Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri

Zie Azi | 19 April 2017,10:27 |
Assalamualaikum geng!

Mencari mood untuk menulis, bukan tulis pakai pen pon, taip kat keyboard, tu pon malas ya amat hahaa.


Weekend macam biasa mesti lepak rumah mak Gombak, sejak arwah mak dah takde, terpaksa la merajinkan diri memasak, walaupun kadang2 hari minggu nak jugak santai2 bangun lambat, nak mandi tengahari, lepak depan tv melayan anak. Tapi memikirkan tanggungjawab menjaga abah, weekend je dapat masak special sikit. Kalau dulu arwah mak ada, order je nak makan pe. Siap terhidang atas meja. Sekarang kalau tanya abah nak makan pe 'ikut suka kou la nak masak apa' 

Ingat lagi dulu masa arwahnya ada lagi, kalau abah tu teringin nak makan apa 'Edah, masak lemak daging salai, Edah masak lemak pegaga' memang jam tu jugak mak masak. Sekarang abah tak kisah sangat nak makan pe, apa yg anak masak, itu yg abah makan. huwaaa sedih!! 

Ni bulan ramadhan nak dekat, tak dapat bayangkan macam mana, siapa bangun sahur? rajin ke nak bangun sahur? ke tak sahur? buka puasa dengan siapa? *sob sob

Nah, ambik la lambakkan picture makanan, celik mata, makan makan..makan.

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
Menu tengahari sotong goreng kunyit, kari ayam dengan sup sohun cendawan Fina punya.

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
lemak kuning sotong, masak lemak kuning untuk abah. 

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
sotong goreng kunyit, heppp ada orang curi sotong kita

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
kari ayam

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
orang nogeri semilan cakap ni sambal gesek. Tumbuk cili, dadu tomata, perah limau sikit, secubit garam. Dah siap.. marvelous bebeh!!

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
 Pucuk paku goreng bercili

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
 sup ayam

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
 Masak ayam paprik. Hari tu post kat IG ada yg cakap ini masak ayam bali. Tah la, aku masak main hentam je, asal nak masak sambal merah ayam, terus ke paprik perginya, hentam je labu.

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri

Jus mangga susu, cara buatnya : potong buah mangga, blender buah mangga bersama sedikit air, letak susu pekat, air gula, ais batu, kemudian blander lagi. Dah siap blander masukkan dalam jug, potong dadu buah mangga, kemudian tabur atas. Dah siap. Buat sendiri dapat sejug besar mangga susu, puas hati minum boleh top-up banyak kali. ngeh2 ngeh!!

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri
penutup : petang buat cekodok, petang tu hujan melebat, memang sedap la buat cekodok. Sampai buat dua kali bancuhan, 1st round tak cukup, 2nd round masing2 terbuntang. Hambekkkk !!

Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri

Last, memandangkan ramai dalam family April Birthday bash, termasuk la si anak bujang tu -Azeq. Ada la orang belanja makan Domino. Lepas tu plan nak bawak abah makan luar. Dinner malam ni, gantung kuali. yahooo !! hakak dah penat masak, malam ni bagi orang lain pulak masak untuk kita.


-zie-
Tag : Lifestyle, Resepi
7 Komen untuk "Masak-masak & jus mangga susu buat sendiri"

banyaknya makanan....tapi jus mangga susu tu boleh buat air liur kita meleleh wak!!

buat sendiri ke wak, 1 jug besar pakai 4 biji buah mangga, termasuk buah potong dadu tu, marvelous...

Masakan tu menarik. Itu je yg saya tau komen, nak komen lebih saya ni memang kosong dalam ilmu dapur. Pengalaman pun tak pernah ada. Elok tak komen sebab kalau komen nanti tak jujur.

Pasal abah Zie. Saya tak pandai nasihat cuma kita ingat mengingat antara kita. Abah hanya satu. Kalau abah dah tak ada, kita memang tak dapat abah lagi.

Saya dah tak ada abah. Emak pun dah tak ada. Atuk dah lama tak ada. Semua yg dah tak ada tu, tak boleh diganti.

Bini pun dah tak ada.

Kalau rumah saya dekat rumah Zie, tak malu saya mintak sikit masakan tu. Lama dah tak dapat makan tu semua.

kadg2 komen yg adam komen buat sy tergelak sorang2, cari la penganti mungkin ada yg minat, buat peneman, sy tak pandai nak komen bab2 ini, jgn tnya lebih2, cukup takat tu..sy pun tak pasti sama ada nama adam ini adalah nm sebenar @ tidak..hahaa #no hate just kidding

Wah! banyaknya lauk sekali masak.

Kalau Mrs. A paling banyak pun tiga lauk jer...

Ya Allah menyesal pula baca entry ni hahaha banyak betul makanan yang sedap-sedap! sambal gesek tu macam sedap! teringin lah nak try nanti. Sotong kunyit tu pun nampak sedap. semua lah sedap huwaaa.

ya Allah...terliur..sumpah..jadi lapar..semua feverwlet ni..dah lah kita ni org minang.
tengok lauk tu memang semua suka
..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top