D'heritage Minangstay, Ulu Yam sesuai untuk kaki pancing



Ini berita gumbira bagi orang kaki pancing, kat D'heritage Minangstay, Ulu Yam tersembunyi satu kolam pancing yg ramai yg tak tahu. Salah satu tempat family day yang ada kolam pancing. Mungkin ada sesetengah je yg tahu port memancing kat sini. Orang kaki pancing confirm tau port mancing yg best. Weekend yg lepas hari yg busy, lepas attend tournament bowling department, lepas tu bawak anak2 tgok wayang, ahad pulak ada family day sebelah family Amir. Sepatutnya kitorang stay situ dua hari, tapi hari sabtu Amir kan keje, so ada la excuse tak stay situ weeee 💃💃. Kami anak beranak datang pada hari Ahad, tapi kalau ikutkan aktiviti kemuncak hari ahad, sebab hari tu ada sukaneka antara family, bakar kambing golek, tukar2 hadiah.

D'heritage ni kira macam homestay, bukan ada satu rumah je. Ada beberapa rumah kampung yg lain. Komuniti pilih tempat ni untuk buat family day. Komuniti sewa dua buah rumah kampung. Rumah minangkabau ni untuk perempuan, untuk lelaki ada satu rumah kampung kat belakang. Totally kat sini 100% suasana kampung, ada sungai kat belakang rumah. Reban ayam je takde. Bilik air kat luar rumah, hambik kou kalau malam2 nak terberak cari lampu suluh dulu baru cari bilik air. Bilik air kat dalam rumah pun ada, tapi kalau anak cucu cicit semua turun tak cukup satu bilik air.

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
cantik ye senibina rumah minangkabau ni.

Azeq memang suka suasana natural macam ni, tak susah nak pujuk dia turun dr kereta. Turun2 kereta terus masuk dalam rumah, kejap ke atas, kejap jengah tingkap bawah. Tup2 senyap je budak ni, rupanya duduk kat anjung depan. Tak lama tu turun ke tanah. Main kat luar pulak. Cuaca pun redup2, sejuk je.

D'heritage Minangstay, Ulu Yam 
rumah minangstay

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
gambaran dari depan rumah minangstay.

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
sukanya pemandangan macam ni,

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
ruang dalam rumah sempit sikit, sebab senggat2 macam ni.

air sungai ulu yam
ada sungai belakang rumah, tapi time hujan air deras. Main celup2 kaki boleh la

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
pak mertua & mak mertua ku, MIL i malu2, suruh pandang kamera malu2

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
aktiviti sukan bermula, aku main satu game je. Itu pun kena paksa, lepas main ambikkk. Bangun esok pagi, sakit itu sakit ini, nak bangun dah macam orang berpantang. Pegang dinding, sofa. aikkk apakah maksudnya ini, sudah tua kahhhhhhh Tu la masa terloncat sana sini tak hingat.

kambing golek 
waaaa, kambing golek tergantung. Kambing golek ni amik dengan D'Saji Felda.

otak-otak bakarl
 main bakar2.

otak-otak bakar
 sambil sukan, sambil makan. Banyak lagi makan dari sukan.

Kolam pancing

Part yg di tunggu, kolam pancing la. Memang hobi Amir suka mancing. Sejak ada anak aktiviti mancing dia tu terkubur macam tu je. Takde masa nak duduk termenung tunggu ikan makan umpan. Hari minggu penuh aktiviti lain. Kalau tidak kat bonet kereta penuh dengan batang pancing dia, tapi dah ada anak mana nak letak barang anak kalau batang pancing dia penuh satu bonet. 

Kitrang tak tahu pulak tempat ini ada kolam pancing, geram Amir tengok orang pegang batang pancing. Azeq lagi more excited. Sepanjang hari dia duduk kat tepi kolam tengok orang mancing.

kolam pancing
4 jam RM30, orang yg sewa homestay kalau nak mancing free, tak payah bayor

kolam pancing ikan patin
melendut batang pancing, tah besor mana ikan ni. Letih jugek nak bawak naik ikan ni ke darat. Dapat ikan patin

kolam pancing ikan patin
tak lama tu dapat lagi ikan patin 😲, 3kg. Lepas tu, aku dengar bising2, dapat lagi ikan patin lagi besar dari tadi, 5kg 😱😱

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
org lelaki mmg perfect ambik gambar. Most people. Kou tengok la dah macam biawak

D'heritage Minangstay, Ulu Yam
ok.ni cun

D'heritage Minangstay, Ulu Yam

yg nak sewa homestay D'heritage minangstay utk aktiviti family gathering ke, boleh hubungi
Puan Shida  012-6626540
En.Yusop 016-3769863

Kalau nak mancing, datang je bayar berapa jam nak mancing. Biasa 4 jam RM30. Tapi kat dalam tu, kalau jumpa lubuk, boleh dapat besar2 ikan patin. Setengah hari duduk situ tah berapa ekor dapat ikan, aku tengok dari jauh je, malas nak berpanas. 😇😇




-zie-

Tag : Lifestyle
25 Komentar untuk "D'heritage Minangstay, Ulu Yam sesuai untuk kaki pancing"

cantiknya
hijau mata memandang suasana di situ

bestnya dapat rasa suasana kg..dekat pulak dengan tempat pancing kan.. heaven la..ikan gemok2 pulak tu..;p

Masya-Allah Zie.. kambing golek tu buat mata kakak tak kelip memandang haha...
Seronok betul kalau sesekali dpt ke tempat macam ini. Kakak suka sebab kakak memang anak kampung.

Pernah terlintas nak buat rumah yg architecture macam minang ini. Unik kan:)

Menariknya tempat ni! Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga :) Siqah bookmark dulu. Boleh suggest kot nak buat family day :D

ikan tu nasib2 je yg dapt, ada org tu memancing dari pagi smpi ptg sekor ikan pun tak dapat haha

klu akk buat rumah architecture mcm ni mesti rmi producer buat shooting, popular la akak hahah

tu la sekali skali nak suasana nature mcm ni, tmpt ni bolh suggest..

cantik betul minangstay ni tau...memukau mata tgk...wah makanan meriah betull...laparrrrrrrrrrr

wahh besarnya ikan tu. busyra memang minat memancing. hehe

Thank u.
Saya akan pergi.
Bukan nak pancing tapi nak releks.
T kasih.

Betul tu,
Sekali buat apa. Selalulah pergi relex

Makan tak meriah. Yg meriah orang.

Makan tak meriah. Yg meriah orang.

Betul tu,
Sekali buat apa. Selalulah pergi relex

Thank u.
Saya akan pergi.
Bukan nak pancing tapi nak releks.
T kasih.

waa.. best nye !! tak tau plak kat ulu yam ade tempat camgini..

Anda ditag : http://blognisalpunya.blogspot.my/2016/12/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

Kambing golek tu memang aktiviti kemuncak..memang rugi kalau terlepas..haha

cantiknya homestay, boleh menginap kat sini nanti ;)

Saya dah singgah tempat tu tadi.
Ok jugak.

Susana memang nampak totally kampung.. Best ni. Betul la Zie.. Lebih2 lg utk yg suka memancing.

wah menarik sangat....orang lelaki kalau dah dapat tempat memancing tak kemana lah

ni boleh ajk abg2 aina yg kaki pancing ni. rumah dia pun cantik

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top