Ellop korang!
ada cerita yg lagi best.. iaitu MAKAN! hahaha
sambung cerita Family Trip to Kota Kinabalu - Day 2. masih di Kundasang tapi pagi tu siap2 nak checkout turun KK (Kota Kinabalu) pulak.. Baca juga : Rumah Terbalik, Tamparuli Plan Day-2 nak pegi Desa Dairy Farm, rabbit farm kat Ranau, main ikan kat Marakau Bamboo Fish Spa lepas tu makan-makan. Pagi tu kitorang breakfast kat Kiram Village. kat situ ade cafe tapi food juz-juz. ok la untuk alas perut. bukan nak heavy sangat kan. breakfast simple2 pastu gerak ke
Baca juga : Penginapan di Sabah - Kiram's Village Kundasang
Baca juga : Penginapan di Sabah - Kiram's Village Kundasang
Desa Dairy Farm
ni la orangnya cik jepun gorgeous. dah rupa harem aku posing macam pondey.
starts dapat nama jepun ni dari zaman sekolah. tang mana ghupa jepun pun taktauu. tapi toknyang aku memang asal cina, memang cina pure dari Yunan. kalau korang tengok mata aku ada laar sikit sepet2 cina gan iras orang jepon kot. part jepun tu mungkin plus pakej tumbesaran terbantut #pendek. itu jeee takde maksud lain! #perasansendiri hahaha
sampai sekarang kawan2 kampung & kenalan rapat still panggil aku jepon. mana yg compius apesal blog aku nama jepun mari itu lah permulaannya.
starts dapat nama jepun ni dari zaman sekolah. tang mana ghupa jepun pun taktauu. tapi toknyang aku memang asal cina, memang cina pure dari Yunan. kalau korang tengok mata aku ada laar sikit sepet2 cina gan iras orang jepon kot. part jepun tu mungkin plus pakej tumbesaran terbantut #pendek. itu jeee takde maksud lain! #perasansendiri hahaha
sampai sekarang kawan2 kampung & kenalan rapat still panggil aku jepon. mana yg compius apesal blog aku nama jepun mari itu lah permulaannya.
Azeq with atok kesayangan. azeq tu peluk2 atok ada makna tu, dia mintak atok dia tangkap sekor lembu kat sini nak buat main. gile aje atok nak layan.
with abam pilot darat kitew. orang panggil driver lori (kontena) ni pilot darat. tak dapat pilot kapal tebang pun tak peee. dapat pilot darat pun ok sebab dah tentu sentiaseeeee ade di sisi cia ciaa ciaaa
family pak din caln.. nuar gan mira je takde..
wehhs nampak jelas puncak gunung kinabalu tu. Jarang2 dapat view macam ni. kalau korang tengok puncak dia macam bentuk Batman kan. tengok picture ni macam dekat nou gunung tu. ghase nak cekau gan tangan je la.
Desa Dairy Farm
tiket masuk : Dewasa RM 5
sape yg suka yogurt boleh la try. aku ni pe2 betkaitan dengan yogurt kureng sikit. wani suka ya amat, pastu dah beli lupa nak makan. ada sejuk membeku dalam peti ais kat KK
susu dia sedap gilee.. memang sedap! paling suka perisa coklat la. yg original pure pun sedap. kalau korang bawak turun KK rasa dia dah lain.. nak sedap kena simpan dalam peti sejuk.
seriously!! ice cream dia pon sedap. sila beli kalau dah jejak sini.
pastu turun bawah nak feeding lembu. kemahen suka la budak2 ni jumpa geng. anak2 aku memang pecinta haiwan. kalau jalan2 kat Sabah ni asyik jumpa haiwan memang takde hal laaaaah. miah miaahh
berjaya jugak Azeq bagi lembu ni susu. yesszzzaaaa. Apak dia ajar cara2 bagi minum susu kat lembu.. caranya kena donggakkan sikit baru lembu tu boleh nyoyot. gitu kaedahnya!
Amir cakap dia dulu kecik2 bela lembu siap main polis entri dengan lembu-lembu dia. dia cakap agaknya kalau dulu dah ade hp canggih compom dia dah viral macam Syukur Buffalo tu. aku cakap elok la awak tak famous, kang compius identity pulak... mana satu lembu mana satu awak, dah la dua2 gelap kaahkahh
kat sini ada jual feeding lembu, rumput seikat RM1. botol susu RM1.50. kat sini je habis dekat RM50 henggit, kejap2 'mama nak rumput lagi, mama nak susu lagi' yg aku pelik tu lembu2 kat sini tak kenyang2. sumbat la banyak mana pun menyondol je kejenya.
Azeq try bagi kambing ni susu.. pastu dia sondol2nya botol susu tu taknak minum. Amir cakap kambing tak minum susu. ehhh yeke! kalau bagi rumput kemahen laju dia menyondol sampai tak memyabar siap hulur2 kepala. babab kang nak. biaseeeee dia tu, memilih!!
Ranau Rabbit Farm
lepas tu abg Pandi bawak kitorang pegi Ranau Rabbit Farm. ni tempat baru. kalau suruh drive sendiri mampoh aku tak gi. aku kata mana laaaa abg Pandi nak bawak ni.. tempat dia dah laar jauh ke dalam pastu jalan berbatu2.. kena redah hutan, bukit, sungai, jambatan, baru sampai. risau je celik2 mata kang dah sampai sempadan.. bahahaha
tiket masuk tak ingat berapa. dewasa RM3 kot. makanan rabbit 1 packet singgit. semua abg Pandi yg uruskan, kitorang sedar2 dah elok main kejar2 gan rabbit kat dalam tu.. kui kuii
2 ketol rabbit ni yg terpaling happy. Rabbit jumpa geng hahaha
elok je rabbit ni berdiri. dah la comel. tangkap buat satey kang nak.. eeeeei
bila kita masuk jeee.. Rabbit2 ni semua kerumun kita macam haper sebab kita ada makanan. tapi takpe aku ok je dengan rabbit. jangan cicak memang aku lari lintang pukang tercarik spender, bra. nasib kat Malaysia ni takde lizards farm.. kalau ada pun ade aku harap bankrap hahaha.
dah puas main dengan rabbits, wajib basuh tangan ye.. MESTI! WAJIB! hygiene kena jaga. dalam handbag aku ni sentiasa ada sanitizer & wet tissue. dua benda ni wajib ada. kejap2 kang spray, takde mende pun aku spray sebab suka nak main miaah miaahhh
Marakau Bamboo Fish Spa
tempat ni best.. Amir lagi laaarr excited dia. orang kaki pancing memang gitu. pantang jumpa sungai, first word yg dia tanya boleh mancing? dua beranak tu sama je. Azeq memang ok sangat. dia yg tak sabar nak turun dulu.
gile vavis besor2 ikan kat sini. ikan kelah pun ada weh. ikan2 ni semua bukan ikan belaan memang ikan sungai yg datang2.
harap biar la kekal natural macam ni. air sungai dia pun jernih bersih. jangan ada yg gile kuasa merosakkan sungai Sabah. memang takkan dapat natural view macam ni lagi.
tengokkkkkk! punya bersepah ikan2 ni main kat kaki aku. terjerit2 aku bila ikan ni yondol2 kat kaki aku lah. geli sebab body dia gesel2 kat kaki kita.
budak yg sukakan binatang.. berani je dia terjun dalam sungai ni nak bagi ikan makan.. siap suruh ikan2 ni vacuum tangan dia..
kwang ajor burung ni. mula2 elok je dia tenggek kat tangan aku, pastu naik atas bahu, naik sheh terus naik atas kepala aku.. ehhh cari pasal kou ni. kalau setitik najis burung ni melekat kat aku mou jam tu jugak aku mintak baju, seluar, tudung baru haaaah.
mintak apaknya dukungkan nak amik daun ni. semput apaknya dukung azeq macam pikul 3 guni beras. tak ingat la daun pe ntah tapi rusa ni suka makan.
lepas tu pegi Canopy Walkway Poring Hot Spring. memang keje gile datang Sabah ni naik Canopy Walk. aku nak pegi tempat yg feeling-felling sejuk perasan lawa jeeee. taknak basah2 keti ni. tapi takpe satu pengalaman yg best. nanti la story later.
ada cerita yg lagi best.. iaitu MAKAN! hahaha
Kelapa jelly Telipok
ini sedap! taktahu nak habaq macam mana dia punya rasa. jelly kelapa dia lembut pastu tak manis sangat. isi kelapa dia boleh keruk sampai habis. pastu adik cakap nak order 3. aku kata makan dulu ape yg ada kang tak cukup order lagi. memang cukup order 2 bijik sebab lokan bakar yg order banyak2 ni sape nak perabih.
sebijik kelapa ni RM 5. starts dari sinilah Azeq makan jelly kelapa terus naik chickenpox dia. mengelabah tiruk aku takut tak dapat balik KL.
Lokan bakar Telipok.
Mula2 aku macam geli jugak nak makan lokan bakar ni. yela wehhs seumur hidup aku memang tak pernah makan pun. biase jumpa sotong, udang, ketam, lala, mentarang. tapi dah sampai sini takkan tak rasa. macam rugi la pulak kan. aku makan lokan yg bersaiz sederhana. itu pun sodok je masuk tekak. saje buat rasa. lokan sebesar tapak tangan pun hader, kalau lagi besar liat sikit isi dia. rasa dia sedap. kenyal2 gitu. diorang bakar lokan ni dengan rempah rahsia diorang. itu yg buat sedap.
selonggok
lokan kecik siap bakar RM10
lokan besar siap bakar RM12
bakar atas zink macam ni je. pastu bakar pakai kayu arang. memang tradisional sangat itu yg buat sedap.
malam tu terus dinner kat situ order makanan panas. plan asal memang nak makan seafood. tapi cancel sebab day-2 memang hari yg memenatkan giler.. dengan mendaki bukitnya nak sampai ke Canopy Walk. ghase nak mintak helikopter je turun bawah. tapi at lest aku dah sampai sana once. cukup la. kalau ajak lagi tobat taknak.
ooh.. about food kat sini apa2 berkaitan dengan ayam memang mahal. korang order nasi goreng ayam ke memang up jadi mahal. seafood kat sini reasonable lagi. nak jumpa yg basic macam nasi ayam pun susah. about food korang kena spend money lebih sikit. masa aku kat sana memang total makan atas dari 50 hingget. tengoklah berapa orang yg makan pun. sekali order macam2 ingat ader kat KL keeee!.. hahaha.
itu jeee setakat ni.. sambung next pegi pulau pulak. Pulau Sabah cantik-cantik belaka. Wajib pegi!
-gee-
14 Komentar untuk "Family Trip to Kota Kinabalu - Desa Dairy Farm"
Ni yang buat nak repeat g sabah ni. Masa ana pergi tak nampak gunung kinabalu.2 hari tggu tau. nyampah.
jom repeat. time kitorang pegi mmg sentiasa nampak. hahaha mcm ditayang sruh nmpak. adik zie pegi dulu pun xdpt tgok gak
Aduh... Bila la nak sampai sabah ni huhu
bestnya...bila la nak sampai ke desa dairy farm tu...dari dulu teringin nak ke situ
subhanallah dah macam kat luar negara pemandangan nya kan Suzie
rindu aiskrim kt desa dairy farm :,)
tapi kat HKL org panggil jawa..jawa.. hahahha. proud to be javanese!!! he he he. jeli kelapa akk x makan pommm.... dappnya nampakkk...
k.cah : bnyak nou nama glamour aku kakk. nawi gan abg lan je pggil jawe. yg lain semua pggil kate.. kate! (kate Middleton) mbahahaha
raz: repeat lagi.. hehehe
k.ana:ala2 kat overc gittew.. hahaha
kak:hahaha jom kak
sunah:hehe best sini boleh main gan lembu
Halah aih.. menariknya..
Buat hati rasa macam nak ke sini juga..
sha : jom .. jom kita
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.