Assalamualaikum korang!!
Ayam Gepuk Pak Gembus
Batu 5 Jalan Gombak
53300 Kuala Lumpur
open at 11 am
close Jumaat
*cawangan lain Selayang, Keramat, Shah Alam
Alhamdulillah, tahun ni kita bertemu lagi di bulan Ramadhan yg mulia. Bulan pose kali ni tak sampai petang aku dah melepet letih menyangkut bahu ke bahu. battery low nyala-nyala lampu merah kat dada. Jalan pun dah menyeret kaki macam mintak penampaq.. semalam lagi laaa balik Kampung Sungkai punya panas lit-lit aku rasa macam nak berendam dalam kolah. nak berendam boleh babe! takde hal! kolah opah besar muat je anak gajah ni nak masuk, air pon sejuk!! yg jadik masalah sekarang kalau terkentut batal pulak puasa hakuuuuuuuu!!
Minggu yg lepas-lepas before start puasa hari tu, pegi makan kat Ayam Gepuk Pak Gembus. yg kitorang makan ni kat area Gombak sana tu. actually takde la teringin sangat nak makan. tapi kalau kalau datang gilanya tekak ni teringin nak makan kering2 macam ni.
Panas punggung macam kena yoko2
actually, memang dah banyak kali kitorang makan ayam gepuk Pak Gembus ni. biasa makan kat area Gombak nun. kedai always full dan belum apa2 orang dah ramai yg queue. tak faham!! boleh tengok sendiri macam mana diorang lenyek cabai sampai jadi sambal. kalau agak2 kering topup dengan minyak goreng cili tadi. paling ngeri diorang lenyek cili macam tu je kouuuu, mau pijau! dengan tak pakai glovenya. seriau hakak nengok kou lenyek cili dik. risau je kot-kot kalau emergency case tiber nak terkencing ke.. mau panas punggung macam kena yoko-yoko. berhangin kat situ bahahaha.
tapi!!
adik yg tukang lenyek cabai ni dah imun dengan cabai-cabai ni semua. pijau ni dah jadik makanan dia. tangan diorang ni dah kebal sampai tak rasa pijau dah laaaaa. kalau kita ni baru menumbuk cili sikit, dah pijau 3 hari 3 malam tak hilang2. ghase nak menangessss!! orang tua2 kata. petua dia, kalau taknak tangan pijar time nak menumbuk tu cakap aku pinjam tangan adik/k.ya ke sape2 la. tapi selama aku ikut petua ni tak pernah menjadi pun, still pijau jugekkkkkkkkkk.. acaner bahahaha
nasi siap-siap letak atas kertas minyak macam ni, jimat pinggan.
ada tengok orang lain makan dia gaul nasi dia dengan cabai ni sampai merah nasi dia. ko ghase naik seriau aku nengok. aku bayangkan kebal betol perut dia takde sakit perut berak tercirit ke hape. hebatnya perut dia!
mana yg belum pernah try, memang style makan kering2 macam ni. ada tempe, timun gan sayur kubis. sup-sup takde. ada kicap boleh tambah kicap. lebih kurang sama macam ayam penyet, kalau makan ayam penyet aku suka yg seredak2 dia. sedap makan ranggup. orang jawa cakap makan kering2 macam ni boleh keseret (tercekik). order air siap2 before ada kes tersangkut bijik cili kah kahh
nahhhhh kasi closeup sikit!!
nak review jujur ke tak ni? hokeyyyyy bagi aku biasa-biasa je. yg jadi fames sebab viral. dah viral menjujut orang beratuq. sanggup waiting 1-2 jam. kalau ada perasaan yg tak sabar @ memang tengah lapar giler.. better angkat kaki siap-siap sebelum amukan terbalikkan meja. memang lama menunggu walaupun simple dish.. aku ni ikut tekak, kadang sedap kadang ermmmm juz-juz jew. yg 1st one memang lada semata-mata. adik aku yg Anis tu kat mulut dia tak pernah cakap tak sedap. sedapppppp memanjang. SEDAP ni subjective, terpulang pada yg suka. aku tak berapa gemar makan kering2 macam ni. paling cikai pon nak sup. pastu cili semata yg pedhesss melahar. boleh cairan orang jawa kata (berak cirit).
Ayam Gepuk Pak Gembus
Batu 5 Jalan Gombak
53300 Kuala Lumpur
open at 11 am
close Jumaat
*cawangan lain Selayang, Keramat, Shah Alam
Tag :
Food
13 Komentar untuk "Ayam Gepuk Pak Gembus Gombak"
tk terasa nk try sbb tgk cili tu fuhhhh..lgpn kita tk tahan pedas..makan nasi budak 3 gemok pn rasa pedass...tp kalo yg suka pedas mmg suka katanya..adik kita suka..kita pn tk brp minat kalo kering sgt
ya allah. cabai dia. kami hat tengok ni pun terasa panas nya di dalam lidah jugak. hahahaha
sedapnyaaaaaaaaa
What!
Kalau tgk alamat tu dekat dengan rumah mak julia tau dear...ishhh kena pi cari la mcm menarik je, wpun suzie ckp so so je rasa sebab nampak kering tp rasa mcm nak cubalah nk tgk tekak ju ckp apa hahaha...tq share port baru.
jue: alaaaahhh jue depan ong tai kim tu. juju mesti tahu.. tp kita xtahan sgt. colek sikit2 cili tu.. pedhassssss bangat.
anum : sedap anum bg yg suka makan pedas2.. say yes! mmg pedas giler hahaha
umi: betollll ummi.. tengok dia melenyek cili pun dah seriau tekak.. belum makan lagi kah kahhhh
mama tisya: 3 budak gemok pun pedas.. ada yg tahan pedas. sedap je kan..
SA org NS pun x kuek makan podeh..mak aiii..menakutkan la cili tu ha...
Wowwww haritu kat Bazar Ramadhan pun ada juga, nak beli tapi dah terbeli nasi kerabu huhuhu..next time nak beli jugaaaa
Awat akak tak tau pun. Tak cukup viral ni hihi..
Takle caya dengan kedai viral ni. Sebab pernah jugak terikut2 pastu biasa2 je rupanya..yolah tekak masing2 kan lain..
tengok cili dia pun dah seriau.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.