Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Lawatan ke kilang coklat Beryl's

Jepun Mari | Wednesday, 16 November 2016,13:57 |
Lawatan ke kilang coklat Beryl's | Sabtu baru ni sekolah si hero buat lawatan ke kilang coklat Beryl's di Seri Kembangan. Kalau takde pe hal memang tak jejak kaki ke sini. Memandangkan sekolah si hero buat lawatan mak2 join sekali. Bukan selalu dapat merasa naik bas rombongan. Rombongan che kiah yang last masa sekolah2 dulu. Mengimbau kembali nostalgia rombongan sekolah, bila ingat balik best ye moment tu.

Sebelum pergi, aku tanya si hero 'nak pergi tak rombangan sekolah ni' sebab masa konvokesyen hari tu masuk dewan pun taknak. Rugi je bayar satu gambar konvo pun takde. Tempat konvo dah la best, buat kat Kampung Pengantin Setapak tu haa, Dulu2 mama konvo kat dewan serbaguna je, aircond pun takdek tau. Kalau taknak, taknak sungguh la. Cikgu pujuk pun taknak pakai baju jubah konvo tu, aku benggang terus ajak balik, tak kuasa nak layan. Kali ni aku tanya dulu sebelum bayar, kang mama syok sendiri excited nak pergi tapi anak taknak naik bas, acanerrrrr

So, aku explain pergi naik bas, lepas tu ada ramai kawan, tengok orang buat coklat, lepas pergi kilang coklat pergi Aquria KLCC pulak tengok ikan, sedetails-details ye aku explain. Lepas tu dia cakap 'ok nak pergi' baru kitorang bayar. NOKTAH!!

Lawatan ke kilang coklat Beryl's 
OOTD dulu.

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 kanak-kanak riang yg tak perlu fikir seribu macam masalah, enjoy the moment childhood age

Lawatan ke kilang coklat Beryl's 
with the geng. 

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
staff kat situ explain coklat diperbuat daripada apa, kebanyakkn koko di import dari negara luar sebab saiz buah koko di negara kita kecil berbanding dari negara luar yg saiz lagi besar, sebesar buah betik..aaa gitu. penat hakak explain.

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 inilah mesin yang buat coklat

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 Semua menggunakan tenaga mesin, jimat tenaga manusia.

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 staff yg sedang bekerja, ada cermin besar yang boleh tengok ape diorang buat kat dalam.

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 jelas, tak boleh nak mengelat ke haper. Kalau gatal bontot pun segan2 je nak garu kah kah2

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 suka ye, suka ye

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 dah habis round tengok buat coklat, terus tembus ke kedai jualan coklat. Bermacam2 coklat ada. Murah sikit dari jual kat pasaran.

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 Almond white chocolate

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
  Ni bermacam2 perasa, ada rasa mint, strawberry. Tak beli pun pegang je

Lawatan ke kilang coklat Beryl's 
 Kalau nak rasa sikit, boleh beli jenis macam ni. Dalam tak banyak tapi banyak chocolate boleh rasa. Harga pun tak mahal sangat 1 kotak RM3.60

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 Dalam bekas tu ada coklat, tapi tak pasti coklat apa, bekas je la cantik

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 perkara wajid yg mesti ada, selpiaqqqq la

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
 budak yg monyok, sebab dah janji nak tengok fish. Asyik tanya je 'mama mana fish, mana fish'..pitam

Ada satu yang buat aku macam nak pergi lagi, dalam kedai tu ada banyak coklat, tapi tak tahu yang mana satu sedap. Semua sedap la kot, aku main beli je kut suka. Sekali coklat Beryl's Peanut ni sedap ye lahai.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Lawatan ke kilang coklat Beryl's
Peanut with milk chocolate RM9.90

Coklat ni, cap jempol kasi. Sedap ye nauzubillah sedap. Konon ye nak bawak 1 bekas pergi opis buat jajan, dalam bas dah kena kenduri. Bila makan sebiji mesti nak sebiji lagi. eh2 tak boleh jadi ni, terus cancel nak bawak pergi opis makan sampai habis tak tunggu hari esok. Tak boleh berhenti dari mengunyah, bila masuk mulut coklat tu cair dalam mulut, kat dalam ada peanut yang rangup krap krup krap ermmm sedap sungguh aihhh. 

Sampai adek aku cakap, rugi beli satu. Mana tahu coklat mana yang sedap, cuba la Beryl's bagi testing untuk rasa kan. Boleh la kita buat pilihan

Kalau nak buat lawatan ke kilang coklat beryl's ni, jangan PM aku. Bukan kilang aku.

Boleh hubungi :

Beryl's Chocolate
No.2 Jalan Raya 7/1,
Kawasan perindustrian Seri Kembangan
43300 Seri Kembangan

Tel : 03-8943 6136
Fax : 03-8943 6021
Email : beryls@berylschocolate.com


next station ke Aquaria KLCC pulak, mr.shark wait for me !!



k.bai -zie-
short story #banyakkerja
19 Komen untuk "Lawatan ke kilang coklat Beryl's"

jah..kat merket kemain melambak2 bykk lagi jual cekelat ni jah oiii... tayah la susah2 nak pi buat lawatan lagi skali plak..hahaha..kang balik2 sarina and nana je yg byr duit lawatan tu..tak pulang modal. huhu

saje nak bg uolls dtg melawat kilang kah2 kah
ayat kena power..*giggle

Takle dtg saja2 nak beli coklat ke...sebab murah. Ha apasal kau tak belikan tin coklat tu haaa...haaa..haaa? 😠

Msuk kilang xbolh la, nak beli coklat kat kedai dia bolh..klu semata2 dtg sini nak beli cokolet baik tak yah..membaziaqq je..

Nak tin shell anis tuuuuu..laaaa

lama tak buat lawatan ke kilang ni..harap esok kalau anak sedara buat lawatan boleh menempel

Huyyohhh seronoknyeee dapat melawat kilang coklat...

sekali sekla join rombangan best jugak, jadi kanak2 riang balik hahah

klu takde rombangan sek ni mmg tak jejak kaki kat sini Lea hahah

wah! pernah pergi dulu. memang seronok sangat =)

lalu jer tak pernah singgah heheheh

kan..kita yg lebih2 dari budak hahaha

kalau zie jadi jue pun tak singgah hahah

wahh bestnya !!! Unni suka coklat

oooo dekat sri kembangan je ke kilangnya....bolehlahhh beli kt kilang terus...mesti murah kan...nory hantuuu coklat..

yes, i know ur hantu coklatttt hahah

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top