School trip: Sport day dan Snow Walk i-city Shah Alam | Weekend hari tu ada school trip sekolah pewincess ke Snowalk i-city Shah Alam. schedule lawatan mula-mula sport day kat Taman Saujana Putrajaya, sambut sekali dengan Hari Sukan Negara. tengahari lunch makan KFC lepas tu masuk Snow Walk i-city Shah Alam. Cikgu ada mention dalam group wassap. parent yg nak join this trips boleh naik bus atau follow bus dari belakang. kalau follow bus not in pakej la. makan tu sendiri. of coz i nak ikut .macam tak confident nak biar anak pegi sorang2 (sebenarnya mak yg over) kalau cikgu tak benarkan parent ikut rasa nak nanges. dah sebak-sebak rasa over gila boleh ke Fina pegi kalau aku takde? ok ke dia? how if Fina nanges? boleh ke dia jaga diri dia? how itu how ini? last-last aku join jugak this school trip naik bus bahahaa. budak yg kita risau sangat tu lex je dia boleh bawak diri, disiplin, berkawan, bermain & happy je diorang.. this is sindrom mak-mak yg OVER!!
Sport day buat kat Taman Saujana Putrajaya. Tempat rekreasi macam ni compom la berbukit-bukit. punya penat mak-mak mendaki sekali elok je nampak bus naik kat hujung sana. punya merempan mak-mak ni baru jalan sikit dah membebal hahaha. punya sayang nak buang lemak peluh sikit tak boleh.
baru tahu Taman Saujana Putrajaya view dia cantik. Masa sampai tu ramai yg amik photoshoot untuk konvo, weeding. ada banyak pokok pain macam kat oversea la. view memang cantik.
Fina wif her friend-Hana. dalam bus pun duduk sebelah2. sampai Putrajaya cikgu akan bawak budak2 pegi toilet. aku pun follow la nak bawak Fina pegi toilet. aku nak masuk je Fina buat tangan stop 'mama tak yah masuk, Fina boleh kencing sendiri' amboiiiiiiiiiiiii my little princess dah big. sadis!! kita ni macam2 risau kat dia. yg member relax je melepas hajat kat dalam tu hahaha
ni mama Mia (Anne). ada lawatan macam ni baru kenal
selesai sukan kanak-kanak the ending ada acara sukan untuk parent. ada tiup belon, kopek limau terpanjang. aku masuk acara kutip guli pakai jari kaki. dalam bekas tu ada 10 biji guli tapi kena kutip pakai jari kaki. cer teka sape pemenang? of coz laaaaaa aku bahaha. juara kutip guli pakai jari kaki mencatat rekod terpantas 5 saat. masa penyampaian hadiah parent lain mengenjing cakap 'macam mana dia kutip guli pakai jari kaki paling laju' agaknya kat rumah biasa amik barang pakai kaki.. dengan remote tv pun pakai kaki... kwang jaqqqqq bahahaa
JUARA kutip guli pakai jari kaki... perhhhhh boleh usulkan masuk dalam sukan olimpik..
Next, lunch makan ayam KFC kat dalam icity.
happy nya dia diorang.
Azeq pun jumpa kawan baru sebaya dia jugak. mama di sini hanya memerhati saja
dah kenyang dah solat. diorang tak sabar nak masuk tempat sejuk.
dah kenyang dah solat. diorang tak sabar nak masuk tempat sejuk.
Next aktiviti, nak masuk Snowalk i-city Shah Alam.
Punya excited budak-budak ni nak masuk snowalk sampaikan ada yg siap-siap pakai sweater kat tengah2 panas. yg lawak tu baju hujan bapak dia pun hentam pakai. kelakar gila, dah la comel.
sape yg plan nak masuk sini.
tiket masuk
Before 6 pm Dewasa RM25/ Kanak-kanak RM20
After 6 pm Dewasa RM35 / Kanak-kanak RM30
Jacket/boot/ear glove provide / loker RM3
operating hour :
11 am - 12 am
* harga tiket waktu siang lebih murah. so pegi lah waktu siang-before 6 pm. Jangan lupa bawak glove. glove tak provide. glove boleh beli kat Daiso/Diy murah.
sape yg plan nak masuk sini.
tiket masuk
Before 6 pm Dewasa RM25/ Kanak-kanak RM20
After 6 pm Dewasa RM35 / Kanak-kanak RM30
Jacket/boot/ear glove provide / loker RM3
operating hour :
11 am - 12 am
* harga tiket waktu siang lebih murah. so pegi lah waktu siang-before 6 pm. Jangan lupa bawak glove. glove tak provide. glove boleh beli kat Daiso/Diy murah.
semua sama je, ntah mana satu anak aku pun tak kenal dah.
dulu tempat ni lagi besar, ada SNOW HOUSE. tapi snow house tu tengah renovate. so korang kalau nak datang after Snow House siap. sekarang hanya dapat main Slide, salji turun dengan main baling2 ais jee.. frurrrrr.
after renovate tempat ni jadi kecik sikit sebab kat dalam ni dah ada toilet. so, kalau korang tak tahan sangat nak terkucil boleh pegi toilet. kalau dulu toilet kat luar before masuk kena kencing siap-siap. Kat sini ada slide dengan salji turun jew. itu je main ulang2. Slide ni aku naik sekali je, sebab seluar dah basah dan segala ais masuk dalam boot kah kah..
Masuk dalam ni 15 minit dah cukup SEJUK.BEKU. keras segala pipi.gigi.rahang. nak cakap suruh anak-anak balik pun ketar-ketar. bibir aku ni dah macam kena inject botox tebal semacam.
after renovate tempat ni jadi kecik sikit sebab kat dalam ni dah ada toilet. so, kalau korang tak tahan sangat nak terkucil boleh pegi toilet. kalau dulu toilet kat luar before masuk kena kencing siap-siap. Kat sini ada slide dengan salji turun jew. itu je main ulang2. Slide ni aku naik sekali je, sebab seluar dah basah dan segala ais masuk dalam boot kah kah..
Masuk dalam ni 15 minit dah cukup SEJUK.BEKU. keras segala pipi.gigi.rahang. nak cakap suruh anak-anak balik pun ketar-ketar. bibir aku ni dah macam kena inject botox tebal semacam.
untung ntah berapa juta icity ni.. paling lama orang boleh bertahan dalam tu around 15-30 minit kot. pastu surrender mengelupor cari jalan keluar. kat dalam tu suhu (-5) tau.
fuhhhh cemana nak pegi Korea ni... salji fentipu macam ni pun tak tahan sejuk huhuuu
happy diorang main salji ais. Azeq siap baring-baring kat ais tu.. dia ingat tilam kot siap guling-guling kat dalam tu. everything is lencun habesssssssss. aku nak marah pun tak boleh sebab bibir dah kebas inject botox. sejukkkkkkkkk gila!!. seluar spare tak bawak pulak tu habes basah seluar dia. lantak korang laaaaah. nak sangat pegi tempat sejuk, nahhhhhh mama dah bawak!!
nak tengok snow fentipu. silalah tengok ig kat bawah ni. pastu follow sekali tau.
klik for view
mana yg belum follow jangan segan nak follow. hai new prend!!
tamat sudah lawatan sekolah pewincesss. next year pewinces dah masuk pra. belum tentu mama boleh ikut sebab biasanya pra punya lawatan buat time weekday. sebenarnya yg over pun AKU bahahahhh.. dah lama tak merasa naik bus. time macam ni lah kita spend time dengan anak-anak. nanti diorang dah besar, dah pandai macam2 jangan lupa abah & mama what we do. everything is about ullos !! cepatnya budak2 ni membesar. rasa tak puas nak peluk cium. fuhhh
-gee-
5 Komentar untuk "School trip : Sport day and Snowalk i-city Shah Alam"
hari tu prgi icity pun tak masuk snowalk ni, sebab malam mahei...risau nak masuk..kot2 beku jadi patung teruih..huhu
akk rasa pun maheiiiii.. hahahah. naseb join lawatan sekolah murah la sikit hahaha
Nak tggu snow house tu siap dulu lah. Ni kalau syafi tau mesti dia ajak g SEKARANG juga. Haha.
aida pernah masuk snowalk.
few years back.
sgt sejuk! anak-anak tak tahan.
SIS, korea ada byk musim sis.. hahahhaa.sila pergi time summer sis... nak kirim mask byk2 neh. huhu.kutip brg pakai kaki tu mmg mak2 cempiyen. sambil2 lalu kuis2 sepender, stokin anak... sappp masuk bakul. huhu
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.