cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap



Assalamualaikum korang.

Sahur korang makan pe? ke tak bangun sahur.. eh!! 
Tips nak bagi segar bugar, aku ikut kata kak sha, bangun pagi mandi dulu. aku bangun pukul 4.30 pagi capai tuala terus mandi, nescaya nasi depan mata sepinggan boleh habes. silap2 bertambah nasi di subuh hari.
ok. now. what's cooking sahur!!

Kitorang kalau sahur memang cari nasi, aku faham laki aku banyak keje luar yg kena panas la, so bersahur dia kena makan benda berat, nasi. agaknya kalau tak dapat nasi mau lembik macam sutun. Kalau tengok dia bersahur, dengan korang-korang sekali berselera tau. Dia punya berselera tu macam makan ayam kfc yg bunyi krap krap krup tu. kadang2 aku ni berselera bukan sebab masak sedap, sebab nengokkan dia makan dengan berselera yg kita pun tak tentu pasal berselera sama. Dia kalau sahur siap tambah nasi, kadang-kadang compius, sekarang jam pukul 5 pagi ke 5 petang. 

ni nak share, kalau korang takde idea nak masak pe time bersahur. goreng telur pun sedap. sekarang ni tiap2 hari sahur masak telur, set dalam otak kalau tiap-tiap hari makan telur mau kentut & berak bau busuk. Macamkan kalau tak makan telur berak bau lemon bahahaa

cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap
masak telur sambal.. ni peberet .
biasanya, aku akan masak lebih untuk lauk berbuka pastu bawak ke sahur. Sahur nanti panaskan je. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap la

cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap
telur kicap mata kebau..
masak ni la yg terpaling sedap & senang. Korang kalau malas sangat nak masak, goreng telur mata kebau, ricih2 bawang dengan cili padi lepas tu tabur atas.. buh kicap dah siapppppp.. sedap woi macam dengan nasi panas.. 

cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap
telur hancur sambal cili padi
subuh-subuh pagi aku menumbuk bawang pakai batu lesung. takde hal laaaa. elok jugak menumbuk subuh-subuh macam ni, kejut orang bangun sahur. bahaha. telur hancur sambal cili padi ni senang je buatnya, tumbuk bawang merah, bawang putih & cili sikit, tumis. lepas tu hancur2 telur ikut sesuka hati.. letak garam & perasa.. dah siapppppppp

cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap

cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap
cekodok bilis.
terpaling senang buatnya, unta fadang pasirrr pun tak malas. kalau buat cekodok aku suka blen sekejap bilis tu, gregg greggg sekejap. jangan hancur sangat nanti tak berasa ikan bilis tu. main campak2 je, pecah telur, bancuh dengan air garam & perasa, lepas tu gaul sampai lebam. Dah tu, goreng la pe lagik. Pagi tu aku makan cekodok cicah sambal telur. Telur lagiiii !! 

cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap
waaaaa ni terpaling win.. suka .. suka.. suka sangat telur puyuh. sape suka, kita geng! kadang tu tak sabar kopek satu, dua masuk mulut.. telur puyuh bukan besar mana, makan seketul tak puas. paling kurang 3 biji dah lesap. pastu nak masak sambal tinggal berapa ketul je. Nasib puasa, cukup telur semua ada. kalau dibiar lama mau tak sempat menyambal.. 
huwaawwaa mengoda betul di bulan pose ni.
Telur puyuh sambal ni aku masak time buka, ada lebih bawak ke sahur. 

setakat ni je masak-masak berasaskan telur. husb cakap kalau tiap2 hari masak telur, mau telur sepapan tak cukup. aku bagi tahu dia telur sepapan yg beli minggu lepas dah habis. pastu buat2 muka terkejut pulak. dah tuuuuuuu, ni je yg simple & cepat. subuh2 nak menumis malas. dia cakap, kalau macam ni kena buat stok telur la. sekali dia hantar gambar ni. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


kwajaqqqqqq. main kasar nampakkkkkk

k.bye





Tag : Puasa
6 Komentar untuk "cooking sahur, masak simple telur goreng pun sedap"

Hahaha tinggi tahap guraunya tu :D

Akak pun pagi tadi sahur telur kicap je. Cepat, sedap & senang.

dasat sebulan puasa menu telur je..hahaha..mau kentut pun bau satu rumah

patut kekadang lalu2 jg bau telur tembelang. rupanyaaaa... kahhhh!!!! telur puyuh tu win dowww!!!! ada belen2 ke bawa esk. isnin -khamis depan pun boleh bawa waktu siang ok! hahahha

Telur mata kerbau dengan sambal telur pecah tu memang all time fav. Sambal telur pecah tu makan dengan roti je dah sedap.

Kah kah kah. Boleh tahan laki ko.. tu telur nak buat kenduri ke apa..

Aku suka gak telur..telur puyuh tu yums..

betol.. telur goreng kicap n cili. xpun sambal telor pecah pergh buat buka or sahur mesti laju makan..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top