#10yearschallenge



Sekarang trending ke hape, ramai pulak yg update status #10yearschallenge kat media sosial. kebanyakkan kawan2 yg upload gambar muka takde la banyak beza. kalau jumpa kat pasar ke still boleh kenal. Tak jumpa lagi kawan2 yg totally different sampai berubah muka, hidung kecuali bertukar jantina..eh. hahaha. itu citer lain la

Aku pun jenuh la cari gambar 10 years before.. 

sekali !!

non-hado.. hahahaha

bukan takde langsung! ada tu ada
tapi takde gambar yg elok untuk di upload. tak sempurna auratnya. pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek. ada yg tak pakai tudung. rambut pendek. rambut pendek yg betul2 pendek macam misha omar tu. rambut tobek tepi, berani betul aku time tu. dulu macam tomboi sikit. banyak album kat fb aku hide kan only me je yg boleh tengok. kalau kenang balik. AKU KAH INI???
bahahahaha


back 10 years bukan takat rupa paras je. siapa kita 10 tahun yg dulu. Aku?? 10 tahun yg lepas umur aku dalam 25. time tu gedik dah nak kahwin. orang kata jodoh dah sampai.. nak kahwin, bapak aku kahwin kan.
lilit pinggang 25cm, berat 48kg.. euwwwww.. anak dara trang tang tanggg u.

bab MUKA. tak banyak berubah. Dulu tak pakai speck, sekarang jalan pun meraba terpaksa la pakai speck. BADAN, gitu la dah beranak dua. kalau makan banyak, mengembang.. puasa sebulan turun sekilo.. time raya naik berkilo2 hahaha tapi berat badan maintain kan tak lebih dari 60kg. kalau lebih dah macam kak mah bergerak (rosmah) hahahaha..

jumpa gambar kahwin kat fb. time ni kenduri belah husb kat Perak. berdaki betul muka Amir time ni. Padahal mak dia kata before sanding dah lulur kunyit.
Azeq gan Fina tengok gambar ni mengekek2 gelak.. 'mama gan abah kahwin ehhh'
dalam hati compom laaaaa nak.. kalau tak mana datangnya korang berdua ni.

10 tahun hubungan kami suami isteri.. baru nak mula hidup.
dalam perjalanan banyak dugaan yg Allah bagi. dari takde rumah, dah ada rumah sendiri. dari berdoa mintak zuriat, Allah bagi 2, putra putri. dari tidur atas lantai beralaskan toto, Allah bagi tilam empuk. hujung-hujung bulan dua-dua masak maggi. Allah selalu berpesan2 besyukur dengan apa kita ada. satu je la ingat. kalau kita susah ada lagi yg lebih susah dari kita. hargai orang yg ada disekeliling sebab belum tentu orang ada dengan kita akan kekal selamanya.

tengok balik 10 tahun yg lepas macam mana ibadah kita. ini patut yg paling takutkan.. 
ada improvement tak? 

#10yearschallenge

10 tahun jugak aku belajar memasak.
aku start belajar memasak dari umur 12 tahun. anak sulung kan, anak sulung ni banyak protect & berdikari.
time tu masak la pe2 asalkan masak janji mak/abah tu boleh makan.
pernah aku masak ayam sambal merah dengan akar2 serai aku masukkan sekali. goreng telur tak masak. goreng ikan hangus. siang ikan hancur. dalam complaint macam2 mak/abah tu telan jugak.

arwah mak dulu garang, kepantangan dia kalau orang sibuk kat dapur kou duduk saje goyang kaki. memang siap!! kena titik-titik tangan tu. jangan harapkan semua mak buat.. mak semakin tua, semakin tak larat, penat dengan hal semua ni.. sometime kena belajar-belajar buat sendiri. elok jugak arwah mak tu garang, kalau tak jadi orang. 3 tahun jugak arwah mak 'pergi'.. taip ni pun nak merembes.

#10yearschallenge
beli kangkung seringgit tak puas makan. masuk dalam kuali terus menipis.. orang laki kalau pegi pasar gini la.. kita pesan kangkung, kangkung seikat je dia beli.

#10yearschallenge

#10yearschallenge
aku kalau masak tomyam suka letak sayur banyak2.. suka ratah tomyam dengan sayur yg banyak.

ikan kerisi my favorite. goreng bercili pastu tambah petai perrhhhhh kencing bau petai bahahaha

#10yearschallenge

masak daging salai.. abah memang suka salai daging. pastu suruh anak dia masak lemak kuning. Nak resepi KAT SINI

Nak masak sebijik sejibon macam arwah mak memang tak dapek la.. tiada ganti air tangan ibu. masa mula2 belajar masak lemak kuning. kuah cair lah.. tak pedas.. kurang itu, kurang ini. bahan semua cukup dah tapi macam ada kurang sesuatu.. pernah tak? lepas tu, tengah perah santan. tangan tersenggol, habessssss tumpah santan dalam sinki. rasa nak menangis sangattttt. stress!! 

nak terror masak kena masak berkali-kali. tak jadi cuba lagi sampai jadikk. practice make perfect. 

#10yearschallenge

Awal-awal tadi aku cakap aku takde gambar yg elok 10 tahun yg lepas..
penat scroll cari gambar yg elok. Cantik tu tak kisah sebab gambar dulu2 bukan cantik pun.
dulu pakai hp pun asal ada.. ada camera pun cap ayam.. nampak sipi-sipi je
cari punya cari.. jumpa la gambar yg elok sikit...
Sila percaya yeeee..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

#10yearschallenge

Alhamdulillah.. masih sama seperti dulu.. bahahahaha. cuma yg sekarang katik sikit. tak larat nak layan kasut tinggi. Dulu popular sekarang luar biasa. negeeee

k.bye.
Tag : Lifestyle
11 Komentar untuk "#10yearschallenge "

yg tak tayan tu, pic 2009 tu usia dia lagi tua dari hang! hahahhahaha. ne ne ne ne ne...

k.cah: tu yg dulu mentuweeeee.. sekarang mangga mudeeeeee hahahahah

hahhahaha....adoiii..mula2 baca macam terbuai2 je..cite psal kenanagn pastu terkelaur gambar last tu...terkejut kakak....hehehe

hanim: hahahaha.. napeee tak percayeee ye. hahahaha

adui terliur tengok gambar makanan tu semua, my feveret, picture last tu win angat haha

Hahhaha terbaiklah sis.. ~

Saya follower yang ke #342

http://www.imaginasiklasik.com/

Kiranya "aku yang dulu bukan yang sekarang..." sambung sendiri haha...

Still comel walau dah beranak dua. ^^

perghhh kemahen last sekaliii hahahaha. yang first gambar 2019 version bertambah sweet hehhee.

jemput join segmen blog saya :D http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

Haha terhibur mama baca. Mama x sempat lg nkk korekpic 10 tahun lepas. Haha confirm nampak beza

Bila teringat bab belajar masak masa darjah 5 dulu, ana goreng nasi goreng tp minyak menumis takde. Setakat panaskan bahan yg dikisar mcm tu lepas tu masuk nasi. Bahahaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top