Salam Ramadhan al-mubarak



Assalamualaikum


Salam pagi jumaat, salam ramadhan al-mubarak, esok kita dah masuk bulan Ramadhan. Malam ni dah start terawih. Inilah tahun pertama sambut bulan Ramadhan tanpa 'mak'

Rumah mak bukan jauh nou pon, kejap2 balik, sikit2 balik kamponggggg, kampong sebelah jew, flash jamban pon boleh dengar hohoho kampong Gombak tu haaaa.

Tak tahu nak describe macam mana, biasa bangun sahur mak mesti dah siap masak, dengan air panas, milo, paling kurang pun teh o. Makanan panas dah siap terhidang atas meja, konon nak bangun awal nak tolong mak siapkan sahur, kang tiba2 mak jerit je dari bawah 'bangunnnn,bangun sahur' Walaupun dah kahwin macam ni, dah beranak pinak, dah jadi mak2 orang, sahur still mak siapkan. Korang pun sama kan, kan, sahur mak siapkan. Kita ni tolong yg hujung2 je. Ambik cawan pinggan, gosok2 mata terus makan, dengan taik mata selepet. euwww

Niat hati memang nak tolong mak prepare sahur, kita ni dengan anak kecik, tergerak sikit anak jaga, pantanggg takde orang kat sebelah, tahu2 je takde orang kat sebelah, yg sorang nak main siku, yg sorang nak main perut. Ingat lagi, kalau sahur dulu siap bawak makanan sahur kat tilam, makan la kat sebelah anak. Makkkkk ni la yg banyak tolong. huh cedih.

Abah tu kalau sahur mesti nak makan yg panas, nasi baru masak, lauk baru masak. Taknak dia lauk buka semalam panaskan, paling kurang ikan goreng tu mesti baru goreng panas. Air pun nak air panas, takkkannn sahur nak minum milo ais kot. mau terkezut beruk pagi2 minum ais. 

sekarang anak2 la yg tengokkan, abah tu makan pe. Kadang2 terbayang kelibat arwah mak mundar mandir dalam umah, sibuk masak itu ini, kemas umah, kalau time nak dekat puasa ni, sibuk la dia turunkan langsir, basuh langsir la, masak rendang la.

Rindu sangatttt kat 'mak'

Rindu yg paling sakit adalah rindu pada orang telah meninggal dunia. al-fatihah, sentiasa merindui sampai bila-bila

Ni kat opis ni, dah start cerita mak-mak diorang masak rendang. sedih lagi.


Selamat menyambut ketibaan ramadhan, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua. ahlan wasahlan ya Ramadhan al-mubarak 

Ramadhan karem


Tag : Puasa
11 Komentar untuk "Salam Ramadhan al-mubarak"

tak apa zie, mak kamu dah selamat disisi Allah. Kita pun akan menyusul..PASTI menyusul. Insyaallah mak kamu sdg berbahagia disisi penciptaNYA. kita yg masih diberi pinjam nafas ni...sedaya upaya lah bertamak2 membawa bekalan ke alam kekal abadi..moga kita dapat bersatu kembali bersama insan2 tersayang yg telah pergi. alfatihah buat bonda kamu.. be tuff... meh hug sikit.. sob2

Selamat berpuasa sis..
Kesedihan yang sama dikongsi Sha..
Sha pun merasai nya untuk tahun ini.. Menyambut Ramadhan dan Raya tanpa mak disisi..
semoga sis tabah dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk mak sis..

Al - Fatihah buat arwah mak.
Salam Ramadhan. Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna.

tiba2 sebak baca komen k.sha, konon hati nak kuat, tapi mata ni dah berkaca2..

tq sha, alfatihah untk arwah mak sha jugak, selamat menyambut bulan yg mulia ni, sm2 la kita kejar nikmat bulan ramadhan.

amin..farrah. selamat menyambut ramadhan

ala..sedih plak baca entry Zie. Doa banyak2 untuk mak ye. Abah Zie puasa ngan siapa tahun ni? oh btw selamat menyambut Ramadhan

Ramadhan Kareem zie...

Betul lah tu, rindu pada yg telah pergi adalah rindu yg paling sakit. Akak ni dah berbelas tahun arwah pak kembali ke sisi-Nya tapi masih terasa rindu :(

Tabah ye zie, jangan sedih2 sangat. Kita DOA & sedekah pahala banyak2 utk mereka. Ambik keberkatan Ramadhan ni. Take care dear.

Salam ramadhan kareem Zie. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sentiasa sihat. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.

Semoga arwah mak zie di tempatkan bersama org2 yang beriman. Jgn lupa sentiasa titipkan doa buat dia di sana.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top