Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi, atas sebab inilah. Malam ni malam yg ke tujuh mak tinggalkan kami. Malam ni ada tahlil untuk arwah mak ðŸ˜. Di sini cerita tentang sakit mak, bermula dengan sakit tangan je, tak boleh gengam. Sakit hanya 4 bulan.
Sekian lama menyepi, atas sebab inilah. Malam ni malam yg ke tujuh mak tinggalkan kami. Malam ni ada tahlil untuk arwah mak ðŸ˜. Di sini cerita tentang sakit mak, bermula dengan sakit tangan je, tak boleh gengam. Sakit hanya 4 bulan.
Tak boleh di persoalkan dgn kata2, ini adalah qadaq & qadar.
Aku fikir biarlah simpan dalam hati, tapi kalau aku rindu aku akan bukak balik entry ini untuk hilangkan rasa rindu. Semua tertulis di sini. Hanya Allah je yang tahu perasaan ini bila orang yang kita sayang tiba2 takde depan mata, macam mimpi, macam di ragut, di sentap bila ibu yang mengandungkan, ibu yang tatang kita bagai minyak yang penuh kembali ke rahmatullah. Subhanallah aku tak kuat, ya Allah aku tak kuat! Selama ni kita dengar orang lain meninggal memang sedih. Memang tahu tentang mati. Tapi tak sesedih ahli keluarga sendiri yg meninggal. Perasaan tu sangat lain. Selalu anggap macam mimpi. Esok bangun tido mak tu ada kat katil. Tapi nampak macam kita tak boleh terima qada' & qadar. Lepaskan dengan hati yg redho. Hati yg tenang. Mati itu pasti.
Aku fikir biarlah simpan dalam hati, tapi kalau aku rindu aku akan bukak balik entry ini untuk hilangkan rasa rindu. Semua tertulis di sini. Hanya Allah je yang tahu perasaan ini bila orang yang kita sayang tiba2 takde depan mata, macam mimpi, macam di ragut, di sentap bila ibu yang mengandungkan, ibu yang tatang kita bagai minyak yang penuh kembali ke rahmatullah. Subhanallah aku tak kuat, ya Allah aku tak kuat! Selama ni kita dengar orang lain meninggal memang sedih. Memang tahu tentang mati. Tapi tak sesedih ahli keluarga sendiri yg meninggal. Perasaan tu sangat lain. Selalu anggap macam mimpi. Esok bangun tido mak tu ada kat katil. Tapi nampak macam kita tak boleh terima qada' & qadar. Lepaskan dengan hati yg redho. Hati yg tenang. Mati itu pasti.
terlalu cepat mak pergi!
15.12.2016 (Khamis)
Mak warded, aku de ceritakan mak terpaksa ke emergency HKL dan terus masuk ke red zon sebab apa. DI SINI.
16.12.2016 (Jumaat)
Pagi2 datang tengok mak, kejap2 naik wad tengok mak. Tapi sentiasa pakai oksigen mask, tak boleh lepas. Pagi tu mak elok boleh sembang lagi, tapi badan lemah, makan tak banyak, tak boleh gerak banyak. Doktor tak bagi gerak banyak, suruh duduk je kat katil. Aku sembang dgn mak, cerita pasal cucu dia Azeq & Fina. Mak gelak bila dengar keletah budak2 tu.
Pagi2 datang tengok mak, kejap2 naik wad tengok mak. Tapi sentiasa pakai oksigen mask, tak boleh lepas. Pagi tu mak elok boleh sembang lagi, tapi badan lemah, makan tak banyak, tak boleh gerak banyak. Doktor tak bagi gerak banyak, suruh duduk je kat katil. Aku sembang dgn mak, cerita pasal cucu dia Azeq & Fina. Mak gelak bila dengar keletah budak2 tu.
oksigen mask |
Keadaan mak semakin buruk bila terpaksa sentiasa pakai oksigen mask. Tak boleh lepas sekejap, kalau lepas sekejap dah tercunggap2, nak ke tandas pun tak boleh. Doktor cakap alat tu (oksigen mask) tak function pun utk mak, sebab tak membantu untuk paru2 mengembang.
18.12.2016 (Ahad)
Mak tak dapat bernafas dengan baik, kali ini sepanjang mak masuk wad mesti ada orang tunggu, kami adik beradik silih ganti jaga mak. Nurse dah pesan kalau nampak mak macam sukar bernafas cepat2 bagi tahu nurse. Masa ni kat wad biasa Wad 23. Malam tu anis (adik bongsu) yg jaga, cepat2 bagi tahu nurse yg mak tak dapat nafas. Tak lama tu doktor ICU datang, bincang2 doktor nak masukkan tiup penafasan ke dalam paru2 mak (intubate), sebab paru2 mak tak mengembang untuk bernafas.
ini rupa intubate, tak tahu nak cerita macam mana mak menanggung kesakitan, sampai gigil kaki tangan mak, kadang2 terangkat2 kaki. Dalam proses nak masuk intubate Anis intai kat tirai, ada sorang nurse tu mcm kerek tak bagi tengok, lepas tu anis cakap 'ini mak saya' lepas tu doktor ICU tu cakap takpe biarkan. Anis tak sanggup tengok terus keluar nangis, sebab tu la ahli keluarga tak dibenarkan tengok, macam nurse doktor dah biasa buat, memang kerja dia. Tapi kita sebagai anak, perasaan ingin tahu sangaaaaat menebal, sedih tetap sedih.
Laryngoscope - alat ni la masuk ke mulut mak, tak dapat bayangkan kesakitan mak, sian ye mak
"alat ini digunakan untuk membantu doktor dalam proses intubate atau memasukkan tiub ke dalam trachea untuk membantu proses pernafasan.
Doktor bagi tahu lepas ni, mak akan ditidurkan, ada apa2 nak cakap dengan mak sebelum ditidurkan. Adik aku Anis nangis jurai2 air mata 'buuu adik mintak maaf halalkan makan minum adik, adik sayang ibuuuu, nanti ibu sembuh buuu' tapi time tu ibu antara sedar tak sedar.
Aku dapat massage dari anis mak dah masuk tiub, aku dalam kereta nangis jurai2 air mata ðŸ˜ðŸ˜, aku dapatkan bayangkan macam mana rupa intubate tu. Dah sampai HKL, nak naik atas tak boleh, aku bawak budak2, kanak2 tak dibenarkan masuk wad. Aku gagahkan naik jugak kebetulan opah kampung datang melawat, sedara mara pun datang melawat. Ramai sedara yang datang. Tapi tak sangka kali ni sedara mara datang melawat mak dalam keadaan macam tu. Ramai sedara yg sedih dan nangis tengok mak dalam keadaan separa sedar. Aku dah nangis dari dalam kereta lagi.
Petang tu pindah wad ke HDW (high depedency ward) lebih kurang macam icu, nak masuk pun kena gilir2 lawat masuk dua orang, wad pun dalam pintu kaca yg ada security kod, kami hantar sampai pintu kaca, tapi dapat intai masa nak pindah oksigen dari wad ke oksigen HDW, mak terkapai2 macam ikan tak cukup nafas, kou ghase pe bila nampak macam tu, rasa nak masuk dalam bagi oksigen yg kou tengah nafas sekarang, team medical buat keje dengan cekap, tak sampai 2 minit semua dah kembali macam tadi. Mak kembali macam tadi tidur tak sedar diri. air mata ni keluarrrrrrr je tak henti. ya Allah aku tak kuat! makan tak lalu, pergi kerja hati tak senang, balik rumah nangis, dalam kereta nangis, kat mana2 aku nangis.
19.12.2016 (Isnin)
Masih di wad yg sama (HDW), keadaan mak still pakai intube. Doktor ada bagi tahu nak reduce kan ubat tidur dan oksigen. Doktor pantau semua reading mak, nak tengok respon mak macam mana. Boleh ke tak bernafas tanpa bantuan mesin. Allah..
20.12.2016 (Selasa)
Macam biasa kalau mak masuk wad, pagi2 lepas punch kad aku naik jumpa mak, pagi tu seriusly mak bukak mata, aku gembira 😀😀 sangat bila mak bagi respon yang baik. Aku siap tunjuk gambar Fina main makeup2, mak angguk2 tanda faham. Aku tanya nak air 'mak angguk' aku bagi pakai sudu tapi tak sampai ke tekak la, basah2 bibir je. Cakap kat mak dalam hati sentiasa ingat Allah, mak angguk tanda faham. Aku cakap nanti tengahari kak long datang lagi. Mak angguk. Aku gembira sebab mak nak sembuh dah, gembira sampai aku lalu makan, sembang dengan k.tun, sarina, nana cakap mak aku celik mata. Suka sangat mak bagi respon yang baik.
4.00 petang naik wad, tiba2 doktor bagi tahu tekanan darah mak drop, bacaan semua tak cantik, bp rendah, oksigen fully 100% mesin, doktor dah bagi maxsimum treatment. Padahal pagi tadi mak elok, boleh bukak mata, angguk tanda faham. Tapi kenapa semua bacaan drop, seriusly i cannot except this,
21.12.2016 (Rabu)
Disisi mak sentiasa ada orang tunggu, kami adik beradik gilir2 jaga mak. Doktor ICU nak jumpa family 👇👇
'keadaan mak agak tenat, aku dengar tenat je greyyyy nangis ðŸ˜ðŸ˜ macam hujan, paru2 mak dah rosak, 100% bernafas menggunakan bantuan mesin, kebanyakkan organ dalam badan pun turut rosak, buah pinggang, jantung, pagi ni tiba2 doktor check dalam paru2 ada air. Tak pasti air tu datang dari mana dan bila buat suction (keluarkan kahak) ada darah dalam paru2. Paru2 dipenuhi dengan darah dan air. Doktor cakap macam ada parut kat paru2 mak, parut lama macam fibrosis'
Kalau di fikir, mak takde sakit apa, takde history sakit paru2, mana datangnya,Ya Allah dugaan apa yg kau beri kepada hamba mu, aku tak boleh terima, aku belum puas berbakti kepada ibu, jaga dia sakit, makan pakai dia, tak puas bersembang, bermanja.
22.12.2016 (Khamis)
Innanillahi wainnailaihi rojiun 'dari Dia kita datang, dari Dia juga kita kembali'
di hari khamis yg tenang dan hujan, mak pergi menghadap illahi. Tak lewat dan tak cepat seminit pun, tepat pada 12.18pm mak tinggalkan kita semua.
Innanillahi wainnailaihi rojiun. Aku terus peluk cium dahi, pipi, dahi lagi, mak pergi dengan tenang, dalam keadaan semua adik beradik, abah, dan sedara mara sempat mengadap mak. Ayat-ayat al-quran sentiasa kedengaran di telinga mak, sentiasa sebut Allah, Allah, Allah. Cakap kat mak ampunkan dosa2 k.long, halalkan makan minum, cium tangan mak, minta ampun, aku cakap lepas ni takde sape nak doakan untuk kak long makkkk, doa seorang ibu tu termakbul doanya, tapi bila mak takde, doa anak2 yang jadi bekalan di sana.
Innanillahi wainnailaihi rojiun. Aku terus peluk cium dahi, pipi, dahi lagi, mak pergi dengan tenang, dalam keadaan semua adik beradik, abah, dan sedara mara sempat mengadap mak. Ayat-ayat al-quran sentiasa kedengaran di telinga mak, sentiasa sebut Allah, Allah, Allah. Cakap kat mak ampunkan dosa2 k.long, halalkan makan minum, cium tangan mak, minta ampun, aku cakap lepas ni takde sape nak doakan untuk kak long makkkk, doa seorang ibu tu termakbul doanya, tapi bila mak takde, doa anak2 yang jadi bekalan di sana.
Sepanjang seminggu mak di wad, sedara mara, yg dekat yg jauh, kawan ucu, kawan office, tak putus2 datang melawat. Dari degupan jantung mak masih ada hinggalah jantung mak terhenti. Allah permudahkan segala urusan, sangat mudah, start dari pengurusan jenazah, mandi, kafan, sehinggalah ke liang lahat. Tepat jam 6.30 petang segala urusan pengebumian selesai dengan mudah. Allah permudakan segala urusan. Kawan2 office yg lelaki dan perempuan datang ziarah, tak dapat datang ke rumah, ada yg datang ke wad dan forensik. Kawan office k.sha, Sarina, k.aini dan k.tun ziarah sampai ke rumah. Terima kasih semua.
Mula2 aku tak boleh terima, memang susah nak terima, macam2 persoalan di benak, kenapa mak aku? kenapa tahun ni? kenapa mak sakit? kenapa tak mak orang lain? selalu anggap macam mimpi, bila bangun tidur nanti mak akan ada depan mata, tapi...inilah ketentuannya, mak dah lama menanggung kesakitan, cucuk sana, amik darah sini, cucuk kaki, ambil darah nadi, ambil darah nadi tu cukup sakit, darah direct ke jantung, nampak kesakitan mak bila doktor amik darah, sampai mak cakap 'taknak amik darah dah, tak payah amik dah' aku usap2 mak, makkkkkk sabar mak, kita nak berubat.
Sebelum mak pergi, dah ada tanda2 kita je yg tak nampak, kening gugur, makan tak lalu, tak banyak cakap, banyak termenung. Aku banyakkan solat & dekatkan diri denganNya. Pesanan mak yg terakhir 'solat jangan tinggal' aku redho sebab sebelum mak pergi mak kerap sembahyang taubat, sembahyang d'uha, mengaji, dan mak tinggalkan kami dengan senyuman.
Ini sekadar berkongsi, bukan niat riak jauh sama sekali, berkongsi dengan pengalaman yg dialami, semasa mandikan jenazah, tiba2 wajah mak yg tadi kat wad penuh wayar, kulit gelap, bila di kafankan, mandikan, mak tinggalkan kami dengan SENYUMAN, subhanallah. Berseri wajah mak, wangi mak, mak senyum, angkat mak ringan, mudah sangat urusannya, aku redho ya Allah.
mohon rakan-rakan blogger yg sudi baca sedekah kan AL-FATIHAH untuk Aryahamah ibuku Zuraidah Binti Samsudin - 53 tahun (1963 - 2016) berbekalkan dengan sedikit doa semoga dipermudahkan urusan di sana.
Mak dalam kenangan, kak long akan sentiasa niatkan bersedekah untuk mak, bila teringat, sedekahkan al-fatihah untuk mak. Takde handbag baru untuk mak, tiada telekung cantik untuk mak, hanya doa yg dapat diberi.
al-fatihah..mak
Sebelum mak pergi, masa kat HDW, mak bagi respon yg baik, celik mata, angguk, itu semua
nak kaburi mata kita. Nak sedapkan hati semua orang, tapi hakikatnya
ajal dah dekat. Sekurang-kurangnya ada kenangan indah yg mak tinggal.
3 perkara yg pasti terjadi :
1. Sakit
2. Tua
3. Kematian
-zie-
Tag :
Mak
16 Komentar untuk "Aku tak kuat....mak.."
Innalillawainnahirojiun... Salam takziah sis.... Allah sayangkan mak sis... dan Allah juga sayangkan sis dan keluarga... segala apa yg ditentukanNya ada hikmah.... Semoga sis tabah dan kuat tau...
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ.
Salam takziah untuk akak sekeluarga.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
الْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ
الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيمِ
Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ
آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ... ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†
Wkmsalam.
Bertabahlah...
salam takziah...:( al fatihah
Takziah untuk Zie dan keluarga.. Sentiasa sedekahkan surah al-quran untuk mak zie di sana..
tima kasih atas doa..
tima kasih syikin atas doa..
tima kasih atas doa..
tima kasih irda atas doa..
tima kasih reen atas doa..
sedihnya baca..tabah la ye. Untung Zie dapat jaga dan tatap arwah Mak di saat akhirnya.Tak semua anak dapat merasa.Semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan beriman
Maaflah yanggg oii aku baru nak baca entry ni..tapi aku tahu akan berlaku sesuatu masa aku baca sorang kawan blogger ni bila dia mention pasal Mak kau..nangis aku weh..(Mak kau baya abang ke-2 aku)
tima kasih sal..
tq anis, muda lg abg ko ye..
Salam takziah..semoga tabah & sabar & redha dgn pemergian arwah..sesunguhnya Allah swt lebih myayanginya.. Smoga roh arwah dicucuri rahmatNya..aamin
Al-Fatihah Ibu.. I adik rindu ibu~
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.