Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Farm in the city - Part 1

Zie Azi | 26 October 2016,08:00 |

harga tiket Farm in the city | Hari tu ada cakap kat entry yg lepas nak bawak kiddo's ke suatu tempat lebih kurang macam Zoo tapi bukan Zoo Negara. Murah sikit dari Zoo, tapi still under bajet. So bila buat calculation, ke Farm In The City la kita. Walaupun pada permulaan ye, berfikir2 'berbaloi ke masuk Farm in the city'  DAN jawapan ye SANGAT BERBALOI.ENJOY.BEST GILER!! Lepas baca ni, mesti gigil2 nak pergi jugak..huwaaa pitam

Sebelum tido, budak2 ni asyik cakap 
'yeyyy esok gi Zoo, pergi Zoo'

Dalam hati (bukan Zoo, Farm in the city la) Panjang sangat nak menyebut nak bagi faham cakap je la Zoo, senang citer. Jangan tanya gajah, tiger, zirafah, lion mana sudeh...

Farm in the city
here i come Farm in the city..yahoooo

Farm in the city
Harga tiket terkini.

Fina masuk free, total 4 beranak masuk Farm in the city RM 91. Still under bajet. Ketinggian bawah 90cm masuk free. Aku memang ambik kira semua tu, sebab bukan orang senang nak datang banyak kali. Biar pergi sekali tapi puas hati. Anak2 pun enjoy & happy.

Farm in the city
 Mula2 masuk di sambut oleh pak kuda ni. Azeq tak suka, sebab dia cakap kuda ni tak mandi..busuk errrg

Farm in the city
sepanjang jalan macam ni je la dia, tutup hidung

wowww, Kura-kura gergasi 

Farm in the city
 Pintu ke-2 di sambut oleh pak turtle gergasi, berlari budak2 ni kejar nak dapatkan turtle. Kejap2 ambil kangkung nak feeding turtle ni. Bapak besor turtle kat sini. Bersepah2 turtle macam anak ayam, nasib jalan slow, kalau jalan laju dah sampai Bukit Jalil kot

Farm in the city
Assalamualaikum ada orang tak? Azeq ketuk2 cengkerang pak tua ni
Antara banyak2, ni la paling besor & paling tua. Pak tua ni kuat makan, ramai kanak2 bagi makan, asyik mengunyah je, makan banyak pun tak kenyang

Farm in the city
 Nak tahu umur dia berapa? Umur dia 33 tahun, woww tua ye awak. hai pak tua kita sebaya. Tapi nampak saya lagi muda dari awak..*giggle

Farm in the city
kura-kura kat sini di biar merayau2, tapi still dalam pengawasan. Bila malam simpan dalam kurungan dia.

Farm in the city
banyak ye turtle

Farm in the city
 jalan lagi, jumpa pak Sawa

Farm in the city
 Amir cakap 'mama pandang atas'  kus semangat terkejut aku tengok biawak sebesor ini. Biawak ni duduk kat roof. eeee geli. Biawak kan busuk, budak2 tu bukan boleh cepat2 jalan, sebab cakap busuk.

Farm in the city
 masuk rumah burung

Farm in the city
 Ni apa? aku cakap ayam kluk2. Azeq cakap macam ayam kat rumah opah. Friendly ayam ni, siap shake hand lagi.

Farm in the city
 Don't touch!! Saya sedang mengeram

Farm in the city
Terjumpa kura2 lagi, tercirit pulak kura2 ni. Sape tak pernah tengok kura2 berak, ni la rupa taik kura2 hehehe

Farm in the city
 Masuk kandang kambing, jom mengembek beeeekkk

Kambing kat sini tak makan saman. Pantang nampak orang pegang kangkung. Laju2 terkam, ada budak yang takut jerit2 nangis. Azeq steady je, sampai main kejar2 dengan kambing ni sambil tunjuk2 kangkung.

Farm in the city
 Dia acah2 kambing tu 'dah habis, pergi..pergi' ingat kambing tu paham

Farm in the city 
 Macam ni je la anak dara ni, berdukung dengan apak dia. Dia cakap takut, sakit pinggang Amir berdukung je. Stoller tak bawak, tempat macam ni tak sesuai bawak stoller jalan tak rata.

Farm in the city 
 Tak tahu binatang pe ni, nak kata unta bukan unta. Adik beradik unta la kot.

Farm in the city
 Tiang2 ni tempat tambat kambing

Sekarang, tangkap ikan jommmm

Farm in the city
time to catch the fish..tak zabarrrrrr

Farm in the city
 Tertonggeng2 la mama nak tangkap ikan, hampeh pandai betul ikan tu melarikan diri. Memang dah training kot untuk melarikan diri dari kena tangkap. Nampak macam senang, cuba buat.

Farm in the city
Tangkap bang, cepat2.. ingat senang nak tangkap ikan. Sekor pun tak dapat. Dia geram ikan tu lari sana sini.

Farm in the city
 Dah pegang binatang wash your hand.

Kat sini merata2 ada sinki untuk basuh tangan, setiap tempat ada sinki. Cuma perlu bawak hand towel atau tisu untuk lap tangan. Diorang ni pantang nampak paip, lepas pegang binatang mesti nak basuh tangan, tapi sebenar ye nak main air kan.

Farm in the city
 Feeding rabbit. Comel2 rabbit kat sini.

Farm in the city
 
Farm in the city
Mula2 aku ingat ni anak tikus, tapi ni Arbok..ooo baru ku tahu. Kira sepupu dengan rabbit la. Mak orang Afrika apak orang Sepanyol. Jadi la gini. Cute kan.

Banyak sangat nak cerita dalam Farm In The City ni, boleh pegang ular, burung kakak tua, tangkap anak ayam.. to be continue la.





-zie-
6 Komen untuk "Farm in the city - Part 1"

Reen teringin nak pergi sini.. Ajak hubby, xnk pula. Aih.. Kalau ada anak, dapat lah geng tengok pets..

Papepun, seronok kan zie tgk anak2 happy dapat jumpa pets.. Boleh pegang dan belai. Boleh bg makan.. Kat zoo tu belum tentu dpt bg..

memang best bukan kata budak-budak je seronok.. dewasa pun seronok tau..hihi..yanie dah pi..

hehe...anak-anak bandar ni kena dibawak tengok binatang ni.kalau tak tobat tak kenal.tapi baguslah diorang sporting n tak takut.

insyaAllah ada rezeki tu nti, antara cpt dgn lambt je
try la pergi reen, mmg best

betul, mak apak yg over excited hahah

klu tak diorang ni tak kenal binatang sekali skla kena jugak bwk tempat2 mcm ni

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top