'Polis Evo' meletop-letop di panggung



polis evo

Kisah 1
Mesti ramai cakap "aku tak layan cerita malayu ni, nanti pergi panggung rugi duit je" atau  "Haaa movie malayu, tak nak la tak best" atau ada yang cakap "Gie semoga tak menyesal tengok wayang movie malayu" what the ngekkk..

Yang tak sangkanya, my friend chinese pun pergi tengok dan dia cakap best gila cerita Polis Evo ni..What!! biar betol kawan i Chinese pun layan cerita Melayu. Tak boleh jadi ni, mesti tonton. Tapi kali ni tak menyesal memang best movie POLIS EVO ni, korang pergilah tengok baru tahu feel movie ni,  tak nak cerita movie pasal apa boleh bagi tahu sinopsis je 

"Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya"


Kisah 2
#ShaheizlySamDatang

So, pada 16 Oktober 2015 hari tu aku pi la tengok movie yang depa dok perkata best sangat ni.. Movie should be start pukul 9.45pm, tapi dah pukul 9.45pm tak start lagi. Tiba2 blackt-out, dalam hati comfirm pulang duit balik, sebab masa tengok kat Wangsa Walk biasa kat sana kalau black-out ke ape pihak cinema akan pulang duit balik.. Tapi andaian aku meleset, tiba2 ada orang cakap "jangan bergerak", aku dah takut peluk hand-bag aku kuat2 takut ada rompakan ke ape, lepas tu nak lari pun tak boleh gelap sangat dalam tu mana nampak pintu keluar kat mana. Dalam tu penuh manusia yang tengok Polis Evo ada makcik2, kakak2, budak2 pun ada . Dengar tapak kaki orang jalan turun ke bawah, nampak samar2 lampu geselin badan orang bagak2 tengah berdiri.. Rasa takut weh..nak lari tak cukup tanah.

"Assalamualaikummmmm" dengar orang jerit bagi salam, on-light nampak Shaheizly Sam datang.. Wowwwww mak ai hensem ye. mengaku bujang tewos..Riuh panggung orang menjerit. Kecoh sekejap la, tapi yang sempoi ye Shaheizly Sam pakai simple sangat baju t-shirt "Rembat" seluar jean, time tu nak mempromosikan movie Rembat.. Shaheizly Sam cakap dia ucapkan terima kasih kerana dah minggu ke-lima masih ramai lagi orang menonton movie Polis Evo ni.. lebih kurang gitu lah. Kemudian selfie dulu bersama Shaheizly Sam, lepas tu siapa yang nak bergambar bersama Shaheizly Sam boleh la beratur, beratur sampai tangga ke atas tu haaa.. aku malas la ramai sangat orang, lepas tu segan nak keluar hp aku yang tak berapa canggih ni..hihii

Movie start dalam 10.15pm gitu, tapi lepas tengok movie ni "don't  judge the book by it's cover". Pergilah tengok kalau nak tahu movie ni best ke tak. Dalam movie ni watak yang paling best watak Mak Yam..kelakar betul. nak tahu siapa Mak yam tu jawapannya tengoklah Polis Evo support filem melayu industri tanah air kita..






-gie-
.................................
Tag : Movie Review
25 Komentar untuk "'Polis Evo' meletop-letop di panggung"

Sejujurnya saya dah lama tak tengok wayang... puluhan tahun juga. Tapi saya mmg suka lakunan Shahiezly Sam ni...

Gee! thanks kerana singgah di blog saya.

hai kak, thanks singgah blog saya, blog akak terus jadi list "blog i read" coz sy love food & entry Stonehenge tlh menarik minat sy..

baca sinopsis kat sini pon rasa teruja nak tengok.. best la... boleh jumpa Shaheizy Sam liveee ! :D

sbb tu bleh kutip RM15 kan!! ;-)

tu pun kebetulan je kot, tak pernah jumpa Shaheizy Sam secara live

tu la kan mahal, terus up harga..

tengok jugak movie ni, best and 1 panggung gelak ramai2.... suspen ade, style pon ade.. tp shaheizy sam mmg hensemlah

jempulah ke blog :
http://najwazahid94.blogspot.my/

hai najwa, sy datang singgah, ada kopi x..

ramai cakap best. penat dah ajak hubby pergi die takmo pergi siott je. tunggu kat astro 1st lah jawabnya huuuuuu~

ramai yg cakap best citer ni..tunggu kluar kt astro, boleh tengok sambil baring2..hihi....malas nk ke panggung..

best giler dapat tengok Shaheizy Sam depan mata!!!
bestnya!! jeles ni!

wayang terhangat sekarang kan...

macam best bila zizang cakap terengganu dalm filem ni..hahaha

tggu astro 1st je, bolh guling2 smbil menonton

betul tu, lagi selesa kat rumah sebenarnya.

tu la, tu kebetulan dia nk promote cte 'Rembat', sambil turun padang kot

tgh hangat diperkatakan sekrg..

sy punya tiket harga up smpi RM18..mahal weh

Weyh Zie, okje pun dah tengok cite ni....mmg best sungguh kan.Tetiba mak jatuh cinta dengan 2 org mamat tu....hihi....Tapi my hubby tetap the winner weyh haha...

Syok le dpt berselgie ngan Shahizey Sam...Jeles mak tau!

sy mmg minat Shaheizy Sam wlapun dia tak beberapa tinggi..hahha
win la cte ni kan kak..

Sy pegi gak tgok citer ni..tp pestime bawak cikpia budak kecij biasalah mana nk tahan dok dalam panggung..sejam pertama sy tgok sejujurnya takdelah best mana..tp citer dia takdelah menghampakan..nk kata best sgt tak la..mgkin sy high expectation sgt kot.huhu..

Syok tu sam mai masuk panggung..rugilah tak bergambar ngan dia.hehe

ms dlm tu pun ada budak kecik juga, tak berhnti tanya biasa la budak akan sentia bertanya kalau dia tak paham, tapi comel..hihii

rmai sgt org Q nk berselfie dgn dia, mls nk berebut2 hahhaa

yup mummy kalo citer melayu memang lomahh..tp bila hero2 excited yg amat nak g tengok.. mummy pi lahh jugakk..sekali tengok fuyoooohhh ada gak citer melayu yg best..tak kering gusi gitu..heheheh :D

sama la mummy, zie movie malayu mmg tak layan, tapi bg peluang tengok, skali mmg tak mengecewakan..hihii

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top