepi ayam panggang black pepper



Assalamualaikum uolls.

Dah ready ke dengan resepi-resepi Mis Suzie di bulan Ramadhan ni. Segmen masak-memasak di bulan pose ni memaparkan gambar yg meletops uolls (walaupun ada 1 picture) Resepi ni aku create sangat mudah dan sapa-sapa pun boleh buat. Janji ada oven untuk memanggang ayam. takde oven pun takde hal lah..  jangan pening2 nak pegi beli oven.. Resepi ayam panggang black pepper aku ni pakai pemanggang ajaib (magic pan) pun boleh. dia punya rasa standard rasa Kenny Rogers tahap hotel 5 bintang. magic pan aku ni serba boleh. Bukan saja boleh panggang ayam. nak buat kek pun boleh. haaaahhhh mana yg takde lagi periuk pemanggang ajaib, sila lah beli lepas Raya kang (nak raya hold dulu beli periuk) beli kat Menang. murahhhh sikit kahh kahhh. pakai diskaun babang Azam! ehhh

Mari lah kita tengok bahan-bahan nak buat ayam panggang black pepper yg simple. Bahan yg aku guna ni paling mudah.. tak payah susah2 nak cari bahan yg nak menyebut pun tergeliat lidah! 


Resepi ayam panggang black pepper


Resepi ayam panggang black pepper

Bahan perap

  • ayam (ambil bahagian peha ) tak suka peha amik bahagian yg suka laaa
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)*
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)*
  • 2 inci halia (tumbuk)*
  • sos black paper
  • sos tiram Maggie
  • lada hitam (tumbuk kasar)
  • sedikit perasa Maggie (taknak letak it's ok)
  • sedikit minyak
  • madu (takde tak payah pun takpe)
* kalau nak senang blender semua bahan. kalau sikit tumbuk je mudah
* lada hitam aku biasa blend sekali banyak (blend kasar). nanti nak masak senang . 

sayuran

  • brokoli
  • 2 biji kentang (di potong dadu)
  • lobak (potong panjang)
cara-cara:
  • blend bawang merah, bawang putih dan halia. Lumur pada ayam
  • tuangkan sos tiram, sos blackpepper dan lumur rata. Tuangkan madu dan lumur rata termasuk celah-celah bawah kulit ayam. 
  • akhir sekali tabur serbuk lada hitam dan sedikit perasa Maggie
  • perap ayam dengan bahan perapan selama 15-30 minit. cucuk2 sikit ayam tu supaya bahan perapan meresap ke dalam isi ayam. 
  • grilled ayam tu atas pemanggang ajaib selama 30-45 minit. Masukkan lobak dan kentang bersama. Renjis dengan minyak sebelum di panggang (supaya tak dry sangat)
  • terbalikkkan ayam dan renjis minyak dari masa ke semasa. 

* Brokoli - rebus sayur brokoli dengan sedikit garam. jangan rebus lama2 nanti benyek pulak brokoli kite. Rebus sekejap supaya dapat brokoli yg crunchy.
kentang & lobak - semasa memanggang ayam, tabur sedikit garam dan lada hitam pada kentang dan lobak.. percaya lahhhhh raasa diaaaa sungguh sedap!!

selamat mencuba !!


haaa. sebelum terlupa mana yg belum kenal periuk pemanggang ajaib macam mana rupa..

nennnnnjiaaaaaaaaaa!!

Resepi ayam panggang black pepper


Tag : Resipi
5 Komentar untuk "Resepi ayam panggang black pepper"

kemain ayam die tu...part peha fav....suka juga ayam panggang tp bln ramdhan blum buat lg menu ni...yummmm

Ala ala healthy food ke tema buka tahun ni? Hehe. Sedap.

Thanks share resepi! Hujung minggu ni memang plan nak buat lauk2 black pepper pasal ada orang rumah dah request hahaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top