Tepung Pelita Paya Jaras viral - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Tepung Pelita Paya Jaras viral

Jepun Mari | Friday, 17 May 2019,12:46 |
Assalamulaikum

Bulan pose ni time berbuka masak ke? bulan puasa ni takde la masak beria sampai MESTI nak masak. makan mana yg sempat.. target aku paling kurang masak 1 lauk jadi dah.. taknak masak beria sangat nanti diri sendiri yg penat. Hari minggu boleh lah all out nak masak susun bagai buffet. Hari keje, simple je. apa yg ada aku makan. takde demand sangat nak makan macam2. lebih layankan tekak anak2 sebab Azeq baru start puasa. Kadang buka pun makan entah hape2 dah kenyang, makan murtabak, cendawan goreng, rojak, roti john ehhhh dah kenyang. Nasi kadang tu tak usik. Tapi sejak akhir2 ni suka makan tepung pelita Paya Jaras. aku memang suka kuih sampan ni dari dulu. i sokkkkaa hahahah.. banyak bazar ada agen yg jual tepung pelita Paya Jaras, before ni malas nak beli sebab kadang beratur panjang gila, now banyak tempat yg jual so que tak panjang. almost everyday aku mencekik tepung pelita ni (selagi tak jemu selagi tu beli)

Tepung Pelita Paya Jaras viral
 pusing2 bazar tak reti nak beli apa. laki pandang bini, bini pandang laki. 'nak makan pe ma' entahhhhhh aku jawab. nampak ayam golek terus beli. amik separuh RM13.


tahun ni tak jumpa bazar ramadan yg betol2 best. 
Jalan yg dekat Wangsa Maju seksyen 1 tengah buat construction so diorang pindah buat bazar ramadan ke Seri Rampai. tak berapa meriah macam bazar tahun dulu.. tak jumpa kedai favorite aku. murtabak singapore yg aku suka beli time bazar pun takde. kedai lauk-pauk yg biasa beli takde, popia basah, sup-sup yg ada periuk besar2 tu? ntah mana diorang niaga. 

Tepung Pelita Paya Jaras viral
 Gerai roti john labu memang sentiasa orang beratur.. gerai yg kena beratur ni aku malas. tak dapat makan pun takpe, kecuali ada rezeki tiber tak ramai orang memang aku yg pegi. nak tunggu takde orang haremmmmmm. sentiasa melingkor2 beratuq dia.

Tepung Pelita Paya Jaras viral
gerai kuih keria gula melaka pun beratur. malas nak beli.

Tepung Pelita Paya Jaras viral

Tepung pelita Paya Jaras

ni pun dah viral.. banyak bazar dah jual tepung pelita Paya Jaras. tokey gerai tak ready lagi orang dah beratuq. KEBETULAN hari tu tak ramai yg beratur, aku orang yg ke3.. dapat la beli. yahhhoooo

Tepung Pelita Paya Jaras viral


Tepung Pelita Paya Jaras viral
target apa? masak 1 lauk untuk 1 hari. hari tu ada sikit lagi sambal petai ikan bilis.. geram aku asyik keluar masuk.. keluar masuk peti ais.. aku buat nasi goreng petai..pecahkan telur 2 biji (baru balance) kah kahhhhhhh. hah sedap pun.. habis licin laki bini makan. 

kuih wadeh tu favorite amir.. dia pun sama macam aku.. tiap2 hari makan wadeh. kuih yg macam donat tu mamak tu bagi free. hagaknya muka ni yg tiap2 hari beli.. bagi la seketul.

Tepung Pelita Paya Jaras viral

kuih yg dalam kelongsong ni kuih tepung pelita tajuk dia. ada orang panggil kuih sampan. Amir tak reti makan kuih ni sebab dia kata kuih apa lembik2. ehhhh yg dia tu setiap hari beli wadeh.. naik sakit gigi nak kunyah. tepung pelita ni keje tak banyak, main sedut2 telan. sedap pun sedap!! tapi kalau bulan puasa gerai yg jual kuih ni beratur panjang gila. aku suka amat kuih ni. Kalau beli tiap2 hari pun takpe. tapi nak yg Paya Jaras punya. Sedap nak matikk. satu lagi kuih cara berlauk. sekali makan boleh 10 ketol sekali makan.

nak sedap lagi simpan dalam peti ais, makan sejuk2 baru feeling.... ahakkkk

Tepung Pelita Paya Jaras viral
dia balut dengan daun pisang.. ingat daun pandan. ada orang buat sampan pakai daun pandan.. terpulang kot

Tepung Pelita Paya Jaras viral

ya Allahh.. sedap ya ampun.. nak mention, ada yg viral belum tentu sedap. sebagai pengemar tepung pelita yg tegar, yg ini betol2 SEDAP. banyak tempat aku beli, tak sama dengan tepung pelita Paya Jaras. dia punya struktur lembut, lemak berkrim, tak manis sangat. masuk kat mulut terus cair macam makan coklat m&n tuuu. santan dengan pandan yg hijau kat bawah tu elok kejadian tak bercampur. ada yg pernah aku makan macam kuih lapis. santan atas tu siap boleh selak makan asing2.. ko ghase tepung pelita tajuknya? 

tapi sedap ni subjektif. kalau kenan kat tekak sedap la jadiknya. mana yg tak suka cerr makan seketui kot mana tahu tetiberr suka.. tak kenal maka tak cinta .. cewahhhh kah kah.

dan paling sedap... lepas beberapa hari tak berak, tiba-tiba dapat lepaskan hajat yg lama terpendam

ohhhhh sedap sangat.. bahahahahahahahaa

Harga RM3.50 dalam ada 5 ketuii

sebelum tu, nak ingatkan dah beli. kena pegang elok2. jangan jalan macam gengster sangat sampai melambung2 pegang kuih ni.  kalau boleh pegang bagai tatang minyak yg penuh

because....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Tepung Pelita Paya Jaras viral
berlemuihhhhhh !! bahahahaaa
habis santan2 tu melompat keluar dari sampan dia. 
hari tu balik naik moto dengan ucu. ucu bawak moto boleh tahan rempit.. speed sampai 180 pegi. tunjuk kat ucu kuih tepung pelita aku di landa tsunami.. kitorang gelak sampai krem perut. ucu cakap tak lalu nak makan dah gaya gini.. 

Tepung Pelita Paya Jaras viral

Berlemuihhh pun habis !!
aku siap kaut yg tepi2 tu.. sedap sangat (siap jelir2 lidah pleasee). sekarang ni, aku ingat aku sorang je yg hantu kuih ni. senang hati sebab takde orang yg boleh berebut dengan aku. sekali Azeq pun suka kuih ni. kita ni mengalah bagi anak makan. dia makan 3 aku makan 2.. portion aku ingat cukup makan 2 sampan? kulat-kulat aku tengok dia kaut bagi habes.. esoknya aku beli 2 bekas.. dalam ada 10 ketul .. ahhmbikkkkkkkkk terbuntang-buntang anak beranak makan.. 


Tepung Pelita Paya Jaras
Kampung Paya Jaras Tengah
40160 Sungai Buloh, Selangor




-gee-
9 Komen untuk "Tepung Pelita Paya Jaras viral"

tepung pelita mmg fav..tiap2 bln ramadhan pasti mkn tp thn ni belum beli lg..sbb tk pi bazar ramadhan lg...yg slalu beli bkn paya jaras punya..yg biasa2 tkde brand mn2 hehe tp mmg sedap la sbb tu mmg tuju tmpt yg sama tiap2 thn..ni pn tkde la masak pn..slalu tukang hidang je..sbb MIL and hubby yg slalu masak hehe..tp smlm br je kita masak mee bandung muar

Nampak ayam bakar lagi sedap

Aku suka gak. Dulu masa tinggal kat ampang wajib p bazar bukit indah beli jenama apa tah tapi bekas dia plastik. Siap simpan bekas tu...haha rare gila tapi bulan puasa je keluar..mujur kat kinrara pun ada..bazar depan masjid ehsan BK5. Kot ada pembaca kat kinrara yang nak try beli. Kikiki.

Kuih pelita paya jaras nk memang sedap. Tapi itulah, akak pun skeg ni kalau makan kuih ni berebut dgn Angah. Suka nau dia.

kak pun jenis malas nak beratur jugak. haha. entah la, rasa takda semangat sangat. masa belajar di U dulu takda lah kesah nak beratur. hahahahha

Tepun pelita paya jaras sekarang byk dah dekat bazar ramadan, belah gombak pun byk tau suzie, semalam iftar di pejabat pun diorg borong beli yg paya jaras punya...apa lg balun sepuasnya.

Kedai semalam namanya 'Restoran Kuala Sungai, Kuala Selangor' nanti waze ye.

kuih ni memang febret..rasa dia maintain sedap, harga je yang berubah..hihi

Memang terkenal tepung pelita Paya Jaras nie.. Kat bazaar sini pun ada jual.. memang beraturlah orang membeli..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top