Malam BBQ mantai sambut puasa



Assalamualaikum

Macam mana puasa korang hari ni, sorry la kalau ter up picture makanan banyak2. Ini cerita sebelum sambut puasa hari tu, selepas terawih malam tu kitorang kumpul adik-beradik buat BBQ depan rumah. Kira macam mantai la, mantai versi santai bahahaa.

Panggil ucu suruh datang, tak boleh datang pon, suruh datang bagi boleh. Sape lagi yg rapat kalau bukan ucu, kalau ada apa2 aktiviti memang ucu lah orang pertama ke depan. Arwah mak dulu memang rapat dengan ucu, sekarang anak2 la jadi penyambung sirraturahim. 

Menu malam tu ayam madu bakar, ikan keli bakar, kerang bakar, jagung bakar, sosej, mee/bihun sup tulang & side dishes lain, caramel oreo, kacang rebus beli kat depan Maybank gombak.

Malam BBQ mantai sambut puasa
semua sedap, kecuali kerang. Kerangnya macam dah lama, tak sedap bila bakar isi dalam pun macam nak busuk je. Apa lagi buangggg la, kang makan sakit perut lagi susah, esok nak puasa ni

Malam BBQ mantai sambut puasa
inilah orang kuat sebalik tabir bakar membakar.

Main bakar2 sampai pukul 12 malam, buat kecoh je depan umah dengan nak hidupkan arang tak hidup2. Akak ekau ni dah khabar an, idop an api, idup an api, dia cakap awalllllll lagi. Lepas tu time nak bakar, tak hidup2 api yer, kannnn ambek tiger mom ni dah cekak pinggang kat tepi, lapar ni, lapar ni!!

Malam BBQ mantai sambut puasa
Malam BBQ mantai sambut puasa
ikan keli bakar ni SEDAP weh, cicah dengan sambal asam, memang terbaik. Ikan dia elok perangai tak hanyir, janji orang yg siang tu cuci bersih2, lemurkan dengan kunyit garam dah cukup, bila makan terangkat kening, sedap yer kemahennn

Malam BBQ mantai sambut puasa
ini pon sedapppp, Caramel Oreo. Sedap gilos hokey tak manis sangat, rasa sweet gula2 kapas gittew. yg penting bukan i yg buat, Rose yg buat, i makan reti je, baking NO WAY MAN.

Malam BBQ mantai sambut puasa
anak dara si dagung runcing, apa makanan yg dia tak bedal. Sup tulang dia makan, ikan keli, jagung bakar, semuaaa la. 

Malam BBQ mantai sambut puasa
Bentang tikar macam ni, makan ramai2 memang seronok.

Malam BBQ mantai sambut puasa
Buat sup tulang, abah nak makan sup tulang. Kalau dulu, kalau time nak puasa memang biasa masak sup tulang, abah den kan owang nogeri semilan, kalau time nak pose ni, malam mantai. Tapi kek KL nak mantai celah mana.

ada pulak yg tanya mantai tu pe? 👇👇

selamat menjalani ibadah puasa.
#ramadhan4

-zie-
9 Komentar untuk "Malam BBQ mantai sambut puasa"

pernah dengar perkataan mantai tapi tak sure apa maksudnya..sselamat berpuasa zie

Selamat berpuasa zie...

Wah meriahnya. Akak baru first time dengo perkataan mantai ni hikhik

mantai tu dialek owang n.semilan je eda, selamat berpuasa yo

itu maksud sebenarnya kannnn

mantai ekau ni takdo lomang?hahaha.seronoknya makan berkumpul adik-beradik.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top