Big Boy School



fuhhhhh.. anak nak sekolah mak bapak yg pening.
Ni festime anak nak masuk darjah satu. ke excitedtan tu terlebih sikit, ni normal.. ke tak normal!

Start dari mohon sekolah sampai la ke berak kencing dia kita fikir. Macam2 fikir dalam pala otak ni, boleh ke dia depends diri dia..
nak beli makan kat kantin, basuh berak sendiri,
sekarang pun dah start training basuh berak sendiri, terkial2 basuh nak sampaikan tangan ke vontot, dengan tangan demok dia, perut sangkut lagi, kelakar !!

Lama2 malas fikir, follow je, nanti dia pandai sendiri, doa je banyak2 yg terbaik untuk dia
Dulu kita kecik pon macam tu, mak bapak kita pon mesti risau benda yg sama, tapi elok je besar sampai sekarang, cuma aku tak ingat memories masa darjah satu macam mana, seriuslyyyyyyy tak ingat langsung!!
nangis gigit jari ke, berak.. kencing dalam seluar ke.. lupa ingatan sungguh arr.

Big Boy School

Hari Sabtu last week ada sesi pengenalan dan exam untuk penentuan kelas.

Malam sebelum nak gi sekolah, explain kat dia bagi faham datang sekolah untuk pe, sebab dia faham sabtu ahad cuti 'kenapa hari Sabtu kena datang  sekolah' kang tak tentu passal pagi2 buat hal taknak gi sekolah.

sampai sekolah, macam biasa kena buat pendaftaran
mak bapak masuk dewan dengar taklimat, anak2 masuk kelas jawab exam
tapi.. amazing sangat
Azeq tak nangis langsunggggggg, muka cuak tu de la, muka nak nangis pun ade
ada tanya kat dia, Azeq ok tak
dia cakap 'jantung dia macam nak nangis tapi Azeq tahannnnnn je mama'
bahahaaaa JANTUNG yg nangis !!

Masa pre school 5 tahun, setiap pagi nak pergi sekolah nangis, hadap la sampai dua bulan tiap pagi nangis, umur 6 tahun pon still nangis, dah masuk kelas ok je pon dia..

Ada pulak budak lain yg spoil nangis lalak sampai duduk sepak2.. riso gak kalau ada budak lain yg ikut aksi ni, fuhhhh hati tu berdebar gak, bisik kat Amir 'ada budak nangis la' dua2 pandang Azeq kat dalam kelas. Tengok dia steady je, bila cikgu amik attendant panggil nama dia ' AZREEQ SUFI BIN AZMIR' dengan bangganya angkat tangan tinggi2.. woooooooouuw good boy !! my big boy school

Perasaan risau mesti ada walaupun sikit, ini normal bg parent yg anak festime masuk darjah satu..
kalau aku risau, TAPI
Ada orang yg lagi risau lebih dari aku
v
v
v
v
v
v
v
v

Big Boy School

Tengok.. sape yg terpaling risau.. kejap2 dia pergi kelas anak dia.
Dia tunggu je kat pintu kelas.
Anak dia lex je tengah jawab exam siap bagi kawan tiru lagi..
Risau betol kalau anak dia melalak tak nampak dia, risau betol nak tinggal kan anak dia dalam kelas.. aku hagak kalau opis dia dekat mau parking moto betul2 sebelah meja anak dia hahahaa

'bang oiii' masuk dewan dengar taklimat la
terpaksa la kita ni ibu2 tadah telinga dengar taklimat, taknak nanti tertinggal info penting yg cikgu nak sampaikan.

Big Boy School

Big Boy School

habis taklimat, gi kantin beli keu tiau untuk Fina. makan kat meja batu yg de kat sekolah ni. Teringat pulak dulu time sekolah pun ada meja batu macam ni, time rehat lepak kat meja batu.

Big Boy School

Big Boy School

Habis exam terus lari lompat2 kat mama
ter happy sangat dia jawab exam
tanya dia macam mana jawab exam tadi..
'alaaaaaaaaaaaaa KACANG' sambil petik jari bahahaa
amboi confident betol. macam bertih jagung bercerita

Well done Azreq !!
Cepatnya membesar, kalau lah ada button can turn back masa dia kecik yg boleh dukung, peluk cium, alangkah seronoknya.. tapi nilah masanya untuk lepaskan dia dengan new chapter.
Lepas ini akan banyak lagi more to come, good luck to all of us!!



-zie-
14 Komentar untuk "Big Boy School"

bila dah start sekolah cepat je kan berlalu masanya nanti..

Wah good boy lah azreeq. Steady je tu nampak. Tapi part jantung nangis tu yang tak tahan. Hehe.

Seingat ana, kalau masa sekolah dulu sebolehnya ana tak ke tandas. Sanggup tunggu blk rumah. Selamat berapa jam je sesi sekolah tu.

jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

apak eh galit ngondap cikgu mudo laah....mama eh apa tauuu???? hahhahaha.

kannnn, cepat sgt bebudak ni membesar..

muka steady tapi muka mcm nk melalak hahahhaa..

cikgu laki kak.. ngondap tang mana hahahhaaaa
patutnya omak eii yg kaki ngondap

cepat j masa berlalu..tahu2 dah ke sekolah

Samalah akak masa anak first masuk darjah 1 ghitu. Dok pikir itu ini je but alhamdulillah. Pandai je bawak diri...

Pastu excited shopping barang sekolah. Mai tang no 2 ni relax je apa pun tak beli lagi hahaharu :p


Steady azeq!

mcm cepat saja masa berlalu kan ..
dulu dul still baby, now dah masuk darjah satu ...
anyway, all the best Azreeq. semoga jadi anak yang bijak. amin.

Salam alaik, waaa semangatnya azreq! Belajar baik baik ye nakkk

wah dah nak sekolah darjah 1, sama dengan anak saya no.2 tanya macamamana jawab exam susah tak? senang kacang je jawab dia adehhh..

biasa memang macam tulah antara mak ngn bapak mesti bapak dia yang risau lebih walaupun nak tunjuk macho tapi dalam hati dia sapa tau kan, macam suami saya jugaklah, dia yang risau lebih2

muka hepi je..harap kekal sampai hujung tahun.nanti Ayah jugak yang kena tunggu.haha.selamat bersekolah untuk hero muda Zie!

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top