Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Selamat hari Jururawat sedunia

Zie Azi | 12 May 2017,10:21 |

Hari ni 12 Mei 2017 adalah hari Jururawat sedunia.

Selamat menyambut hari jururawat sedunia to all nurses, sekarang dah ada male nurse tau.

Dalam family ada dua orang yg keje nurse, adik yg no.4 (kak ya) dengan ucu. Kalau tidak dulu pun aku terhampir nak jadi nurse, tapi aku lari takmo jadi nurse. Baru tengok darah setitik dah nak pitam. Rasa loya, nak muntah. Datang dah penyakit ye tu. Kalau dulu masa pregnant kan kena ambil darah berbotol2, asal nampak jarum nak tusuk kat tangan, aku dah berdebar, tak pandang langsung jarum tu, sekali tengok darah aku dalam botol 'ohhhmaayyyygottt' darah aku tu, tolonggggg nak pengsan. 

Dulu2 isi borang SPA warna kuning, abah siap hantar by hand lagi. sekarang semua online dah. Dalam hati doa tak panggil interview sekali di panggil interview pulak. Hari interview, abah tunggu kat bawah, yg aku pulak saja buat lambat2. Masa interview saja buat bagi tak dapat, sekali hampir dapat tapi panggilan study accounting dapat dulu. Pergi la study accounting, tapi takpe walaupun anakmu penakut darah, jarum, bau makmal, bau alkohol, tapi kalau bab kira2 sap sap hoiiii kejap je congok, otak ni macam calculatar *ngeh2 tiup2 kuku

Dapat jugak hasrat abah salah seorang dalam family ada yg keje line medical walaupun tak dapat jadi doktor hikhik Sebab abah dulu dari line sastera terus masuk line sains. Struggle la. Dulu abah keje JTMP (juru teknologi makmal perubatan) Dua adik ipar pun keje hospital, sorang pharmacy, sorang PPK

Tapi tah macam mana darah medical tu ikut je ke mana aku pergi. Tu la kaulad lagi. 1st job pun dapat kat hospital, hospital JHEOA Gombak, lepas tu hospital Ampuan Rahimah Klang, dan sekarang Hospital Kuala Lumpur. Walaupun bukan kerja di line medical, tapi pusing2 hospitalllll jugak. Rezeki Allah ni luas, kalau di sini Allah bagi rezeki insyaAllah ada jalan yg Allah nak tunjuk.

Selamat hari Jururawat sedunia
ini lah ucu, kaki rempit ni. Kalau setakat nak pergi chowkit, zapppp dah sampai. Dah macam bangla jual carpet, tak hingat ke pergi naik moto, kan dah penuh depan belakang.

Ucu ni lagi, kalau nampak orang excident jatuh moto, dia dah bukak pintu kereta nak pergi tolong. Aku ni penakut, tengok dari jauh je. Ada hari tu, dah timing balik, tepat jam 5 zapppp balik, dia boleh tolong orang sesat tak jumpa wad, dia tolong orang tu dulu carikan wad, lepas tu baru balik. fuhhh 

Selamat hari Jururawat sedunia

Happy nurses day to both of you, Ucu & Mira

Tak semua orang punya jiwa suci murni macam ni. Kerja sambil beribadah. Dalam kerja tolong orang. Tak semua orang mampu nak cuci kencing berak, mandikan pesakit yg bukan di kalangan ahli keluarga sendiri. Kou mampu!! Ada cakap misi (nurse) ni garang, dah tentu la diorang ni garang, diorang jumpa bermacam2 orang. Dalam garang ada terselit kasih sayang yg kita sendiri tak mampu nak buat. 

Ada adik aku cerita, dia nurse bidan orang bersalin. Ada patient ni sebelum bersalin dia makan petai dulu, agak2 korang ape jadi pada nurse, doktor yg sambut baby, sambil neran sambil sembur perfume bau 'petai' hikhik kou mampu! 

Walau apa pekerjaan yg kita lakukan semua adalah murni, tak kira kerja kutip sampah, driver ambulans, kerani taip surat, yg penting ikhlas dalam tugas, nescaya semua akan jadi lebih indah & mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah.

Dan 14 mei adalah hari jadi arwah mak, tahun ni tahun pertama tiada sambutan hari lahir mak. #alfatihah terima kasih semua jururawat yg menjaga arwah mak hingga ke nafas yg terakhir



-zie-

Tag : Lifestyle, Ucu
2 Komen untuk "Selamat hari Jururawat sedunia "

selamat hari jururawat buat ucu & mira! hargai sangat jasa nurse ni terutama masa jaga arwah ummi dan jugak arwah suami di hospital..huhu...

Al-Fatihah buat arwah mak kak suzie dan arwah2 kesayangan IQ

Bukan senang kerja jadi nurse. Memang respect. Telinga kena tebal, kena tegas dalam lembut. Kalau sal tak mampulah, sebab tak sabar

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top