Cetaphil Gentle Skin Cleanser - pembersih muka pilihan



Entry kali ini sarat dengan berinformasi ye.. korang kena baca jugak ok? Penting sangat ni. pernah dengar Cethaphil Skin Cleanser? Tak pernah? Kesiannnnnnn. hahaha OK. Sekarang ni my simple routine aku pakai pembersih muka pilihan Cetaphil. itu pun setelah beberapa produk try kat muka ni. Tak semestinya produk yg mahal sesuai dengan kulit muka kita. Untuk kulit muka yang normal takde masalah takpe la kan. orang perempuan ni kadang-kadang ada masa yang muka naik jerawat. Huntunglah orang yang susah sangat naik jerawat, dalam setahun berapa kali je naik jerawat. perrghhhh. Tapi tak semua orang kulit normal. Ada yg kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitif. Macam kulit muka aku dua sekali masalah dia kaut, kering & sensitif, kena habuk sikit tak boleh nanti naik rashes. Sebab tu orang yg kulit kering don't skip pakai Moisturizing cream. Dalam produk Cetaphil pun ada moisturizing cream.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser - pembersih muka pilihan

Baru-baru ni kulit muka aku tiba-tiba naik merah-merah.. merah je takpe ni pedih. Kulit tuan puteri memang macam tu, dah masuk dua hari tak makin surut. aku jadi RISAU!! lagi-lagi kat muka. muka ni kan aset. so, aku terus amik keputusan nak bejumpa dengan doktor. Doktor cakap ni bukan alahan atau salah makan. ni mungkin penyalahan guna produk muka yang tak sesuai. doktor suruh stop semua produk yg aku tengah pakai sekarang.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser - pembersih muka pilihan

Kalau korang nak tahu, before ni memang aku takde masalah rashes ni tapi selepas beranakkan yg sulung (Azeq bambam) terus jadi kulit sensitif. Bukan muka je, dengan badan-badan pun tibai. rashes naik kat pelipat-pelipat, siku, lengan, leher. Kalau dah start mengaru sampai berdarah-darah. gatal dia tu macam mana nak cakap eh.. macam baring guling-guling kat miang buluh. punya tak cukup garu dengan tangan, aku amik sikat sambung menggaru dengan sikat.. baru sedappppppppp. punya hazab time tu. macam-macam cream dah pakai, try ubat sensi cina, pastu ubat hospital lagi. kadang rashes bertambah teruk sampai keluar air bisa tu..

Bila ingat balik, takmo jadi macam tu. tu la gatai lagi nak try produk lain konon bosan dengan produk yang sama. the end, balik ke Cetaphil semula.. hahahahaha kalau korang ada masalah kulit sensitif macam aku ni korang should give a try!!

Cetaphil Gentle Skin Cleanser - pembersih muka pilihan

Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit, Ph balance dan non-soap (bukan sabun). Best tau pakai Cetaphil cleanser ni. Sebenarnya bukan untuk pakai kat muka je, kat badan, tangan pun boleh. tapi aku pakai kat muka je, itu pun ada yang tegur 'ni kembar siti norhaliza ke?' kah kah kah.. 

Cetaphil ini boleh mereka yg mempunyai masalah kulit jerawat, kulit kering, sensitif

  • Kalau pegi kinik pakar kulit pun doktor tak suggest pakai apa-apa kecuali cuci  muka dengan bersih. sekarang ni macam-macam produk di pasaran entah apa kandungan yang kita tak tahu? doktor ada sebut Cetaphil trusted by dermatologist 

Elakkan sabun berbuih
untuk pengetahuan korang jangan ingat semakin banyak buih semakin berkesan ia membersih. Sebenarnya tidak!!

Pembersih muka yg berbuih banyak biasanya mengandungi kandungan sabun dan pH yang tinggi. kesanya boleh mengikis pelindung kulit semulajadi. Kandungan pHnya yg tinggi turut menyebabkan kulit kering dan mengelupas.

Jauhi pembersih dengan wangian
Pembersih muka yang berbau wangi ni mungkin mengandungi bahan-bahan tambahan yg berupaya menyebabkan alahan terutamanya yg mempunyai kulit sensitif.

Bertukar kepada pembersih yang lembut
Pembersih yg terlalu kasar kepada kulit mampu menjejaskan fungsi lapisan pelindung kulit. Akibatnya, elemen dari persekitaran seperti bakteria dan unsur rengsaan lebih mudah menembusi kulit. Sebaiknya bertukarlah kepada pembersih yg lembut seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersih sambil memelihara kulit lebih sihat.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser - pembersih muka pilihan

Bagaimana Cetaphil Gentle Skin Cleanser memberi kulit yang sihat?
Cetaphil dipercayai pakar dermatologi adalah bebas sabun dan wangian, agar keseimbangan pH kulit dijaga. Membersih dan melembap tanpa merosakkan kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semulajadi. Formulasinya berkesan untuk semua jenis kulit, termasuk baby dan yang berkulit sensitif.
  • jenama penjagaan dermatologist no.1 di Malaysia
  • bebas sabun dan wangian
  • sesuai untuk muka dan badan
  • formulasi seimbang pH
  • boleh digunakan dengan air atau tanpa air.

Kat mana nak beli?
popular dah Cetaphil ni kat mana-mana kedai ada jual seperti Watson, Guardian atau kedai-kedai farmasi pun ada. Secara online pun boleh di Shoppee, Lazada atau di website Cetaphil sendiri.

taraaaaa!! Kulit yg cantik secara semulajadi lahir daripada kulit yang sihat. Muka memang kena bersihkan selalu, especially yang suka make-up. Mencuci muka bebas dari bahan kimia tak gittew!



More info
website : https://cetaphil.com.my/ms/
Facebook : https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia
Tag : tips
5 Komentar untuk "Cetaphil Gentle Skin Cleanser - pembersih muka pilihan"

Memang recommended pakai cetaphil ni! Suka!!

so far pakai cetaphil okay walaupun tak berbuih

Sama jugak pakai cetaphil. Memang best dan lembut je.

Jenama yg boleh dipercayai Dan mild to skin

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top