Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Pokok Nenas

Jepun Mari | 8 January 2019,03:00 |
hai korang!!

Hari tu aku ada buat satu kesalahan besar.. memang pesalah sangat!!'apa2 nak gelak dulu sebab macam banggang pun aderr kah kah kah...

ok.. macam ni. hari tu tetiberrr rajin nak kemas belakang rumah yg semak. segala pokok daun rumput aku tebas. actually takde la zoo sangat, tiap2 minggu akan ada maintenance yg potong rumput. tapi macam yg aku cakap mula2 tadi tetiber RAJIN.

Pokok Nenas

sebab hari tu balik kampong mak mertua bagi pokok kunyit untuk tanam. aku pun jadi naik sheikh nak menaman. rasa macam happy sebab harap2 nanti dapat hasilnya tak payah beli kat kedai. kadang tu nak pakai pun sehelai dua je pun.

pastu, pak amir balik.. aku cakap "mama dah kemas belakang rumah, segala rumput2 semua dah cabut bersihhhhhhhhh". dia cakap ok. "pokok kunyit yg mak bagi dah tanam tukar masuk dalam pasu".. ohh yeke.

kebetulan, hari tu dia tak terus pegi tengok keadaan belakang umah.. esoknya baru dia tengok.

SEKALI....

"pokok nenas kat belakang ni mana??.. dah besar pokok tu.. kejap lagi boleh berbuah dahh. nenas madu tu"

korang tahu.. berderau darah akuuuuu.. taktahu nak slot drama pe??? belakon mintak simpati @ nanges je terus. rasa jam tu jugak nak lari dari rumah. sebab aku dah tebas habesssss.. togel takde satu pokok pon yg tinggal kecuali kunyit. kah kahhh..huwaaa

sambung lagi..
pak amir cakap "astagfirrullallahalzimmmmm..takkan pokok nenas pun tak kenal. tu pokok apa? pak amir tunjuk satu pokok.

BETIK.. aku jawab
haahhh kenal puuuuun..

dalam keadaan macam tu aku tak menjawab sebab tahu kesalahan sendiri. biar dia reda dengan marah dia. yg salah tetap salah. mengaku je kita dah buang.. benda dah ada depan mata tak payah nak sorok. memang aku dah buang ngegeee. 

tak sampai 5 minit.. "mama nak makan tak"
aku jawab "taknak. merajuk"

HAHAHAHA.. pelik woooiii patut siapa yg merajuk sape.. tak lama tu dua2 bantai gelak.. sampai bila-bila la kang jadi bahan.. tak memasal aku di cop budak bandar sebab tak kenal pokok nenas. laki cakap bak henpon nak Google pokok nenas macam mana rupa..memang kwang ajaqq giler kan!! ha ha ha

korang tahu. pokok nenas tu pak amir tanam dalam pasu. what do you aspect nenas dalam pasu!! aku ingat pokok mendeee la daun tajam2.. ingat ada satu bunga yg pokok dia tajam2.. aku kata buat semak pokok tajam2 ni. buang aje 

actually, aku tahu la pokok nenas. tapi tak pernah jumpa orang tanam dalam pasu. kah kah kah Before ni memang duduk kampong. asal pun kampong takkan sakai sangat sampai pokok nenas pun tak kenal. tapiiiiii aku tak pernah jumpa orang tanam nenas dalam pasu kah kah kahhhhhhhh. first time & last time!!! sampai bila2 aku ingat INI POKOK NENAS..!! ha ha ha

pastu esok petang, nak tebus kesalahan (tak sure progress or not)..
tahu aku buat pe??? aku gi tempat dustbin amik balik pokok nenas yg aku buang, gila!! nasib pokok tu elok terletak atas daun2 kering. macam tahu2 je aku cari. Alhamdulillah jumpa balik pokok nenas yg aku tebas. geli hati pulak dah macam bangla yg kutip tin tu!  

DAN ini hasilnya.. kah kah kah

Pokok Nenas

cuti new year hari tu, terkejut dia pokok nenas yg aku tebas ada dalam pasu.. magic kan! gelak besouuuuu dia. harap2 pokok ni hidup segar la hendaknya.. ikutkan boleh je nak beli ganti baru tapi more to sentimental laaa. lagi ikhlas kita bekorban sikit. kalau beli memang tak susah, yg susah benda yg buang nak dapat balik. 

hope.. tumbuh la kou pokok dengan sihat ye.. harap2 dapat la merasa sebijik buah nenas ehhh .. doa kan tau !! 

k.bye.


-gee-
10 Komen untuk "Pokok Nenas"

Hahahhaa...adoi...dpt SA bayangkan scene tersebut..lawak la korang berdua...

WOOWW leh menega tart nenas la pehni.. hahaha...

kak cah: jgn terkejut ai jadi supplier nenas hahaha (merasa sebijik pun belum) hahahaa

SA: pokok nenas pun bolh jadi isu tau.. hahahaa

hahaha hadoiii pokok nenas dalam pasu..mujur jumpa juga ye pokok yang dibuang tu, itu tanam dalam pasu jugak tu jangan ditebas lagik hehehe

Aku pun pelik tanam nenas dalam pasu. Mak aku tanam atas tanah je kot. Sib laki tak majuk. Eh pelik la sape yang buat salah ni. Hahaha.

Tak tau nak gelak ke nak ngomel haha....

Moga tumbuh semulalah pokok nenas tu hikhik

Sampai bebila akan cam pokok nenas dalam pasu lepas ni. Haha

Maaf ye.. Sha gelak besar baca.. sabar jelah.. Hahahaha..
Kat Tempat kerja Sha ini, memang tanam nenas dalam pasu.. Berbuah tau.. sebab tanah terhad kan.. Tu yang tanam dalam pasu.. Adoi.. tak boleh bayanglah.. Mujur pokok tu elok lagi.. InsyaAllah.. ada rezeki berbuahlah dia..

Haha... Mama doakan pokok tu sihat Dan cepat2 keluarkan buah

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top