Bubur kacang hijau durian yang sedap



Siapa sini suka makan durian, yeyyy sep sikit 👏, kita geng !!

Hari tu abah teringin nak makan bubur kacang hijau durian. Apa lagi laju2 anak dia ni ke dapur. Kebetulan beli durian kat Pesta FAMA Selayang tu, dah hujung2 baru offer RM18 sekilo. Bandingkan harga asal RM25 sekilo, perfff. Bengang betol kalau durian timbang ni, timbang dengan kulit2 sekali, hukhukk Dua biji durian 6kg, bayangkan berapa hengget, calculate sendiri laaa

Durian punya pashalll sanggup beli, timbang pun timbanggg la, dah tingin nak makan

Entry yg dulu pernah cerita pasal bubur kacang ni, sedih pulak bila baca, masa tu arwah mak ada lagi. Masa mak ada semua benda tak reti, bila takde baru rasa rugi nape nak belajar resepi dari mak. Masak bubur kacang ni pun belajar dari mak. RINDU MAK sangat2..DEEP. sini

Bubur kacang hijau durian yang sedap

Resepi Bubur kacang hijau durian 

Bahan-bahan:
Kacang hijau (cuci dan toskan)
Santan
Gula Melaka / gula putih (masak sehingga larut & tapis)
Daun pandan
Durian
Sedikit air
Sedikit garam

Cara masak :
1. Rebus kacang hijau sehingga kembang. Masukkan daun pandan, durian dan air gula tadi. Kacau & masak sehingga mendidih. Tambah air sekiranya perlu.
2. Tuang santan, letak garam sedikit. Jika suka manis, tambahkan gula. Kalau rasa pekat sangat bubur kacang kita tu, boleh tambah sedikit air. Masak sekejap dan siap dihidang. Boleh di makan cicah roti, atau makan begitu saje, atau simpan dalam peti sejuk, makan sejuk2 pun sedap, jadi bubur kacang ice cream durian..yummmeyy

*resepi mak, tunggu sehingga kacang hijau pecah/kembang baru masukkan gula, santan. Kalau masukkan awal, kacang hijau akan terbantut, nanti makan tak sedap, jadi keras.

Ada orang rendam semalaman, tapi tak payah rendam pun takpe, rebus kena lama sikit. Kalau pakai periuk tekanan 5-7 minit kacang hijau dah kembang. Ikut suka korang nak masak macam mana, mana yg senang. Kalau aku senang rebus terus je, malas nak rendam bagai, kalau dah rendam tiba2 esok malas nak masak, haaaa acanerrrr

Bubur kacang hijau durian yang sedap

Siap di hidang.

Kalau nak sedap boleh letak sagu, tapi ada orang tak suka letak sagu. Suka makan ori macam ni. Abah makan tambah banyak kali. Lepas tu, petang balik kampong Sungkai (MIL), bagi opah rasa, suka opah makan. Sampai kampong ramai pulak yg balik, sorang sikit la rasa. Opah cakap next time boleh masak lagi, itu pun kalau rajin makkkkkk !! bahahaa




-zie-
Tag : Resipi
7 Komentar untuk "Bubur kacang hijau durian yang sedap"

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sedapnya! durian tu yang menarik hati tu

Akak pun hantu durian...tapi sekarang telan ailio je la, mahai sangat macam tak mampu je nak beli huhu...

Bubur kacang tu feveret gak, with or w/out durian :)

adehai kak, sedapnyeeeeeeee bubur ituuu

Haha...saya orang yang tak suka letak sagu dalam bubur.

Selama ni nk pape mntk kt arwah nenek.. .sekarang lau teringin pape kena buat sendiri. .Semalam beli duyan 1 bakul ad 7 biji yg besar2 rm 20 mkn sikit baki smpan xbox...hr ni shuben mntak bubur duyan. kena buat sendiri

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top