Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Birthday boy sambut dengan his friends

Jepun Mari | 4 May 2017,11:12 |
Assalamualaikum geng

Ada yg rindu tak, ngeh2 ngeh lama tak bersiaran.

How was your long weekend?
Cuti labour day kami balik kampong Sungkai, tapi before long weekend on thursday sambut birthday boy kat sekolah. Hari tu dah celebrate birthday party kat PD, kali ni nak sambut dengan kawan2 dan cikgu dia, nampak gayanya sebulan budak ni potong kek. Tiap kali birthday budak2 ni aku akan spend time untuk sambut birthday dia kat sekolah. 

Mama akan datang sekolah bawak kek & gedik2 bawak belon tukul ke sekolah. Biar la orang nak cakap menyibuk ke, tapi bila kita fikir berapa tahun je budak2 ni membesar, next year dah masuk fasa baru, time kecik la ni gomol puas2, peluk cium, bila masuk ke sekolah menengah dah berasa malu, takkan nak gomol, peluk cium cemolot macam masa kecik kan. Dah dewasa trick cara lain, jadi best friend mama. huwaaa cepatnya masa berlalu. Time pleaseeeeee stop flying  Inilah kehidupan, anak semakin membesar kita semakin tua. Tua ker! sigh.. hahaa


before sambut birthday kat sekolah, birthday boy diarrhea pulak, pagi pergi klinik dulu. Takut tercirit dalam kereta pakaikan pampes, bayangkan si Azreq demok pakai pampes, pampes saiz xxxxL belom tentu muat untuk montot dia, pakaikan jugak pampes Fina lepas tu cover dengan sepender hahaa Dahhh tebal seinci montot tu

simple goodies bag for his friends

belon tukul for his friends, pokemon pun pokemon laaaa janji kids happy

tengok, dia paling besor antara kawan2 diaaaa. Ni kawan2 Azeq, Qaseh, Zaim, Rayyan errr lagi mama tak ingat

happy 6th birthday, Azreeq Sufi semoga membesar dengan sihat, brightest future, tetapkan la hatinya dengan imanMu, mama & abah loves you sooooo much, both of u guys.

sambut sekali birthday for Jan, Feb, Mac & April bash

standby for birthday song

nak sangat kek boboiboy, nahhhh mama buatkan, hahaa 

Mama, buat kek! BAKERY...NOOO !!
mama buat pakai air liyo je, order what flavour i want, (hembus2 kuku) ikut mama la nak makan kek apa hahaa, takde skill nak bake baking ni, tangan tak bedung. 

Allah tu dah bagi kelebihan & kekurangan pada setiap orang, aku ada kreatif benda lain tapi tak pandai nak baking. Buka ruang rezeki pada yg pandai buat kek jugak kan.



aku order kek indulgence 2.6 kg / 1.9 inci, harga RM85. Boleh terjah IG dia niza twinkitchen, kalau area KL takde charge penghantaran. Hantar sampai depan pintu. Rasa dia macam kek indulgence secret recipe tapi tak la sejibik sama macam kat kedai tu, tapi yg pasti 'memang sedap'

nampak tak mama menyibuk kat situ.

Settle sambut birthday boy kat sekolah, memandangkan birthday Jan, Feb, Mac & April bash ramai la parents yg sponsor, banyakkkkk sangat goodies bag dan food untuk kanak2 ni. Happy kids dapat macam2 benda.

kot ada yg rindu, sekiannnnn

Ini je cerita birthday boy sambut at school. 
💗💗💗💗
4 Komen untuk "Birthday boy sambut dengan his friends"

meriah sgt sambutannya, azreeq ni sama befday dengan anak saudara IQ yang sulung, 6 tahun jugak tapi rasanya anak saudara IQ lagi besar rasanya, cari baju nak sedondon tak jumpa sebab dia punya saiz yg darjah 6 punya...huhu..

memang budak2 sekarang mesti nak sambut dekat tadika kan? selalu IQ nampak macam tu...huhu

Seronok anak-anak kalau dapat sambut dengan kawan-kawan.. Happy je mereka..

sma la dgn si azreq ni, cari saiz baju mmg susah, dia saiz dewasa dah

dia nak orag nynyi birthday song je, tu yg buat happy

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top