Hari tu ada sale gila2 kat Lazada kan, aku tak terkecuali menshoppingkan diri. Bantal pun beli kat Lazada, ehh takde hal la beli bantal kat Lazada haha malas nak keluar cari bantal. Dah lama nak belikan wooden white & black bord ni. Tengok masa big baby sale hari tu ada sesetengah barang free shipping. Part free tu yg penting. Apa lagi terus grab, jimat tak payah bayar shipping.
Hadiah birthdy boy ter advance!!
bukan hadiah birthday sangat pun, saja cakap hadiah birthday biar dia menghargai. Tiap kali kalau beli apa2 barang aku akan cakap ni hadiah birthday atau reward sebab dia buat something tapiiiii u have to share with your sister. Belajar berkongsi, tak boleh nak conker sorang, takkan semua benda nak kena beli dua kan, ada sesetengah barang kena berkongsi.
mama tuliskan, suruh dia baca, boleh baca sebutan pun betul, ada kadang2 merangkak jugak, takpe practice make perfact.
balik rumah mesti excited nak conteng2 kat board ni. Tak kisah la conteng apa2 pun, janji jangan conteng kat dinding, nanti mama katok tangan. Nak tengok mama bertukar jadi incredible hulk beraniii buat. Sampai sekarang diorang ni tak berani conteng kat dinding. hahaa
suruh tulis balik ayat tadi
mama tanya, kenapa semua huruf besar, dia cakap dia suka huruf besar
mama tanya lagi, kenapa tak jarakkan 'saya suka' tu, dia cakap tak suka jarak
mama tanya lagi, mana huruf 'm' ayam tu, dia cakap lagi satu 'n' dah kena makan
👀😏😆😆😆
ikut suka la, janji dia faham apa yg dia nak tulis.
sebelum jadi cakar ayam kat bawah board ni, mama tampal wallpaper yg ada lebih hari tu,
bagi soalan mate pulak, dia cakap 'alaaa chill mama' kejap je buat dah siap, dia cakap soalan senang, petik jari dah siap, kang bagi soalan susah tercirit nak jawab
klik gambar
Beli kat Lazada white board ni, masa beli big baby fair dapat harga RM40.70, harga biasa jadi RM41.70. alaaa beza singgit je pun. Dapat free chalk, marker & eraser lagi. Takde la budak2 ni memanjang mengadap gajet, ada la aktiviti lain selain gajet. Kadang2 mama tulis note kat laki cakap 'i love u' subuh2 pagi dia baca, lepas tu dia balas 'love azeq fina, mama no.3'
wekkkkk, menyampah
-zie-
17 Komentar untuk "Hadiah birthday boy ter advance "
pernah gak belikan fiyah mse bday dia...
happy birthday
sukanya dia dpt board utk menulis. dah takde lah masalah conteng dinding lepas ni.
wah bestnya, sha rasa nak beli kat diri sendiri pulak :p
suka la si kecik tu..ya
memang parah kalu conteng dinding ni, boleh amukan 1 badan haha
tq..tp blom lg hahaa
bolh jg utk diri sendiri kan.
kitorang ada jugak bagi Uwais tulis dekat white board tp bukan yg mcm ni la. tp yang geram tu lepas conteng white board dia tulis tangan dia pulakkkkk grrrrr
haha, comel jer last tu!
comel white/black board ni. bagus untuk bagi budak2 conteng, tapi betul jugak, jangan sampai dinding rumah plak dicontengnye..heee
time kocik dulu, parents beli white board yg besaq supaya puaskan hati kami untuk melukis/ menulis. dan untuk pastikan dinding sentiasa bersih XD
bagus la tu, sekurang-kurangnya, ada tempat dia nak luahkan kesenian tangan tu, :)
Hahaha..jangan tulis merapu laki bini..budak tu jujur kann..haha comel la kamu azeq..hahaha
suka sungguh diaorg tu..mcm2 diaorg tulis...kelakar pulak pasal ayam tu..hehe
shopping online ni satu bagus dia kita tak distracted beli barang lain..kalau g mall tu karang, nak satu barang terbeli sampai 2,3. haduii
Saya belum pernah beli online. Credit card selalu tak cukup balance.
N dah kena makan 😆 pandai tau anak Zie. Hii. Happy birthday boy in advance. Lazada best! Hii
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.