Kedai borong Birthday Party murah kat Melawati



Salam tahun baru 2018 geng!! Ada yg rindu tak kak Gee engkorang ni. Tak rindu pun tak peeee de ku kisah bahaaaha
Sekarang kak Gee tengah bercuti haneyschool menguruskan hal dak duorang ni bersekolah.. Dua ni pon dah terbojot2 kain ditambah pulak dgn slot drama Queen, aku rasa lagi penat housewife bekerja dari aku yg amik tugas sementara, balik umah memang bantai tido dah sama penatnya macam bawak kereta manual. 

Nak kemas rumah pun yer gak, sejak school holidays hari tu tak lekat rumah, ulang alik ke Gombak, balik rumah pun macam check-in.. check-out hotel. Ni amik cuti silalah berkemas rumah macam baru pindah, mana taknya nak jalan pon banyak halangan yg menganggu lalulintas, time diorang takde senang sikit buat keje, mana yg tak berkenan angkat masuk recycle bin.. Senanggggggg.. 

Nanti kita cerita pael dak duorang ni bersekolah.. Pitam mak nko!! 

so, ni cerita tahun lepas, hari tu nak buat candy booth untuk kenduri tahlil arwah mak. Ucu cakap ada kedai borong birthday party murah kat Melawati, ucu cakap kedai jomeng.. jomeng.. Natang pe laa jomeng ni.. Sekali nama kedai Joe Meng.. Kalau sebut laju2 tak ke lain bunyinya.. Tak tentu pasal ke JONGGANG lak perginya. 


tak tahu pun wujudnya kedai borong kat Melawati ni, ucu biasa beli kacang, asam, biskut, nanti dia packing kecik2 jual kat kawan office, jual seringgit satu pon ok dah. Siap bukak gerai kat pantry, cakap je nak hape!! semua ada, kacang, asam, gula-gula, sambal hitam, tapai la, macam-macam. Dia kalau apa2 sikit-sikit 'boleh jual ni' tu sampai petai pun dia jual, pitam melayan ada mak cik macam ni. 


biskut ni la aku cari, biskut teddy bear yg dalam inti coklat, ada 3 perasa strawberry, coklat & susu. Biasa makan perasa coklat je, rupanya perasa strawberry lagi sedap. Kalau beli satu tong ni RM52.90, tapi a'a cakap kat Pudu lagi murah RM43 satu tong, malas pulak gi jauh-jauh sampai ke Pudu.

Rambang mata dak dua orang, kejap2 pegang itu ini, tak keruan lettew nak semua

Fina amik telur yg dalam ada 25 pcs, nak buat pe sampai 25 biji, bukan nak makan sangat pon dia nak mainan je tu, memang TAK la aku belikan, pujuk dia makanan lain 

Azeq amik choki-choki, sebenarnya dia nak kad BoboiBoy yg kat dalam tu, takpe nanti choki-choki ni boleh letak kat candy booth

haaaaaa rambang mata nak pilih mashmallow yg mana

naik tingkat atas pulak ada toys & belon untuk birthday party.

belon helium pun ada jual kat sini, tapi tak sure berapa 

Sibuk la dia nk pilih toys jugak. 

Sila ngaku ni kakak gan adik keee?? 

Ari tu Anis blogger letop de komen .. 'Mak ke kakak umur 17 tahun?'.. Ok. Gini .. Dalam gambar nak nampak cantik, kecik comel, caranya suruh anak kita tu duk depan kita, kita yg bambam ni kebelakang sikit, nampak la anak tu besor.. Janji pandai sorok part yg kembang tu 
Tima kasih la babe.. Ko sowang je cakap aku sweet 17 bahaaha


Ni la Kedai dia kat Melawati, Joe Meng toys & party, kedai dia depan gan medan selera Melawati berdekatan dengan pasar tani pagi Sabtu tu. Senang sangat cari.. Takkan sesat punya


dah siap memborong cekedis, makan bihun sup kat medan selera betul2 depan kedai Joe Meng. Sedap weh sup ni, elok pulak pecah telur sebijik, rasa dia pun cukup sifat, memang kesukaan kak Gee engkorang sup-sup ni.. Lama tak makan sup sesedap ini. 


-gee-
10 Komentar untuk "Kedai borong Birthday Party murah kat Melawati"

mesti banyak yang diborong tu kan zie...hehe

Best kalau membeli di kedai borong macam nie.. harga lebih ekonomi..

Akak biasa juga ke kedai ni time keja kat melawati dulu. Lepas lunch kat food court nyinggah kejap beli kudapan pulak.

Biskut timbang kat sini mcm biskut bantal, biskut kapal terbang, biskut bunga semua lejen belaka...

bila tengok biskut dalam tin tu teringat masa kecik-kecik selalu beli biskut dalam tin je..yg dalam mall tak beli..pasal mahal hahahaha

baru tahu ada kedai macam ni, dekat je dengan rumaahhhh, nak serbuuuu

meriah nmpk..aritu ada kwn share juga..nanti bole la try singgah

Tips nak g sini jangan datang pagi sabtu time ada pasar tani. Haha, nangis cari parking. Meriahnya zie bahagian atas kedai dia. Oh ye selamat kembali bersekolah untuk hero n heroin cilik. Kesian mama comel, nanti makin kurus sebab ke hulu ke hilir. Hehe

arghh rambang mata tgk..nak terjah la

Tgh cari2 pasal biskut choco bear.. tgok gambar mcm familiar la pulak.. wah populer kak suzi and family,mcm retis pulok...hihihi.. boleh tolong borong 1 tin bwak balik nogori.. heeeeee

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top