Assalamualaikum geng !!
Sebelum cerita nak bagi korang jalous tepek picture yg cantik2, setiap sudut view cantik hokey.
Ada yg tanya kami sekeluarga bercuti kat mana? Dekat je tak sampai meredah lautan china selatan. Weekend bawak family bercuti ke Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Kira staycation cuti dekat2, memang cari tempat yg dekat nak balik rumah, tak payah nak redah jem berjam2, drive pun tak penat macam aku drive, aktiviti pun santai dalam bilik, mandi kolam lepas tu sambung kat bathtub pulak.
Mula2 abah taknak ikut, Kalau abah tinggal nanti fikir abah makan pe, siapa nak siapkan makanan abah, kak ya shift petang. aku bisik kat telinga Azeq 'Azeq ajak atok gi mandi kolam' terus abah nak ikut hikhik. Hebat tak kuasa power rangers cucu. Kalau cucu ajak terus laju ikut 😆😆 Ok jom la tengok keadaan bilik kat Cyberview Resort & Spa ni acaner. Best ke idok!!
Pehal, 1st picture tunjuk bathtub, bilik air cantik hokey, suka sangat deko bathroom dia.
Bukan nak tido dalam bathtub pon, kalau bercuti kita nak yg relax, rest, bathroom dia best. Cuma slow water pressure for the bath tub, yang lain semua perfect, water shower ok, Aku kalau pergi hotel mana2, mesti nak tengok bathroom, bersih tak, rasa selesa sangat nak berendam dalam bathtub, tapi tak dapat nak berendam pon, tuuuu haaa askar cilik dua orang tu dah booking dulu.
Bukan nak tido dalam bathtub pon, kalau bercuti kita nak yg relax, rest, bathroom dia best. Cuma slow water pressure for the bath tub, yang lain semua perfect, water shower ok, Aku kalau pergi hotel mana2, mesti nak tengok bathroom, bersih tak, rasa selesa sangat nak berendam dalam bathtub, tapi tak dapat nak berendam pon, tuuuu haaa askar cilik dua orang tu dah booking dulu.
view from main entrance
shower room dia glass macam ni, nak tiger show pon boleh, part dinding yg lobang2 tu, jangan riso takkan nampak dari luar ehhh, tu deko je bagi cahaya masuk, gila apa design bathroom yg orang luar boleh intai, nak mampossss bahahaa
Room dia spacious, walaupun Superior room tapi still banyak ruang, aku amik superior room with breakfast RM 309, kalau tak include breakfast dalam RM261, kalau booking thru website kena rajin tengok website sebab kadang2 rate harga boleh berubah2, yg ini online booking dengan Traveloka.
Sebelum terlupa, deposit RM200 masa check in.
Sebelum terlupa, deposit RM200 masa check in.
Kalau nak lokasi strategik yg bukak2 pintu dah nampak pool better amik bilik duluxe chalet (room 131-133), kalau jenis executive deluxe chalet (room 130-134), budak2 sukalah sebab bukak sliding door terus nampak pool. Tapi kalau bilik jenis superior room walking distant ke pool, kena menapak sikit la, ok je tak jauh sangat dari pool.
Kat sini free wifi memang superp gila, everywhere korang pergi free wifi dalam kawasan Cyberview resort, luar kawasan tak dapek. mobile data boleh off, jimat sikit hikhik. wifi dia laju highly connect with wifi. Dah dapat wifi free, apa lagi kejap2 update insta story la la laaaa
Kat sini ada spa, cycling & ada kolam pancing. Kolam pancing RM10, kalau nak mancing datang ke reception, batang pancing dia bagi, umpan tak pasti include sekali ke tak.
cukup complete, dengan ridset pun ada, iron, hair dryer, kalau holiday memang jarang bawak baju, tudung yg nak gosok, tak kuasa hokey, bawak tudung & baju yg simple tak payah iron, senang dan cepat dengan nak uruskan anak lagi.
koridor area
sampai resort, ini yg aku cari dulu, jauh perjalanan, (jauh sangat) membuta je dalam kereta, celik2 mata dah sampai, terus kebulur., sebelum gerak pagi tu aku rebus nasi impit dengan masak rendang. Jadi mak2 ni kena banyak fikir, nanti nak makan apa, air masak kena bawak, nanti nak buat susu, bawak bekal sikit, kut nanti lapar.
Betul tak?
Bangun awal pagi masak rendang, en.somi tak percaya bini dia masak rendang. eh dah kenapa tak percaya, betul la masak rendang, bukan rendang beli ehhhh, kut nanti sampai resort kebuluq lapar, tengok2 dia yg bersila dulu dah mengadap nasi impit. 😁😁
petang sikit sambung aktiviti mandi kolam, kolam yg ini 2.5 feet je, lantai dia diperbuat daripada batu, lantai dia macam reflexlogi kaki, jangan cobak2 nak melutut dalam ni, mendapat sagat parut kelapa kang, kalau korang pernah pergi kolam air panas Hot Spring Sg. Klah, lebih kurang gitu la kolam dia. tapi kat sini lagi heaven hokey !!
kat sini ada 3 level pool, takde istilah crowded sumbat dalam satu pool. Banyak ruang korang nak kuak lentang pun.
dah kenapa nak tergolek, nak kata 🐘🐘 lagi berat, hikhik
ini pool paling kanak2 sangat, tak payah riso nak tenggelam ke haper, takat betis je, tak mencabar langsung bahaha, Fina pulak tak suka kat sini, dia cakap banyak daun, dia suka pool yg atas tadi, moh la kita berendam pool 1st tadi.
konon2 nak felling ambik gambar berdua, ada je menyibuk budak tecik ni, dari jauh dia berlari ingat pasal apa, reason dia nak duduk tengah2.
habis mandi pool, sambung kat bathtub pulak, tah bila nak stop berendam budak2 ni.
Petang tu swimming sampai pukul 7, lepas tu sambung kat bathtub pulak. Dah puas berendam, keluar bathtub baru tiba2 lapar erk, makan maggi cup dulu, lepas maghrib siap2 keluar cari makan.
Makan kat mana?
Tungguuuuuu, panjang sangat dah ni, nanti kita sembang lagi cerita makan kat mana pulak.
-zie-
5 Komentar untuk "Percutian keluarga ke Cyberview Resort & Spa Cyberjaya"
syok kan
cantik lah tempat nie.. =D
seronoknya pergi short vacation macam ni!! dulu IQ pernah nak buat macam ni la dengan arwah tapi tak sempat..huhuhu...tak perlah, nak pergi tdo hotel dengan Qaíd, sebab dah lama tak tidur hotel...wehuuuu
murah juga harga dia ye. boleh propose bawa ayah ana ni sebab boleh memancing. dekat pun dekat je ni.
Ok gak kan cuti dekat2..kalau kena drive jauh ni lagi penat n stress. Thanks la share. Mana tau 1 dayboleh bawak famili sini. Ayah sal pun sama gak lah, kalau cucu ajak terus on
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.