Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Cari doorgift untuk family day di GM KL

Zie Azi | 7 April 2017,14:00 |
Salam Jumaat Barakah.
Rise & shine ladies !!


Pernah cerita pasal family day #misiApril pada tahun lepas, rasa kejap sangat masa berlalu dah sampai masanya. Planing family day ni sejak arwah mak ada lagi, sekarang kurang sorang ahli keluarga, hanya tinggal nama arwah mak kat baju. #Alfatihah

Pening nak bagi doorgift apa, macam2 cadangan doorgift apa nak bagi yg semua orang boleh dapat, tak kira bujang ke married, nak barang yg bersesuaian dan boleh di jadikan kenangan. Taknak bagi cincai2, sebab ni kan family, semua sedara mara ada kat dalam tu. Apa benda yg boleh remind something 'ooooh ni family day yg best hari tu' aaaaa gitewww

Antara cadangan doorgift ~
payung ! (takmo, nanti cepat rosak, batang patah la)

frame ayat kufi ! (kalau yg single tak kahwin lg, nak gantung tang mana, bukan ada rumah lagi kan)

frame canvas ! (sama jugak kena gantung)

cawan mark ! (alaaaa dah biasa, kat rumah pun dah berlambak cawan)

'and' FINALLY

Majoriti bersetuju nak bagi tuala mandi sebagai doorgift siap cetak FAMILY DAY lagi. Towel mandi tau, bukan hand towel yg muat2 tekup muka.

Cari doorgift untuk family day di GM KL

Lunch hour, merempit kejap naik motor dengan ucu, misi mencari towel yg di idamkan tuuu!!
Pergi GM KL naik motor, boleh cilok sana, cilok sini, parking pun senang, tak payah bersesak2 cari parking. Sampai2 zassss park betul2 depan GM, tapi awas pastikan tempat yg korang parking selamat, situkan kedai borong kang lori, van lalu sagat sekali, mampuihhh !!

Nak tuala yg murah tapi kualiti kain tebal, yg besar boleh tutup dari dada ke lutut DAN yg paling penting SERAP AIR, semua cantik dah, dah mandi-mandi lap2 serupa tak lap badan, kang ada pulak ke alas kaki jadinya. 😁😁😁

'yesss'

Jumpa jugak kat tingkat 2 dekat dengan lif. Tuala boleh dapat RM15 besar 30x60 serap air. Nak siap cetak dia charge RM10/pcs, tapi tiba2 ada group JKR pun cetak situ boleh dapat RM8/pcs. Ucu ni bertegas nak jugak RM8/pcs macam orang tu, nak jugak ! nak jugak ! TAK KIRA !

Pujuk punya pujuk, aci bangla tu bagi RM8. Sepatutnya harga tu min 50pcs, tapiiiii kalau ucu yg tawar menawar orang lain boleh terdiam tau!! aku backup belakang, agak2 kalau keadaan genting, cari kedai lain haha 

Cari doorgift untuk family day di GM KL
Beli kodi dapat murah

Cari doorgift untuk family day di GM KL
 tuuu tengah tawar menawar la tu, nak jugak harga yg dia nak

Cari doorgift untuk family day di GM KL
ini contoh orang Kelab JKR punya, kalau ada logo pun harga RM8 tapi min mesti order 50pcs la. Orang tu cakap, kalau kat Petama cetak tulisan & logo harga kira lain, kat GM sini logo & tulisan kira sama harga janji beli min 50pcs boleh dapat RM8, banyak tempat dia survey, GM sini boleh dapat murah. 

Cari doorgift untuk family day di GM KL
settle beli towel, singgah kedai bake YEN KL, memang popular la kedai kek YEN ni, kalau nak dekat raya, berduyun2 orang keluar masuk kedai YEN ni

Cari doorgift untuk family day di GM KL

Birthday boy si bambam tu nak dekat, dia nak tema boboiBoy pulak. Cari2 punya cari, belon boboiBoy dah habis, ingat mama ni ikut sangat kehendak dia sampai semua benda kena tunaikan. Kita cari jalan simple, apa yg ada, kita beli. Belon yg ada tak banyak pilihan. Pilih punya pilih Pokemon yg haku pilih, tak tahu naperrrr hahaa. Tapi takpe, nanti akan ada jugak BoboiBoy untuk dia, tak dapat belon, bagi cara lain macam kek boboiBoy ke, doorgift boboiBoy ke. Janji gambar boboiBoy tu ada. Bajet pun ciput, janji meraikan untuk bagi dia happy..😎😎

Cari doorgift untuk family day di GM KL

ni la kedai belon tu, memang suka la pergi sini, tokey pun friendly, ramah mulut, tengah makan ni sanggup stop sekejap layan kita. As a customer lagi suka nak datang sini, walaupun nak datang area GM ni hazab, yela segala pak tok pak nek kedai borang ada kat sini, kalau supplier amik barang pun kat sini la. Nak beli buah-buahan borong pun ada kat sini, rajin dengan tak rajin je nak ke sini.

Cari doorgift untuk family day di GM KL
rumah memang tak berkarpet, bentang tikar evamatic mcm ni, sebab budak2 dalam proses nak membesar taknak hama, merangkap habuk, nanti batuk, semput, biar diorang besar sikit dah kuat antibody baru fikir nak letak karpet. Bentang karpet pun masa raya, habis sebulan raya bungkus, simpan !! hahaa

bawak balik terus tunjuk kat kat budak2 ni.
Mama ada surprise untuk anak2 mama, here belon Pokemon !!
Konon2 buat teruja padahal dalam hati nak BoboiBoy hahaa..

LOVE my apple eyes, both of you !! deep


ps: belon tukul Pokemon ni RM14 dalam ada 20pcs, dulu pernah beli belon tukul Ultraman kat kedai yg sama kat SINI.


-zie-
13 Komen untuk "Cari doorgift untuk family day di GM KL"

terer ucu tawar-menawar...hihi..dapat jg..besar tuala tu, best..

Dapat juga harga murah untuk tuala. Yess. Pandai tawar menawar eh. Macam2 ada kat GM Klang. Rambang mata kalau pergi sana tanpa tujuan. Hii

seronok pegi GM ni macam2 ada kan..

bake with yen tu lamanya tak pergi bila dah duduk jauh dari KL, sekarang beli dekat bakery yang ada dekat area rumah je

murahnya kat situ..pakkal jauh tau...

dia kalau nak, nakkkk jugak hahaha

bukan GM klang, GM KL ni.. GM klang tak pernah smpi lagi..jauh pulak nak ke sana

time raya mmg gila orang masuk YEN, beli kat kadai bakery biasa pun lebih kurang je harga kut...haha

memang murah eda, tapi hazabbb nak ke sini dgn jem lagi, tapi jem pon rmi jugak org ke sini..hahaa sebab murah kan

Bertabahla sambut birthday 2 anak 2 cerita..2 bajet..huhuhu...

bahaya kalau p GM nie, rambang mata, barang murah-murah, :)

evamatic rupanya nama tikar tu..baru tau. banyaknya belon Pikachu, Acik Sal nak satu plisss..hehe.

Wow,,tq for sharing zi...

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top