Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Jelajah Dunia Sains di Petrosains

Zie Azi | 2 March 2016,13:21 |
Selalu pergi ke KLCC tapi tak pernah masuk ke Petrosains.

Since dah berjanji dengan anak kenalah tunaikan kang jadi si tanggang versi mak2 hahaha,
so hari tu bawak anak jalan-jalan gi Petrosains sebab reward to Azreq pergi school tak nangis dah. Petrosains ni duduk dalam KLCC, masuk KLCC naik tingkat 4 baru jumpa Petrosains. Sebenarnya yg excited nak gi omak eii, al-maklum la masa kecik takde benda2 semua ni.

Pergi naik LRT Putra dari Wangsa Maju ke KLCC. Senang naik LRT tak payah nak fikir parking bagai lah. Aquaria KLCC pun kat dalam KLCC gak. 

jalan-jalan ke Petrosains 
Level 4 Suria KLCC, harga tiket masuk berbaloi

jalan-jalan ke Petrosains  
Mula-mula kena naik helmet ni. Benda alah ni di panggil Dark Ride. Helmet ini akan membawa kita ke dewan pameran tingkat atas. r u ready guys !!

jalan-jalan ke Petrosains
 Muat dalam 5 orang, stoller lipat boleh bawak masuk. Kalau stoller gedabak besor mintak manggap la ye.

jalan-jalan ke Petrosains
 Sepanjang perjalanan, ditayangkan video. Agak bosan sikit.

jalan-jalan ke Petrosains
yeyy!! seperti yang di janjikan, jumpa dah kawan Azreq. DINOSAUR !!
  
jalan-jalan ke Petrosains
Favorite dia bajak ni, suka sangat bajak.

jalan-jalan ke Petrosains 
aku pun muat naik tau. Dulu masa kecik tak pernah main

jalan-jalan ke Petrosains
 Ralit sungguh main mesin pasir ni.

Lepak area sini paling lama, ada Science Show la. Kami tak tengok pun walaupun staff kat situ promote suruh tengok show. Malas !! bahaha

Diorang sibuk main lari2 kat dalam ni, dapat la kami rest kejap. kat dalam ni jauh lagi perjalanan banyak show yg nak kena lalu, penat nak jalan pon hado. 

jalan-jalan ke Petrosains
Ada animasi butterfly dok bertenggek atas pala

jalan-jalan ke Petrosains 
main pijak2 pastu nanti keluar munge2. 

jalan-jalan ke Petrosains
Menguji tahap kelajuan bola golf. 

    jalan-jalan ke Petrosains 
Pasai apa tah!! Pak Cik kat belakang tu bukan hidup pun.
 
jalan-jalan ke Petrosains
Kat sini dua beranak ni, pasal benda alah ni lah anak aku berebut berebut. i hette wu racing car !! 

jalan-jalan ke Petrosains 
Nak naik gelongsor ni ada had ketinggian. Kalau budak yang umur 4-6 tahun jangan mimpi boleh naik. Gelongsor ni untuk orang dewasa dan budak sekolah. Besor macam mama boleh naik, tapi segan pulak nak berebut dengan dak sekolah. hihii

jalan-jalan ke Petrosains
Ada tayangan movie pendek. Part animasi movie 3D paling awesome. 
Short movie tentang Dinosaur, kena pulak permintaan si hero.

Sampai 3D movie tak jauh dah nak exit. Exit pun naik helmet. Sama juga macam perjalanan welcome ditayangkan dengan movie. Tapi yang best time balik kita akan baring seolah-olah melihat bintang-bintang di langit dan nampak angkasawan terbang. That's cool !

jalan-jalan ke Petrosains

Anak2 pon dah keletihan, dalam kereta dua-dua pengsan. Balik pun naik LRT.
Sebelum balik isi perut dulu, Azreq tak suka tempat makan ramai orang, nanti dia cakap 'tak nak sini, ramai orang' ok bos. Kou bayangkan, kat KLCC mana tempat yang takde orang. Letih nak melayan, lastly kitorang makan kat KFC. Ramai orang jugak. Cakap la nak makan AYAM, kan senang, anak bertuah !!

Kesimpulan, masuk ke Petrosains agak menarik. Make sure kalau nak bawak budak mesti bawak air & susu. Comfirm rasa penat and lapar. Dalam tu ada cafe tapi mahal hokey !! Better makan kat dalam KLCC ada banyak choice restaurant. 

Highly recommended bagi yang belum pernah pergi. Harga tiket pun tak semahal masuk Zoo. Sesuai harga tiket dengan perjalanan yang panjang. Bagi saya Petrosains ada banyak task yang boleh di explorasi esp budak sekolah bagi mengembangkan minda kreatif dengan dunia Sainstis. Cewah !! baik cikgu cugie.




-zie-
.......................
0 Komen untuk "Jelajah Dunia Sains di Petrosains"

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top