Farm in the city - Part 2



wow..sambung cerita lagi
Penat jalan2 dalam Farm in the city ni, tempat rehat pun ada banyak disediakan. Nampak kerusi, laju2 nak duduk. Aku baru nak melabuhkan punggung, budak2 dah tarik2 tangan nak bagi ikan makan pulak. eee tak penat ke diorang ni.


Farm in the city 
ni bekas makanan untuk ikan, ambil sorang satu. Kalau dah habis boleh beli makanan ikan kat mesin pakai token. Tapi aku rasa, budak2 ni ambil bukan sorang satu. Dekat 5 bekas kot, habis ambil lagi, habis ambik lagi..pitam

Farm in the city
 Hai si bulus putih, suci murni ye awak.

Farm in the city
 Azeq cakap ni itik besor..pitam
Nasib la bawak diorang tengok binatang, agak ye kalau jumpa dog pun, cakap cat..acaner

Farm in the city
 mengedik ikan2 kat sini.

Farm in the city
 Ni apa? LANDAK..bagus kenal pun binatang

Farm in the city
 tuntung kot ni..tahhhh Bersepah2 tuntung kat sini, nasib tak sepak buat bola je.

Farm in the city
 hai kancil.. pe yang awak menungkan tu.

Farm in the city
 Sumpah aku memang tak perasan ada sesumpah kat batu ni. Ingat batu. Lalu buat dek je. Amir yang tegur. Lompat2 mama kat situ..hambekkk

First time tengok burung hantu depan mata !!

Farm in the city
 hoii, burung hantu  bangun la. alolo comel ye awak. Bukan datang nak tengok awak tido.

Farm in the city
 haaaa, celik mata pun. Bulat ye mata burung hantu ni. Hitam bijik mata mu

Pegang ular? ohhhhh no no.. 

Ada satu area yang boleh pegang binatang macam ular, kura-kura dan biawak. Aku duduk jauh2, memang takmo pegang, nampak lipas pun boleh terlompat2 apatah lagi ULARRRR...

Farm in the city
 ini ular bola Dia makan tikus putih seminggu sekali je. Kou boleh makan seminggu sekali, diet ular ni rupanya, kalau nak diet ikut cara ular ni makan seminggu sekali. Hari2 lain tido memanjang. haaa APA? 
ADA BISA TAK? tak de bisa.
BOLEH BESAR MACAM ULAR SAWA TAK? boleh membesar tapi tak besar mcm ular sawa
BERAPA UMUR DIA? 5 tahun.
eeee podah.. dah cukup jangan tanya lagi. noktah.

Farm in the city
 Ajet2 tunjuk berani la tu. Sentuh pun satu jari. Saje aku suruh pegang. elehhh tapi dalam hati debar2 jugak kan. kah kah2

Farm in the city 
Budak ni pun ajet2 berani, senyum dalam terpaksa kah2, lepas snap picture terus dia campak atas rumput tu.

Farm in the city
 eeee geli, staff situ suruh pegang..tak hingin nak pegang. Sentuh pun takmo.

Farm in the city
 Tak tahu pe nama kuda ni. tapi Azeq panggil kuda pakai tudung..kah2 kah

jinaknya burung kakak tua !!

Farm in the city
 Burung kat sini jinak, panggil je staff kat situ nanti dia ambil kan. Kita boleh sentuh & bergambar sekali.

Farm in the city
 Burung kakak tua ni agresif, tak duduk diam. Aku riso dia patuk je.

Farm in the city
 kan dah cakap, agresif. Dia pun nak pakai spec mata hitam. Tiba2 je dia sambar spec hitam Amir, kecoh kejap kah2 kah2..

Katak puru..eeeeeeuu
 
Farm in the city
 eee..sila la geli gelaman

Farm in the city
 sumpah tak perasan, pandai belakon erk

Farm in the city
geram tengok anak2 ayam kat sini, comel.cute. Senang je nak tangkap anak2 ayam ni, dapat tangkap sekor nahh aku tunjuk kat Azeq..suka ye macam dapat coklat segunung. Maklum la mana nak jumpa ayam kat bandar ni, ada pun kat giant yg dah mampos..haha

Farm in the city

Settle jalan2 dalam Farm in the city. Peluh2 jugak la, tempat pun besar.

Tips : APA YANG PERLU BAWA?
* air masak yang secukupnya, sebab mesti penat kat dalam tu
* hand towel atau tisu sebab budak2 akan kerap basuh tangan

kesimpulan : ENJOY & HAPENING. Tempat yg bagus untuk perkembangan otak kanak2. Anak2 terdedah dengan habibat luar, lagi dekat dengan binatang dan boleh mengenal binatang dengan mudah. Boleh pegang & sentuh. Kualiti time macam ni la yang kita cari untuk anak2 membesar dengan sihat & more learning. Masa pergi ada 2 group rombangan kanak2 tabika. alololo comel sangat kanak2 ni.  

Pe lagi, planing la untuk bawak kiddos ke Farm in the city, sesuai sangat tumbesaran anak2.
mission complete, lepas ni no more sebut nak pergi zoo dah. tamat

-zie-
6 Komentar untuk "Farm in the city - Part 2"

Bestnya. Nak bawak aqlan la pergi. Hihi...

In sya Allah.. Akan Reen kunjungi suatu hari nanti :)

haha..jimat dari pergi zoo. bab ular ngan katak tu, kalau saya memang jalan laju-laju

anis, bawak la confirm aqlan suka lompat2 sebb mmg sesuai sgt mcm umur mcm aqlan tu..

zoo tu hold dulu,dah bertahun2 lama tak masuk zoo..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top