Cuti sekolah pun dah nak berakhir.. Mesti ada di antara korang yang tak sempat nak bawak anak-anak bercuti. Nak bercuti pun fikir bajet jugak kan. ada tempat di sekitar Kuala Lumpur & selangor yang save bajet. Lagi jauh bejalan lagi banyak duit keluar. Sekitar Kuala Lumpur & Selangor pun ada tempat yg menarik untuk dilawati. nak share dengan korang ada 20 tempat yang menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang boleh korang pergi.
Kuala Lumpur Upside Down House rumah terbalik pertama yang ada di Kuala Lumpur dan tertinggi di Malaysia. Menurut sumber facebook Kuala Lumpur Upside Down House kereta Morris 1974 ini adalah original classic. Body je yang tergantung, perkakas dalam dah di tanggalkan. Bahagian dalam pulak rekabentuk rumah terbalik yang sebenar.
Tiket masuk Aquaria KLCC
Pelancong asing
Berikut adalah tempat menarik sekitar Kuala Lumpur & Selangor
1. Kuala Lumpur Upside Down House
Kuala Lumpur Upside Down House rumah terbalik pertama yang ada di Kuala Lumpur dan tertinggi di Malaysia. Menurut sumber facebook Kuala Lumpur Upside Down House kereta Morris 1974 ini adalah original classic. Body je yang tergantung, perkakas dalam dah di tanggalkan. Bahagian dalam pulak rekabentuk rumah terbalik yang sebenar.
Lokasi : Menara Kuala Lumpur KL Tower
Masa : 9 pagi - 7 malam
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad
Tiket masuk
MyKad
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Aquaria Suria KLCC Aqurium terbesar 60,000 kaki persegi menempat
beribu spesis hidupan laut, antara tarikan adalah menempatkan ikan
piranha, ikan jerung, ikan pari, octopus, penyu yang mempunyai saiz luar
biasa. Terowong underwater tunnel sepanjang 90 meter dapat melihat dengan jelas hidupan laut sebenar.
Tiket masuk Aquaria KLCC
Warganegara dengan MyKad
Dewasa : RM46
Kanak-kanak RM35
Warga Emas RM35
* kanak-kanak bawah 3 tahun - percuma
Pelancong asing
Dewasa RM64
Kanak-kanak RM53
Warga emas RM43
*kanak-kanak bawah 3 tahun - percuma
3. Petrosains
Petrosains Discovery Centre terletak
di tingkat 4 Suria KLCC. Sangat bagus meransang minda kanak-kanak
tentang dunia sains mengenai pelantar minyak, kereta lumba Formula 1,
ujikaji sains dan pelbagai permainan minda boleh di cuba. Tempat yang menjadi tumpuan lawatan sekolah ketika musim cuti persekolahan.
Website : Petrosains
-Blue coral Aqurium KL Tower terletak
di KL Tower. Siapa sangka di KL Tower ada aquarium kedua di bandar
selain daripada Aquaria Suria KLCC. Menempatkan pelbagai spesis hidupan
laut seperti blueface, angelfish, ikan pari, ikan emas, nemo, dory dan
hidupan laut lain.
Tiket masuk (MyKad)
Dewasa RM18
Kanak-kanak RM15
Di buka setiap hari Isnin hingga Ahad
9.00 pagi - 9.30 malam
Website : Blue Coral Aquarium
- Mini Zoo (lokasi KL Tower)
Mini
Zoo, Blue Coral Aqurium, KL Upside Down House semua berdekatan dengan
KL Tower. Kalau ada budget boleh tapau pergi semua tempat. Rupanya kat
atas ni ada banyak tempat yang boleh pergi, Mini Zoo ni
menempatkan pelbagai spesis binatang, tapi tak la semeriah macam Zoo
Negara ada gajah, zirafah, nama pun Mini Zoo, mana pulak nak hangkut
gajah ke KL Tower, silap2 boleh roboh KL Tower ni. Walaupun nama Mini
Zoo binatang yang ada tidak mengecewakan. Dari mini jungle, hingga ke
stale, broadway, bird aviary, dan banyak lagi pitstop yang ada. 1 jam
belum tentu cukup untuk explorasi di Mini Zoo.
Tiket masuk (MyKad)
Dewasa RM32
Kanak-kanak dan warga emas RM27
*kanak-kanak 90 cm masuk percuma
Facebook : KL Tower Mini Zoo
5. ECO Rimba KL - hutan simpan Bukit Nanas
Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Satu-satunya hutan simpan kekal yang tertua di Malaysia. Bagi yang sukakan suasana natural seperti ini boleh la berkunjung ke sini. Antara tarikan yang terdapat di sini, taman herba, denai, trecking, jambatan gantung dan lain-lain.
Masuk adalah PERCUMA
Jabatan Perhutanan Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
6. Kidzania Kuala Lumpur
Mungkin ada pak cik mak cik yang tak tahu Kidzania Kuala Lumpur ni tempat apa ? Kidzania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat edutaiment tertutup yang menawarkan pembelajaran dan pengalaman secara interaktif untuk kanak-kanak mendidik mereka melalui permainan.
Senang citer anak-anak boleh mengalami sendiri kerjaya seperti orang dewasa, seolah-olah mereka seorang doktor, bomba, pilot, pelukis dan seorang pelakon. Seperti berada di sebuah kota kerjaya yang lengkap dengan hospital, balai polis, bomba, studio, teater, bank dan banyak lagi yang menarik.
Harga tiket
Kanak-kanak (2-3 tahun) RM38
kanak-kanak & remaja (4-17 tahun) RM75
Dewasa (18-59 tahun) Rm38
Warga emas (60 tahun ke atas) RM32
7. Sunway Lagoon Water Park
Taman tema air terbesar yang menempatkan pelbagai permainan yang menyeronokkan di antara water park, wildfire park, extreme park, scream park, nickelodeon lost lagoon. Rajin-rajinlah tengok web sunway lagoon kadang2 ada promosi.
website : sunwy logoon Malaysia
Beli secara online Sunway Lagoon admission ticket
8. Institut penyelidikan perhutanan Malaysia (FRIM)
Terletak 16 km dari bandar Kuala Lumpur tersimpan hutan simpan yang dipelihara oleh Institut perhutanan Malaysia. Antara tarikan yang ada adalah pengunjung boleh berjalan di Canopy Walk (jambatan kanopi tergantung), selain berjalan dalam hutan antara aktiviti lain boleh berkhemah, berjogging dan berbasikal.
9. Taman Botani Negara, Shah Alam
Taman Botani Negara, Shah Alam
merupakan tempat untuk beriadah bersama keluarga. Pengunjung juga diberi
pilihan untuk menaiki bas (di dalam kawasan taman), berbasikal atau
berjalan kaki sambil menikmati pemandangan hijau. Kemudahan seperti surau,
tandas dan kawasan parking turut disediakan.
Antara tarikan utama di Taman Botani Negara adalah :
- Rumah iklim 4 musim
- taman haiwan
- taman kaktus
- taman hiasan
- jambatan gantung
10. Farm In The City, Sri Kembangan
haaaa tempat ni memang aku highly recommended sangat, Farm In The City, Seri Kembangan ni lebih kurang macam zoo, di sini pengunjung lebih dekat dengan haiwan di mana boleh menyentuh, membelai dan boleh memberi haiwan makan.
Seperti
berada di kampung, di Farm in the city haiwan ini di biar bebas berkeliaran tetapi masih di
bawah pengawasan pekerja. Selain kawasan petting zoo, terdapat juga
rumah burung, kandang kambing, arnab, kangaro, dan pelbagai haiwan lain.
Tiket masuk
MyKad
Dewasa RM32
Kanak-kanak RM27
Warga emas RM27
* ketinggian bawah 90cm masuk percuma
Pelancong asing
Dewasa RM48
Kanak-kanak RM38
Warga emas RM38
11. Zoo Negara
Mesti rata-rata antara korang dah lama tak masuk Zoo Negara kan. ayat lebih
kurang sama je '10 tahun yang lepas jejak ke zoo negara'.. 'last masuk masa rombongan
sekolah' Sekarang Zoo Negara dah best, banyak binatang yang terdapat di
Zoo Negara. Anak-anak mesti teruja melihat binatang real life depan
mata. Antara tarikan pelancong adalah melihat giant panda.
Tiket Zoo Negara sekarang dah di pakej dengan termasuk melihat Giant Panda
MyKad
Dewasa RM44
Kanak-kanak RM16
Warga emas RM21
Tiket juga boleh di beli secara online di website ZOO NEGARA
Rancang la keseronokan bersama anak-anak yang ingin membawa anak-anak ke Zoo Negara.
12. Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara menempatkan pelbagai pameran berkaitan sains, dinasour, ikan, robot dan makmal untuk diterokai oleh anak-anak. Buat masa ni Pusat Sains Negara di tutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Kerja pengubahsuaian dilakukan sejak tahun 2015.
13. Taman Orkid, Taman Rama-rama, taman burung
Taman Orkid
Bagi peminat orkid, taman orkid terletak di taman tasik perdana dan mempunyai 800 jenis orkid eksotik Malaysia. Pelbagai jenis landskap orkid hidup yang cantik dan boleh dibeli untuk di bawa pulang sebagai cenderamata.
Taman rama-rama
Terdapat 120 spesis rama-rama daripada 6,000 rama-rama.
Taman burung
Terletak di jalan Chenderasi, taman tasik perdana menyusuri hutan hujan tiruan di dalam sangkar yang besar terdapat habitat burung seluas 20.9 ekar. Pelbagai jenis habitat burung eksotik seluruh dunia terkumpul di sini.
Tiket masuk
MyKad
Dewasa RM11
Kanak-kanak RM6
Family of package RM34
(2 dewasa & 3 kanak-kanak)
Pelancong asing
Dewasa RM22
Kanak-kanak RM11
video camera RM4
14. Bukit Melawati Kuala Selangor
Bukit Melawati Kuala Selangor terletak di Kuala Selangor, Selangor. Dari sini korang akan dapat melihat permandangan laut Selat Melaka dan peninggalan sejarah ketika zaman penjajah. seperti meriam, tangga seribu, makam diraja. Di Bukit Melawati ini terdapat banyak monyet jinak berkeliaran dan boleh memberi makan juga. perlu di ingat korang kena sentiasa berhati-hati dengan barang peribadi kot-kot kalau monyet ni sambar menangis tak berlagu.
masuk adalah percuma
kecuali pada hari Sabtu & Ahad kenderaan tidak dibenarkan bawa masuk. Perkhidmatan keretapi ada disediakan bagi memudahkan pelancong untuk turun & naik.
tiket keretapi :
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3
15. Wet World Theme Park, Shah Alam
Taman tema air Wet World yang terletak di Shah Alam. Banyak permainan yang boleh di cuba termasuk thunder river dan permainan lain. Kolam mandi yang banyak dan tidak tertumpu pada satu kolam sahaja.
Harga tiket masuk wet world Shah Alam;
MyKad
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM20
*kanak-kanak ketinggian bawah 90cm masuk percuma
Pelancong asing
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM30
-harga tidak termasuk sewa cabana, pelampung dan loker
Waktu operasi 10 pagi - 6 petang
tutup pada setiap rabu, kecuali waktu cuti sekolah dan cuti umum.
16. Laman Seni Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam
17. I-City Shah Alam & Snow Walk
I-city Shah Alam terletak di Shah Alam, pemandangan bertambah indah ketika waktu malam. Keriangan berganda bagi anak-anak di Fun World, House of Horror, trick art museum
kat sini banyak permainan yg boleh kanak2 main, cuma apa yg boleh cakap, masuk sini poket kena tebal, mostly kat dalam ni semua 'pakai duit', kat dalam ni macam funfair. ada game kereta langgar, cawan pusing-pusing, waktu malam lagi cantik dengan lampu2 yg warna warni.
18. Snow Walk i-City Shah Alam
jangan tak tahu dalam i-city pun ada rumah salji iaitu Snow Walk i-city. Rumah salji buatan manusia ni akan membuatkan korang merasai sendiri kesejukan seperti berada di luar negara dengan kesejukan mencecah 5c.
Harga tiket masuk snowalk
Nak jimat beli tiket sebelum pukul 6 petang
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM20
Selepas 6 petang
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM30
19. Ice Skating di IOI Mall & Sunway Piramid
Di dalam shopping complex Sunway Piramid terdapat Ice Skating iaitu gelanggang luncur ais tertutup pertama di Malaysia. Bagi anak-anak yang ingin mencuba secara serius boleh menyertai Akademi Luncur Ais atau pengunjung yang ingin saje2 mencuba boleh mencuba sendiri dengan harga tiket :
Bukan ahli
Isnin - jumaat RM20
Hujung minggu RM25
Cuti sekolah & cuti umum RM28
Sewaan sarung kaki & tangan
Sarung kaki RM6
Sarung tangan RM9
Waktu operasi biasa 9am-8pm
cuti umum & cuti persekolahan 9am - 8.30 pm
20. Bangi Wonderland
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang sesuai untuk bercuti seisi keluarga. Bangi Wonderland dibuka kepada umum dengan pelbagai permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Bilik persalinan yang luas & bersih memudahkan untuk pengunjung membersihkan diri dengan selesa.
Mungkin ada banyak lagi tempat yang menarik yang boleh di lawati, ini adalah sebahagian yang dapat di kongsi. Rancanglah short vacation bersama anak-anak, masa bersama anak-anak sangat beharga. chill !!
*rujukan,gambar : sumber google, jomjalan, wikipedia dan website perlancongan
12 Komentar untuk "20 Tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor"
Banyak pilihan tempat menarik untuk dilawati.
Selamat bercuti.
alahai ada yang dekat dengan rumah rupanya.....
haritu sempat bwk adik jln2 melaka je.. tak sempat pun nak ronda2 KL..
wow menarik.mcm mcm ada ddi kl dan selangor kan
salam takziah buat kak azie sekeluarga.
sabar ye
al-fatihah
Pernah tak kita berada di tepi pantai sebelum matahari terbenam. Kevantikan pantai begitu terserlah sekali.
Pernah tak kita berada di hutan di sebelah pagi. Sebaik sahaja keluar dari kemah, terdapat cahaya matahari menembak bumi melalui celah2 daun. Cantik sungguh?
Pernah tak kita berada di belantara di waktu malam. Kedengaran nyanyian binatang termasuk cengkerik. Semuanya merdu.
Pernah tak kita berada di puncak gunung di waktu subuh. Bayunya amat nyaman.
Kesemuanya telah saya rasaii demi kehidupan. Saya mengsyukuri ciptaan Allah.
menariknya!!
setengah tu tatau pun ada..adeh!
alhamdulillah
menarik...biasa kalau nk ke sana..pikir nk shopping je..huhu
wah! banyak juga tempat menarik dekat sini
tau dengan tak aje
ada yang dah sampai, ada yang dengar tapi tak penah sampai...hehe
Byk juga dah julia pergi...yg mcm taman rimba tu kena tunggu anak dah besar baru leh pi...risau plak nak bawa panjat jambatan gantung hehehe...nice sgt tq dear kongsi
owhh rumah terbalik ade di kl ye.. baru tawww...ingat kat sabah jaa...
lama dah rabia tak pergi ke KL. Pernah pergi dah Aquaria KLCC , Kuala Lumpur Upside Down House .
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.