My story di Pesta buku Antarabangsa PWTC



hemoh ! hemoh !!

Dapat jugak pergi pesta buku antarabangsa, phewwww PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR kat PWTC oooo *rolling eyes. uihhh bangga sungguh laa, macam owang gila seumur hidup tak pernah jejak PWTC ni, bhahaa tu yg ayat macam bongok's gila TERUJA.EXCITED.GORILLA.KING KONG


Mak2 macam aku ni bukan anytime boleh pergi, ajak laki, laki tak suka tempat ramai orang, bersesak2, jalan berlaga2 bahu, nak bayar beratur panjang bentuk zip zaq, tak boleh nak paksa kan. Sama macam benda yg kita tak suka tapi kena paksa buat2 suka, unhappy, nak jalan pun tak happy. Laki taknak gi, hakak tetap nak pergi, berkobar2 nih. So, ambik jalan mudah, kita cari geng ajak pi *ngegeee TAPI yg benggang ni, dah tak suka tempat ramai2 orang, yg nak duduk kat Kolumpor jugak nape bhahaa 💃💃💃

Lagi senang survive sendiri, kalau semua benda nak tunggu laki, lemahhhh betol, tak boleh blah ehaha

Pesta buku Antarabangsa PWTC
 i dah jumpa geng jalan - Nana Nurgaya 

kebetulan k.sha nak cabut p Sunway Putra Mall kejap, apa lagi minah senget ni laju2 offer diri nak ikut, tapi kami split. K.sha masuk mall, kami pi pesta buku. After k.sha tunjukkan jalan yg benar menghala ke PWTC (PWTC je pon, bajet macam nak pergi house white kat Amerika tuh) 

Masuk dalam PWTC hati terus lompat2 gembira, sebab banyak gila buku woooow
Banyak hall jual buku, macam2 jenis buku ada. Macam nilah orang yg tak pernah pergi pesta buku bhahaa

Sape yg kaki novel, kaki animate better korang terjah, time ni je pon harga jauh gila-gila merudum. Buku ilmiah pun banyak gilos hokey.

Pesta buku Antarabangsa PWTC
 sekadar hiasan, ni kat pasar malam pun hado, pi cari buku la wehhhhh ✌✌

Pesta buku Antarabangsa PWTC
 i snap picture yg tak crowded orang, biar tenang je mata korang memandang.✌

Pesta buku Antarabangsa PWTC
ramai budak2 sekolah yg datang, crowded dengan student. Nama pun pesta buku kannnn, compom la ramai orang. kat belakang tu team dewan bahasa pustaka (DPB) tengah buat show puppet, ramai la adik2 tengok show ni, tah kena paksa dgn cikgu ke haper, semua muka boring, monyok jeee hahaa tah faham ke tak adik2 ni, nasib la yerkk

Pakai tudung bawal, muka terus membulat. Ada pulak yg seller yg panggil aku 'cikgu'
Ada macam rupa cikgu ke?
Takde talent nak jadi cikgu, cikgu kena cool, sabar, tapi i tak sabar ehahaa

Pesta buku Antarabangsa PWTC
 hasil tangkapan semalam

Agak2 korang berapa total belanja semua2 buku ni, RM100? RM85? RM70? salahhhh
RM60 je semua nihhhh

Pandai korang cari, dapat la buku yg best2 dan murah, paling murah serendah RM1. Aku jumpa buku yg sama jual kat hospimart belakang ni, kat luar jual RM3 satu. Kat pesta buku jual RM1, rembat 3 buku aktiviti untuk Azeq, baru 3 hengget. 

Dia dah pandai membaca, as parent kena bantu anak cari bahan bacaan, ni tidak, nak anak pandai membaca, tapi tak sediakan bahan bacaan, acanerrrr!! Duduk sebelah dia, bacakan untuk dia, walaupun time tu kou penat tahap gaban, rasa nak tidur je kannn, tapi pengorbanan ni suatu yg indah, huhhhh

Memang target aku datang sini nak cari buku budak2 je, buku kanak-kanak yg baru starting membaca, yg ada highlight tulisan color, dua-tiga suku kata, beli jugak buku aktiviti, buku coloring untuk Fina. Aku bukan kaki novel, nak baca berjam2 hadam satu novel, sambung novel lain. Itu dulu, sekarang normal life to be change, banyak benda nak kena settle sebelum pegang novel, dari pegang novel baik pegang senduk, memasak bhahaa

Pesta buku Antarabangsa PWTC
 he find favorite book

Konon nak buat surprise untuk budak2 ni, sekali habis kena selongkar dalam kereta like a monster 'gerrrr Tak sempat sampai rumah, habis kena punggah. Turun kereta masing2 pegang favorite book. 

OK. MAMA. HAPPY 

Pesta buku Antarabangsa PWTC
Buku ni RM7, a little monster with her favorite book.

Masih sempat lagi kalau nak pergi pesta buku ni, Pesta Buku ni start dari
28 April - 7 Mei 2017
10 pagi - 7 malam
weekend sampai 8 malam
Masuk percuma je..

Kalau korang dah target nak beli apa, kat hall bawah banyak novel, buku dari karangkarf, buku cerita, buku untuk student form 1-5, buku kanak-kanak pun ada jugak tapi tak banyak choice. Ullos naik tingkat atas. Hari tu sempat round tingkat 1 je. Aku dengan Nana macam owang gila kejap, sebab memang best gila jumpa buku kanak2 yg kitorang nak. 

Itu je nak sembang dengan ullos pagi2 jumaat ni. Assalamualaikum..
(patut bagi salam mula2 tadi ehahaa)



-zie-
Tag : Lifestyle
7 Komentar untuk "My story di Pesta buku Antarabangsa PWTC "

nak cari buku jugak la, da lama xpergi pesta buku ni, last dua tahun lepas sebelum Qaíd muncul dalam hidup..heee

Ingat nak pergi tp tak sempat. Lama tak ke PBAKL.

tahun nie tak merasa jejak kaki ke PBAKL.. sedih.. salah perancangan.. hehehe..

mmg murah Qis, tapi dah habis pesta buku, tggu next round pulak

tu la kadag2 masa tak mengizinkan

tak pe kak, tggu next pesta pulak..haha pesta durian lagi syiokk..sedapnya durian

bestnya banyak buku yang dapat tu ha murah pulak tu

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top