sambungan ENTRY GRAND LEXIS sebelum ni, ehh pe daaa next time buat research dulu before booking, jangan main belasah (pengajaran untuk diri sendiri) bahhaha
lagi pun tak sempat nak buat survey coz keje melambak2 akhir tahun ni. balik rumah memang fikir nak rest. Ok, sambung cerita di Grand Lexis, next day takde aktiviti sangat santai lepak2 dalam bilik, kat sini sesuai la untuk orang yg malas nak keluar jalan2 memang datang untuk lepak dalam bilik, swimming pool pun ada depan mata.
duduk menung depan pool amik mood, dah la pipi tembam macam PANDA, comel pulak duduk berbungkus dengan towel. bangun pagi dah hadap pool.
budak ni celik mata terus ajak mandi kolam, rambut pon serabai macam hantu kak limah
dah macam nenek2 breakfast tepi kolam, siap warning kat budak2 jangan mandi ganas sangat, kang berkocak air habis makanan basah
pagi tu kitorang tak breakfast kat hotel, beli breakfast makan dalam bilik.
mandi la korang puas2.
view pool dari washroom area
ni time nak check out, ambik gambar puas2
with untie kesayangan, kesayangan semua orang, arwah mak pun sayang sangat gan adik dia yg bongsu ni.
main gomol2 sementara tunggu nak check out
hakak nak check out dah woiiiiiii
Dah nak check out suruh budak2 naik lama sangat berendam. Dah last2 budak2 ni ber shampoo dalam pool, hambekkkkk kou berkeladak air kolam tu siap bersabun bagai, keruh air kolam tu. Lantak la malas nak pikir, mesti pihak hotel ada sistem air dia, cara dia rawat air bagi refresh balik kan.
ajet2 macam model, setiap sudut memang cantik amik gambar
before check out celebrate birthday suami ucu yg ke lapan belas taung.. yg paling excited si kecik tu la, semedang asyik nanyi lagu happy birthday to u untuk dia.
pakai selfie timer, ehh mana laki aku, Azeq pon takde.. depa ni berendam lagi la dalam pool. pitam
anak dara ni majuk sebab dia nampak pool besar kat main entrance, muncung panjang nak mandi situ. i said NO.. time to back home, next time kita datang lagi, book villa yg lagi besorrrrrr. hahahaa
Grand Lexis ni dah ke hujung kat Batu 2 sana, sebelah gan Glory Beach Resort. Lunch tengahari depa pilih nak makan nasi ayam hainan kat Food Station dekat gan bus station. appppppe daaa tak ingat langsung masa tu berada ni NEGERI SEMILAN.. apo lak tak terfikir nak makan daging salai, tolur itik masak lomak kuning, sambal daun, camno boleh nak makan nasi ayam, kat KL pun berlambak orang jual nasi ayam. lain kali bagi tekak hakak yg suggest, anyway Alhamdulillah kenyang (sedapkan hati) hahaa
macam ni la rupa nasi ayam Hainan, biasa2 je
mee sup (nampak simple tapi sedap)
pelik tak, menu lunch ada ubi rebus, ok la ubi dia lembut cicah pulak gan sambal ikan bilis
ni mee kari
Sape yg nak try makan sini silakan, kat sini takde pilihan masakan kampong.. macam daging salai masak lemak kuning ke TAKDE YE.. yg popular nasi ayam Hainan, i bagai 2 setengah per 5 star sebab ada bad service sikit, miscommunication kat situ. Semua order dah sampai tapi kurang satu menu, boleh lak dia tanya banyak kali sampai 3 orang yg beza, ehhhh pe susah hantar je la makanan yg kurang order tadi, yg tanya banyak kali macam tak bagi makan napeee, terkemut2 nak hantar.. ini boleh mandatangkan amarah. empunya makanan pun tak de mood nak makan, tapi di sebabkan perut dah lapar, makan jugekkkkkkk habis licin pulak tu. hahaha.. ni hakak punya experience makan kat sini, kot mana tahu ullos makan ok.. ye dak, lain orang lain cerita.
Lepas makan, diorang semua balik KL. Kami anak beranak ada plan lain nak singgah PD Ostrich Farm kat Teluk Kemang sebab anak bujang tu minat benor laaaa gan haiwan.
-zie-
10 Komentar untuk "Santai di Grand Lexis Port Dickson gan Food Station Nasi Ayam Hainan"
wow bestnya holiday
Dah masuk wish list akak ni. Tunggulah rezeki lebih sikit hehe
Comel duduk termenung tepi kolam tu. Haha. Ana hari tu ke PD pun mcm susah nak cr tempat makan especially utk lunch. Last2 makan dekat tesco je.huhu
time waktu kemuncak (lunch) semedang penuh.. siap beratur bagai.. kalu ada anak kecik memg susah nak gayakan.. dgn panas lagi..takpe lain kali boleh try masakan org semilan.. hik hik
jgn lupa ajak zie join sekali hahaa
tq hanum
pantang 2 beradik tu jumpa kolam ye..bestnya mandi pool
stay sini mmg merap je dlm bilik..besar selesa, kolam pun depan mata je. syokla budak2
Bestnya.
Puas hati lah ank berendam
Hihi...Apa yg dimenungkan tu. Terjun jerlah dik. Pernah gak sampai sini. Tapi pool dia kecik. Rasa tak puas pulak mandi.
Kalau dah lapar makanan lalu depan mata sedap aje Zie
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.