Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

My bad morning

Zie Azi | 12 April 2017,12:13 |
Assalamualaikum korang!!

Pagi tadi macam biasa keluar rumah nak pergi kerja. Hari ni mood Fina ok, tak macam biasa, bangun pagi mesti nak nangis, pagi ni dia bangun tido terus happy, siap nak berjalan ke parking kereta. As usually mesti berdukung. ok Fina, ur good gurl today!! aucak!!

Mama & Fina terus berjalan ke parking kereta tempat biasa parking. Tiba2 kereta kat parking takde. Hati dah berdebar2, jiwa dah ciwak katak, jantung berdegup laju, berderau darah desupppp 'kereta hilang' OMG "Fina, kereta kita hilang" "apa mama, hilang" Jalan pusing kat area situ cari kereta, raba kat parking yg kut2 lutsinar ke, memang takde, hilang!!

Semalam, seingat aku park kat sini, KAT SINI, KAT SINILAH ! tapi parking tu kosong, aku syak 'hilang'

Jalan menonong dengan dukung Fina, bawak diaper bag, handbag, bag bekal, payung lagi, dapat bayangkan tak bag kiri kanan mencari kereta. Lepas tu, kami anak beranak jalan patah balik ke rumah nak mengadu kat suami, macam mana nak cakap kat somi 'kereta hilang'. Pusing belakang tiba2 nampak my baby boo park kat tempat lain. Dalam hati 'gerammmmm ye' alih kereta tak bagi tahu binik. Huwaaaaa nape buat macam ni kat mama !! Aku rasa nak picit2 peha lakik.

Jalan ke kereta hentak2 kaki dengan gerammm!! Tak tahu nak gelak atau nangis.😂😂

Dalam kelam kabut, letak Fina kat seat depan, letak bag, diaper bag, bag bekal, handbag dengan bawak payung lagi, sebab semalam hujan lebat, tu yg bawak keluar payung. Kemudian nak melangkah masuk kereta, kat tepi pintu masuk kereta ada longkang kecik, tiba2 kaki terpeletuk masuk dalam longkang 'gedebush' huwaaaa sakit nya! seriusly sakit sangat!! dengan tak semena nya, selipar putus, kaki kena sagat kat jalan tar, aduiiiii sakit yerrr. Fina intai kat window kereta "are u ok mama, mama? are u ok? "ooooo k Fina, jawab sambil meng'aduh" Tapi sakitnya ya rabbi, kaki kena sagat kat jalan tar, selipar putus lagi, my bad day!!

Sampai opis terus call somi, he just laughing at me

OK.ENOUGH.MY.BAD.MORNING

Ganti balik selipar mama yg putus!! 

My bad morning

Lepas kejadian, baru terfikir kenapa tak tekan alarm kereta. Biar la pun bergema alarm kereta di pagi hari, janji kereta aku jumpa.

Sebab dah panik, nasib tak lari pusing taman nangis2 cari kereta hilang!! perrrfff


-zie-
Tag : Fina, Parenthood
17 Komen untuk "My bad morning"

Huargghh berdebar baca. Ingt hlg kereta tadi. Boleh bygkn dh cuak dia mcm mana. Hehe

sesambil ngadu tu,ada jugak kan nak meraih sesuatu..aaggagaga...
haishh..kalau eda pun kira bad day jugak tu...

IQ pun tak tahu nak gelak ke nak simpati dekat kak suzie. hehe...kesian akak, kalau itu macam gayanya, memang haru biru paginya...tambah plak jatuh longkang, IQ pernah jatuh longkang sampai berlobang kaki, kena plak 2 minggu sebelum kahwin, siap pergi hospital...

Pernah jadi kes yg sama mcm mrs pip, park kereta bukan di tempat biasa, bila balik dari kerja, pusing2 cari kereta, 30 minit tak jumpa, ntah knapa absent minded pada hari tu ...lepas tu tak picit alarm ...uauaua....

Mujur kereta tak hilang hehehe lucu tau...len kali buka je alarm...kalau org dengar kira kejutkan orang bangun pagi hehe

zie lg berdebar ms di tempat kejadian, nak nangis ke haper, bila jumpa keta je terus rasa nak gelak dlm nangis..huwaaa

tak kira, tuntut jugak seliper baru hahaa, sape sruh buat kita cemas kan

sgatttt debar, rasa nak runtuh jiwa raga hahaa

hahaa IQ lg kelakar..naik pelamin kaki berbalut la ye..hihii

bila kita panik, apa2 pun tak ingt, kita fikir yg buruk je hahaa

mmg tak terfikir nak tekan alarm juju, bila fikir balik, kelakar pun ader..balik rumah jumpa hubby, pukul2 dia, rasa nak pukul dgn hammer je hahaaa

Ahaahah adoilahhh sape pun saspen kalau mcm tu xari tempat lain rupanya d ubah tempat lain

Adehhh..tu la..kdg2 bila panik x terfikir pom kan..bila dh lps bru lanterfikir... hahaa..dh dpt gnti slipar putus tu?

Hari ni isnin, tak bad morning lagi ke

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top