Lama doh tak jejak kaki kat Zoo Negara ni. Ingatkan dah gi petting Zoo kat Lost World of Tambun tu dah selamat tak payah masuk Zoo Negara. tapiiiiiiii budak2 ni la, Azeq gan Fina asyikkkkk tanya bila nak gi Zoo Negara yg kat Jalan Hulu Klang tu, sampaikan kitorang fobia nak lalu jalan Hulu Klang. tiap kali lalu depan zoo negara, kami parents jantung dah berdegup. Kalau lalu kat situ kitorang mesti alihkan perhatian diorang supaya jangan pandang belah sini, ingat diorang kanak2 ribena yg boleh di tipu, budak2 ni lagi bijak.
So, hari tu dapat cuti free tak sengaja, kami plan gi Zoo Negara. Kalau ikutkan hati malas nak gi Zoo Negara, penat woooi nak jalan, kena stamina yg kuat jalan jauh nak pusing satu Zoo (fuhhh) tapi disebabkan budak2 ni nak sangat gi, redho je laaaaa, walaupun dalam hati malassssss gila !! PENAT !! bahaha
orang yg terpaling happy dapat masuk Zoo.
Persediaan nak masuk Zoo bawak air minum secukupnya, bawak bekal sikit, kat dalam tu mesti penat dan lapar. Hari tu aku bangun awal pagi masak nasi goreng gan nugget. Bawak la apa2 makanan, roti, cekides, air kotak, dalam beg aku penuh dengan food, dah ghupa bawak bekalan macam nak panjat gunung pun hader, maggi hot cup je takde, kalau bawak pun celah mana nak mintak air panas bahaha
Stroller wajib bawak, budak2 ni confirm penat, kat dalam tu jarak antara animal ke animal agak jauh jugak la, penat nak menapak, silap2 kita dewasa pun boleh pancit. Aku pun hari tu jalan dah seret2 kaki. Better pakai shoes yg selesa sebab banyak berjalan.
dapat less 10% kalau ada salah satu kad ni.
TIket masuk :
Dewasa RM44
Kanak-kanak (3 tahun ke atas) RM16
Dah la.. penat cerita, tengok je la pengembaraan Azeq & Fina di Zoo Negara ni. Tengok sape yg pancit awal nanti, will see!!
sampai2 ada show.. apa nama binatang ni?? anjing laut ehhhh, badan dia hitam berkilat macam orang minyak, bijak lak tu, pandai clap hand, shake hand je tak pandai lagi, sikit lagi duit raya pun dia pandai mintak bahahaa
time ni masuk rumah akurium, bermacam2 jenis ikan ada, kat dalam ni ada aircond, sejuk sikit
teruskan misi memburu, jumpa pak seladang, bapak besau, tengok tanduk dia pun dah takut, melentik macam misai A.Galak.
anak dara ni PRINCESS sangat!! sepanjang dalam zoo, dia duduk je kat stroller, turun kejap lepas tu duduk kat stroller balik, i just realize she don't like ZOO, hahaha kejap kang tergaruk sana, tergaruk sini, cuaca panas pon ye gak.. bab melawa bagi kat dia.
see.. see.. Fina
Zebra !! animal planet
mr giraffe, sape pernah feeding giraffe? budak2 ni pernah feeding giraffe masa kat Lost World of Tambun hari tu, lidah dia panjang boleh sampai ke idung, kalau ada hingus ke kan, senang keje dia... jilat terus telan.. eeeuwwww bahahaa
half ride, berhenti rehat kejap. Makan bekalan yg aku bawak tadi, segala makanan ada, lepas makan sisa makanan tu buang kat dalam tong sampah, kebersihan zoo tanggungjawab kita bersama kan..
Next... my favorite place.. PANDA HOUSE.. (sebab ada aircond)
Panda manusia ni kalau nak bergambar kena pakai camera dia, ni pon cepat2 aku snap, tak kuasa nak beli gambar hahaha jahat tak!!
Kat dalam ni ada each point yg kena amik gambar, rimas pun ada gak, masa entrance je dah paksa amik gambar, layankan je amik gambar kat booth diorang walaupun dalam hati TAKNAK, kalau tak in-package sekeping gambar dalam RM50. tapi what to do, diorang doing their job kan, tak suka tak payah beli. senang citter !!
ni Panda House, kat dalam ni sejuk je, nak masuk kena ikut turn, tak boleh buat bising dan flash camera pun tak dibenarkan, nanti akan lalu bilik dietitian, bilik rawatan. Ada info tentang Panda makan pe, aku tak baca pon sebab malas.. haha
yeyyyyy saya dah jumpa kembar sayaaaaaa
selfie gan pak panda.
kou tengok..femalas punya panda, gaya tido pon dah nampak malas!! geram nengok panda ni tido macam ni, rasa nak lastik je vontot dia bagi bangun.
alolooooooloolo comelllll.
anak gajah je yg ada, bapak gajah mana? aku tunjuk la Amir, lepas tu dia cakap yg awak tu mak gajah.. okkkkkkk complete family gajah dalam ni.
ohhhh suweett.. Fina takut nak tengok white tiger, si abang pegang tangan si adik temankan gi tengok rimau, tapi bukan nampak pon, rimau tu jauh seberang sana.
see.. see haaaa ni pon shoot jauh, white tiger ni bulus dia cantik, bila dia bangun jeee bapak beso, beso dia dari aku, tu belom dia mengaum lagi.
si kecik mama pantang tala kamera, laju dia menyelit. Rambut dah serabai macam hantu kak limah hahahh
Fina pancit dulu.. yg tak reti penat.. tu haaaaa yg kat belakang tengah melompat2.. bising dia tak bagi kitorang duduk, penat woiii pusing satu zoo ni
Zoo Negara Establishes 1963, lama wujudnya Zoo negara ni, aku pun tak lahir lagi.
budak ni terpaling happy dapat masuk Zoo, kejap2 dia tengok map.. animal apa yg tak tengok lagi, PENGSAN!!. Nak kelentong pon tak boleh, dia dah pandai baca. Dah keluar dari Zoo pon still tenaga full battery. Azeq memang gaya dia gitu, seluar pendek gan selipar. Dah push banyak kali suruh pakai kasut sebab takut nanti dia penat ke, pakai kasut selesa sikit jalan jauh, dia cakap panas pakai kasut, kalau dia feel better dgn selipar dia, biar la janji dia happy, sudehhhh !!
Dalam pukul 3 petang kitorang keluar dari zoo, bayangkan dari 10 pagi hingga 3 petang baru keluar dari Zoo. 5 jam kitorang jalan pusing2 dalam tu, tak larat dah nak jalan lagi.. rasa kaki nak tercabut pun hader.
kalau naik train
dewasa RM8, kanak-kanak RM5
Lepas dapat masuk zoo negara, perkataan ZOO tu tak pernah dah disebut2, budak2 ni senang je nak pujuk, kita parents akan tunaikan permintaan diorang, tapi bukan cara on the spot boleh dapat. Diorang akan dapat apa yg mereka nak tapi bukan dengan cara mintak dapat, mintak dapat. Taknak terbiasakan sebab mana tahu satu hari nanti kita sendiri tak mampu nak tunaikan. Satu pengajaran mendidik untuk bagi diorang faham dan sabar..
check-in bucket list budak2 ni #zooNegara. Lepas ni, nak gi mana pulak. Jangan minta gi oversea sudehhh, pasport bapak ekau tak lepas hahahaa
tips pergi Zoo
- pergi pagi, syok sikit tak panas
- pakai pakaian yg selesa, kain yg serap peluh, berkasut, topi dan kipas (bawak kipas lipat tu jee)
- bawak air minuman yg secukupnya.
- bawak bekal sikit untuk makan, hari tu aku siap masak nasi goreng, nugget, air milo kotak, cikedis
- bawak stroller lipat
ok.. tu jeee nak cerita.. see u
-zie-
12 Komentar untuk "Zoo Negara, kou tunggu kami datang !!"
tercapai jugak impian Azeq. Fina x minat, sebab tu kot pancit awal..hehe.mahal jugak masuk zoo ye.tak dapatlah cikgu shaahri ngan cik norkiah dating sana hari-hari..haha.
lama rasanya xmasuk zoo..last masuk masa anak sorang...anak yg 2nd darissa belum pernah lg masuk Zoo Negara...tulah penat berjalan..train tu kena byr ye..dulu2 pree je....nk tgk pnda tu...comel sgt...nnti InsyaAllah nak bwk jgk anak ke Zoo Negara
legend kan citer p.ramlee tu.. cari gak pokok yg cikgu shaari dating tu.. tapi xjumpa.. pak rimau ada laaaa hahaa
best la gi zoo, budak2 hppy dapat tgok bnyak animal.. try la gi.. mesti anak suka
Mmg best bawa budak2 melawat zoo supaya durg tgk secara real berbanding dlm tv jak..hihii
Jemput singgah blog saya..
aztieyshana.blogspot.my
OO harga tiket dah sekali dengan tengok panda eh. Okaylah camtu. tapi still mahal bagi siqah. Huhu. Sesekali pergi bolehlah melawat haiwan :D
kids mmeg suka animal.. klu dh tgok kat tv diorang akan request nak tgok yg real..mmg happy la dapt gi zoo
now, tiket dah include tgok panda. anggap je la kos maintenance nak bg animal makan..jnji kids happy.. hahah
Boleh bw makanan luar masuk ye?
masa beli tiket semua kena tunjuk ic ke atau salah satu jek?
tunjuk semua ic.. nak pastikan citizen @ non-citizen.
setakat yg sy pergi.. boleh..tapi takde la smpi berpicnic.. bawak la pe2 bekalan sebb kat dlm tu takde kedai makan.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.