Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju



hari tu tiba2 teringin nak makan ayam penyet. Rindu dengan sambal ayam penyet yg sedap pedas berdesing. Ada some place yg tak berapa urrhmm sambal ayam penyet dia. level pedas dia dah down grade kan maybe ada yg complain pedas melecet sampai ada yg buasir kelopak tujuh hahahaa.. mengidam pun dah lewat (malam), lepas tu google tempat makan yg best kat area Wangsa Maju. Taknak jauh2. let's try makan kat Rumah Cibiuk Wangsa Maju. Lebih kurang ayam penyet jugak tapi add menu lain. Rumah Cibiuk ni restoran makan Sunda tradisi Indonesian Sundanese cuisine. 

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

di sebabkan teringin sangat nak makan ayam penyet, siap tanya waiter tu mana menu yg seakan ayam penyet. set dia macam ni ada tempe, tauhu. yg dalam daun pisang tu nasi. wangi nasi dia bau daun pisang. yg special nya kat rumah cibiuk ni korang boleh pilih sambal dia. Ada satu sudut korang boleh pilih sendiri tahap kepedasan sambal dia, semuanya percuma!!

yg dalam mangkuk putih tu tak tahu nak descript apa? sup kah? dessert kah? sebab kuah dia warna putih macam santan dalam tu ada seketul jagung, pastu ada tempe.. apakah? tak reti nak makan

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

satu kepantangan aku biji-biji cili tuuuuuu.. aku kalau menumbuk memang lumat biji tu aku kejekan. Sambal dia tak pedas sangat jenis cili yg kasar2. belum sampai tahap pedas yg nak menampor orang. still under control. satu je boleh cakap, boleh dikumpulkan dengan satu rasa SEDAP.

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

satay ni sedapppppp ok. satay ni yg buat sedap part kuah dia. kalau satay melayu kuah kacang dia memang terasa dengan kacang-kacang hancur gittew. Satay cibiuk ni kuah dia rasa ada rempah plus kacang, for me, rasa yg tak berat . 

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
ice blended chocolate untuk fina. aku gan husb order air bali.. sedap pulak air bali malam tu.

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
Fina tu action jee.. dengar apak dia nak snap picture laju2 dia buat gaya macam tu.

tengok tulang2 ayam tu boleh tahu tahap ocd sis dengan ayam.. hahaa.. memang togel aku keje kan.. ngegee. aku main belasah je makan pakai tangan, baru ada feel makan nasi dengan tangan. tak puas makan ayam pakai sudu garfu.. silap2 boleh lompat ke pinggan orang depan hahaha

eh.. kalau melompat pun aku kutip balik.. bahahahahaaaa

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
bapa mithali cubitkan ayam untuk anak dia makan.. untuk bini dia? bukan cubitkan, suapkan terus hahaha

Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

perut pun dah kenyang moh la kiter balik. esok budak2 nak sekolah saje mengatal ajak keluar malam. Jangan esok budak2 bangun pagi cranky sudah! Rumah Cibiuk ni ada cawangan kat Kajang, Shah Alam, Wangsa Maju, Bangi, Bandar Kinrara. sila la pegi kalau suka makan jenis kering2 macam ni.. hik hik



Rumah makan Cibiuk Wangsa Maju 
Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
open : 11am - 11pm
03-4141 8000
Tag : Food
9 Komentar untuk "Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju"

kwn ada ajk juga try mkn sini tp xsmp2 lg...nmpk menarik satay tu

saya selalu makan di cibiuk bandar baru bangi. pehhh dia punya sambal, meleleh

Dah berkurun rasanya akak tak makan nasi ayam penyet. Apa daya, bang aji tak berapo gemar huhu. Len kali nak pergi roger akak haha

Aduh, sedapnya sate!

kat area ofis ada cibiuk ni tapi belum pernah try lagi, nampak hidangan tu menarik dan menyelerakan

sama...kalu sy makan ayam pun mcm tu..licin...mak sy ckp kesian kucing dpt tulang je..xde isi lagsung..hehehe

Adakah yg putih tu sejenis bubur dia? Dekat ni boleh lah ku datang terjah.

Kat shah Alam pun Ada juga cawangannya.. mmg sedap esp Sambal dia

macam rare pulak nama cibiuk tu kan..kalau tak pedas, memang tak ummph ler nak makan...hahahah

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top