Sup tulang daging lembu fresh dari kampung



Hai Assalamualaikum semua !!

Sup tulang daging lembu fresh | Minggu lepas atok kampung (father in law) sembelih lembu, daging fresh terbaik dari ladang. Tak main la daging kotak. FIL ada bela lembu, kalau tak silap ada 90 ekor lembu, pak mertua bela lembu jenis yg bebas bersepah, ada separuh berkandang, half lagi dibiar bebas, tapi bertanda la. Lepas tu ada sekoq lembu ni melarikan diri, sekali jumpa terus sembelih, aaaa tu la nakai lagi melarikan diri kan dah kena sembelih. ehahaa

Resepi sup tulang daging lembu ni dapat dari FIL. 
Orang lain mungkin berbeza dengan cara masak sup tulang ni, uolls kan tau hakak ni pemalas unta padang passsir, rimas nak masak renyah2. Lagi suka pilih yg simple, yg nak makan pun kita kan, taknak renyah sangat. Masak sup tulang ni pak mertuo yg ajar, hakak dengan pak mertua 👍👍 cenggini (thumbs up) #yeke Ambik resepi ni pun curi2 intai, nak mintak full resepi maluuuu, takde la nampak sangat yg kita ni tak reti masak, sambil pak mertua campak bahan2, kita pun laju2 sebok tengok. pak mertuo ni tukang masak kampong. Kalau dia masak memang sedapppppp. Jom la tengok resepi sup tulang daging lembu fresh dari kampong.

Sup tulang daging lembu fresh dari kampung

Resepi sup tulang daging lembu

Bahan-bahan :
1kg tulang yg ada daging sikit (jgn amik semata2 tulang) 
daging sikit dipotong dadu (potong besar sikit)
bawang besar - dimayang
bawang putih - dimayang
halia - dimayang
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
sup bunjut 
lada hitam (ditumbuk)
daun sup
3 biji kentang
Bawang goreng - suka goreng sendiri

Cara masak
Rebus tulang dalam periuk yg berisi air sehingga empuk. Kalau kita rebus tulang, akan timbul lemak2 daging yg boleh menggemokkan, ceduk lemak daging & buang. Dengan cara ini kurang la lemak tebal seinci kat bibir. bahahaa

Kemudian, di periuk yg lain, tumis bawang, halia, bahan tumisan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang) sehingga naik bau, tuangkan rebusan sup tulang dan isinya ke dalam periuk tumisan tadi, tambahkan air sebanyak suka, masukkan sup bunjut. Masukkan kentang dan mendidih sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Last sekali hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

*kalau pak mertua masak sup tulang, rempah sup bunjut tu dia buat sendiri, tak main la sup bunjut yg siap2 jual kat kedai tu, itu yg sup tulang pak mertuo terbaik dari ladang. 

Sup tulang daging lembu fresh dari kampung

Menu sup tulang ni my family favorite dishes, kalau time buka puasa sup tulang habis dulu, memang laku keras *rolling eyes

Sup tulang daging lembu fresh dari kampung
sedap di makan dengan cili kicap, alaaaa cili kicap pun nak resepi kerrrr. Tumbuk je la cili padi tu, buh bawang putih sebutir, mayang bawang merah 3 butir, letak garam, perah limau, perhhhhh berasap telinga

Sup tulang daging lembu fresh dari kampung
ini kangkung goreng belacan, my favorite dishes tooooo

Sup tulang daging lembu fresh dari kampung
klik gambar

Pak mertuo masak pakai periuk pressure cooker macam ni.

Kalau masak pakai pressure cooker masak dalam 10-15 minit daging dah lembut, kalau over cook dengan tulang2 sekali boleh hancur. Tak jadi la sup tulang, jadilah sup seredak, tersedak2 makan ehaha

Hari tu masak pakai periuk biasa, rebus kena lama sikit la. Dengan adanya pressure cooker dari LAZADA akan menjadikan masak lebih mudah & jimat gittew. Jimat masa, jimat gas. 



-zie-
Tag : Resipi
12 Komentar untuk "Sup tulang daging lembu fresh dari kampung "

Sedapnya. Kenyang makan daging tu saja kalau Ana :)

daging fresh..sedapnya..kita time raya qurban je dpt rasa yg fresh..huhu..

mengundang btol dia ni pagi2 cari pasal taruk pic sup! dah la kak liza baru lps cete cendui durian sampai 4butir! zi...pressure cooker tu kak tun cete, dia over timing jadi begedil daging tros! hahhaha

Wowww FIL ada kandang lembu dekat 90 ekor...memang terbaikkkk!!! Usahawan melayu mcm ni lah buat julia sgt bangga...ehhh nak beli daging lembu kt fil boleh? hehehe

sedapnya..saya pun suka sup tulang..

terliur wei..pandai FIL Zie masak..untung betul jadi menantu..huhu.tapi biasa orang tua kalau tanya resepi mesti jawab 'campak-campak je'. Adoi..stress.haha

Gitew..kita ada dah pressure cooker rebus dagingnya je belum. Hahaha..

wahhhhh, sodapnye sup tulang daging tu, mesti umpphh!!

rupenye ni entry blogger contest tu ek...all the best kak! IQ pun masuk! =)

Sedapp tu sup daging.. 👍👍

Pandaii betul pak mertua masak

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top