Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

Jepun Mari | Tuesday, 10 September 2019,13:54 |
tadaaa !!

actually pegi Taman Botani Shah Alam ni dah lama.. tapi nak cerita juga sebab time tu dah pakai lawa-lawa pegi memanjat bukit pulak. dush! dush!.. budak2 ni la dah lama tak jumpa kawan2 dia kat Zoo.. bising lahaaai nak tengok haiwan kat Zoo.. nak pegi Zoo Negara tiket kemahen mahal. so, cari tempat tiket masuk yg tak mahal pastu ada haiwan. bawak diorang pegi Bukit Cerakah tengok haiwan. aku ingat tempat ni tak la besar mana. sekali hambikkkkkkk kou Taman Botani Shah Alam ni besar pastu berbukit-bukit. fengsannnn mak kou mendaki!!


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

so, konon nak adventure kitorang sewa basikal. sewa basikal RM20 (ikut pattern) aku carry Fina. amir carry Azeq. bawak azeq macam pikul 3 guni beras. sampai tempat haiwan raba2 pungkoq kot tertinggal kat bawah masa meneran tadi.. kat sini bukit dia boleh tahan mencium.. masa naik bukit amir turun tolak basikal.. aku ingat dia tak larat kayuh sebab naik bukit, rupanya tak reti guna basikal ada gear.. kan kalau naik bukit tukar gear rendah.. dia tak reti, dia pegi turun tolak basikal.. sampai tempat haiwan laki bini semput . berpeluhhhhhhhhh kuyup ghurupppp.. dalam hati menyesal pulak datang sini haha haha

Caj parking :
Motosikal RM1
Kereta/Van RM3
Bas/Lori RM5

Bayaran masuk :
Dewasa (12-54 tahun) - RM 3
Kanak-kanak (6-11 tahun) -  RM 1
Warga Emas (55 tahun ke atas) -  RM1
*6 tahun ke bawah FREE

Rumah iklim 4 musim                       Musim lain                              Musim salji
Dewasa (12 tahun ke atas)                    RM 3                                        RM 5
Kanak-kanak (4-11 tahun)                     RM 1                                        RM 3
*4 tahun ke bawah FREE

Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

akhirnyaaaaaaa!!
sampai juga anak-beranak kat atas ni.. budak dua orang tu happy la relax duduk belakang. depa tak tahu yg kaki apak dia dah melecet.

tengok orang kat belakang tu elok pakai sport shoes. yg kitorang macam nak masuk shopping mall.

korang ada choice samaada nak naik train (free), baggy (RM3 sekepala), naik basikal atau jalan kaki. naik train (free) biasalaah beratur punya panjang (terkena pulak hari weekend). nak mention kalau korang feeling nak jenjalan tempat yg ada aircond,  taknak panas, better pegi shopping mall je lah yee.. kat sini tempat riadah, tempat nak lostweight 2kg.


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
cubaan untuk ride. dia mintak pulak basikal yg ada gear macam ni.

Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
hai burung hantu!!
patut siang-siang macam ni membuta. ni elok pulak dia bulatkan mata dia gitu. bila tengok lama2 seram pun hader. tak sure yg ada depan aku ni burung ke hantu? ajommmm lari

Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
boleh bagi rusa makan..

Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
nak naik kuda kena bayar. tak ingat berapa charge


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
aku separuh nyawa nak menyampai kat tempat ni.
tempat berbukit-bukit better pakai sport shoes. nak pegi sini pakaian pun kena bersesuaian. hari tu aku pakai kasut sampan melecet kaki..


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah
dah bergelen2 peluh mashem tetap nak ootd.. 
dalam gambar biar nampak letops walaupun hakikatnya ketiak dah basah, kalau sekali angkat mau haiwan2 kat sini fengsannnnnnnnn. 


tempat ni luas, kat sini ada :
  • Taman haiwan
  • Rumah iklim sederhana 4 musim
  • Jambatan gantung
  • Taman kaktus
  • Taman rempah ratus
  • Tanaman Padi
  • Empangan dan Tasik
  • Tanaman Herba & Rempah Ratus
  • Tanam Buah-buahan tropika
kalau korang ada anak yg nak buat kajian sains tempatan sesuailah datang sini. dulu2 masa sekolah ingat lagi cikgu suruh buat portfolio tumbuh-tumbuhan. segala bunga mak depan rumah aku petik pastu tepek dalam buku skrap.. pastu mak bising bunga dia hilang orang petik... last2 dapat tahu anak dia yg petik siap lekat dalam buku skrap.. nak kata pe! dapat tahu pun dah kering

bahahahahahah


Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

after hantar basikal kitorang naik baggy saje jalan2.. konon nak pegi rumah 4 musim. sekali time tu tengah renovate.. frust je budak2 ni.. sebab time tu tengah musim salji. sekarang rumah 4 musim tu dah open balik. tapi aku tak habaq kat depa.. sat gi siang malam sebut benda yg sama ulang2 40 kali. stress mak !!

Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

actually balik tu nak makan mee celup kat PJ. since makan mee celup yg sedap kat Kelantan, now kat PJ tu sama sedap macam kat Kelantan tu. hati dah berbunga riang gembira sebab dah dapat rasa kesedapan mee celup tu kat tekak. sekali tutupppppppppppppppp. huwaaaa batu belah batu bertangkup! rasa sebak sangat ni. ni kalau dilayan jiwang mau mengada bawak ke malam. nampak FamilyMart beli oden.. tak dapat makan mee celup dapat oden pun jadik la.. takpe lar.. orang kat Afrika tu sup batu pun makan.. yg kita tak dapat makan mee celup dah jiwang bagai. tumbok baru tau !! bahahahahahahahahah





Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah 
Taman Pertanian Malaysia
40170 Shah Alam

3 Komen untuk "Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah"

Bestnya!
Part naik basikal tu lawak haha...

Pernah pergi dulu.. memang semput mengayuh basikal.. 😂😂

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top