Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Jom Makan : Wong Solo, sek 7 Shah Alam

Zie Azi | 9 May 2017,08:03 |
yuk mangan desek..(jom makan)

Selain favorite kedai ayam penyet, kedai Wong Solo, Shah Alam juga termasuk salah satu my favorite list. Lebih kurang macam ayam penyet, yg membezakan sambal dia.

Kedai Wong Solo ni berdekatan dengan Laman Seni Sek 7, lepas makan boleh jalan2 kat street art. Masa aku gi ni malam, plan hari tu nak pergi I-City Shah Alam. Isi perut kenyang2 lepas tu bawak budak2 tengok city of light i-City, tak jauh dah, belakang tu jeeee

Wong Solo, sek 7 Shah Alam

kat sini always full, tah bila masanya tak ramai orang. Nak dapat tempat duduk bercinta jugakla. Mula2 kitorang duduk kat meja yg bersila. Nampak macam muat, sekali dah duduk, sendat, semput, tak boleh jadi ni. Usha table mana yg kosong terus kitorang grab. Tak boleh weh duduk bawah, jemaah ramai yg badak2, bila duduk bersila berlaga2 bahu, macam sardin dalam tin.

Dipersilakan..

Wong Solo, sek 7 Shah Alam
 ewak leleh. ikan keli penyet

Wong Solo, sek 7 Shah Alam
 ayam penyet, tempe dia pun sedap, ranggup, garing. Bukan tempe lama
 Tetapi !!

Sambal dia pedas tahap juling bijik mata
Tahap buasir kelopak 7 *rolling eyes
berani colek cuit sikit2 je sambal tu, tapi yg mana suka pedas, silakan makan sini.

Total untuk makan malam tu RM115

Ok la makan untuk 8 orang, lepas tu add menu ala cart lagi. Kat sini ada menu set, tapi kitorang tak amik menu set, masing2 eksen nak order sendiri. Nak rasa kelainan, ada yg nak ikan, ayam cumi la. Ikut suka la kannnn

Wong Solo, sek 7 Shah Alam
 terung cili berlada (yekot nama dia)

Wong Solo, sek 7 Shah Alam

sambal udang petai, ini auwsome. Petai dia ranggup, dah lama cari petai, jumpa yg jual kat luar semua lembik2 yg dah lama. Alhamdulillah ada rezeki nak makan petai. Lepas ni, mendapat sekor2 masuk bilik air kencing bau petai miahhhmia

Wong Solo, sek 7 Shah Alam
ni ayam goreng upin ipin, ngeh2 Aku sendiri bagi nama menu, ayam goreng drumstik je ni, tapi tah macam mana depa goreng boleh jadi ranggup sedemikian rupa. SEDAP SIH !!

Recommended la, cuma kena banyakkan istifar sebab ramai orang. Walaupun ramai orang, service tetap tip top. Dah siap order, duduk lepak, eh air dah sampai, tak lama tu makanan sampai. Lepas tu, tengah makan nak add ala cart, ponnn cepat sampai. 

Pekerja dia ramai & ramah. Biasalah kalau mak2 bawak anak makan luar, serupa 10 orang anak, kejap request pinggan, kejap minta nasi tambah, kejap lagi add milo ais, minta spoon, lepas tu taknak pakai spoon, nak wash hand. Pitam, urut dada, motherhood is wonderfull. Kita ni, nasi pon belum sampai ke mulut. Sebab tu kalau keluar ke mana2 memang keluar hangkut adik-beradik, tak boleh handle kalau aku sorang. Itu belom kalau dia dah kenyang, nanti dia turun kerusi dia merayau ke mana2. 

Restoran Wong Solo
Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7 Shah Alam 
400000 Shah Alam 


-zie-
12 Komen untuk "Jom Makan : Wong Solo, sek 7 Shah Alam "

Nampak menyelerakan. Wow! ^^
Saya datang nak jemput join giveaway http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html

akak tak try wong solo kampung baru? arwah husband saya selalu beli wong solo dekat sana, sebab pejabat dia dulu dekat kL je, tapi masa tengah mengandung beli makanan macam ni kadang tak kena tekak...hehehe

oiii sedap tu lama tak makan sini, balado terung tu sodap, cumi goreng tepung pun sedap, aiihhh terliur nih

kmpong baru lagi dekat gan akak...ooo ada ye wong solo kmpong baru..
bolh try nnti, jom IQ..mengopi hahaa

terung balado memag sedap, bolh katakan semua sedap lahhhh
ayam goreng dia pon sedap, ayam goreng je pon tapi tepung dia ranggup..

singgah selasa
hari ini x berapa sihat
keep in touch

semoga cpt sembuh ya..

Sedapnya nampak ayam penyet dengan sambal udang tu. Lama tak ke Icity. Boleh lah plan semula ni nampaknya.

icity next entry..hik hik

Lapar pula tetiba... Hee

Semuanya sedap2..especially terung berlada tu

jom kak! nak mkn skli roger kak! hehe

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top