Restoran Golek-golek kembalikan Suasana Kampung, Gombak



Restoran Golek-golek ilham rasa Ahadiat Akashah. Novelis terkenal, Ahadiat Akashah memang suka benda2 yang rare & artistik macam ni. Cerita filem seram Munafik tu, depa berlakon kat rumah Ahadiat Akashah la. Memang sesuai sangat buat cerita seram kat situ.

ok, sekarang kita nak cerita pasal Restoran Golek-golek. Selalu nampak Restoran Golek-golek dari mrr2. Memang laluan wajib kalau nak gi rumah mak. So apa kata kali ni kita try, selalu nampak dari tepi highway je kan.

Tempat agak tersorok sikit, terletak betul2 di atas bukit. Laluan nak ke restoran ni pun kena mendaki, kalau selisih keta macam mana la kan. Kalau korang tau Sukhumvit Garden yang kat mrr2 tu lagi senang, simpang restoran Golek-golek ni berdepan dengan Sukhumvit Garden. Tapi bila dah sampai kat restoran ni, the first word yang aku sebut wowwww . Nak tau sebab apa WOW baca sampai abis daaa

Restoran Golek-golek 

Sebelum gi aku dah booking dulu, sebab 1 kapal nak turun ni. Kalau walk-in je, tiba2 tempat penuh. Tak ke kena baling kasut dek adik beradik yang lain. The save way kita buat booking dulu. around dalam 12 orang je pun. Tapi kan, tak sampai 12 orang pun. hihii So staff kat situ bagi tau 'the best view place we will give u' Memang the best sangat lah, kat atas bukit kou. Betul2 menghadap mrr2, boleh nampak kereta racing lagi.

 
Geng pak ngah ni, pak ngah datang je terus tumbok2 pak ngah. Adek aku ni memang suka layan budak2. Lagi2 bab game, memang gila game lah. 

Restoran Golek-golek 
Ini antara set menu yang ada. Staff kat situ bagi tau, menu set more to JIMAT je, tapi PORTION tak banyak. Suggestion aku, amik set ni, lepas tu add on ala-cart. Sebab dalam set tu semua seafood boleh rasa.

Restoran Golek-golek 
Ikan pari petai, agak dry sikit.

Restoran Golek-golek 
Ikan sebelah nabi, THIS IS AWESOME. memang sedap sangat boleh kasi cap jempol. yang ini korang patut cuba.

Restoran Golek-golek 
Portion dia memang sikit2 macam ni. Tak puas makan. Yang sotong tu masak dengan telur asin, bagi aku sedap jugak, tapi sikit. Pinggan dia memang macam ni, pinggan embah2. 

Restoran Golek-golek 
Ikan dia memang WIN, ikan dia patut kena puji

Restoran Golek-golek 
Telo dadar, dry dan berminyak. Nape tah malam tu kureng ikut citarasa aku. Aku suka yang berkuah, sebab tu aku suka makan seafood, macam Thai food, steamboat ke. Semua macam kedekut2, aku mintak sup kosong untuk budak2. alahai satu mangkuk pun tak penuh.
 
Penutup dinner dengan red velvet cheese cake handmade by SIL-Rose. Dalam gambar ni haku himpunkan semua untuk sambut semua birthday, kecuali Fina. Tiba2 sesat pulak. Fina bulan Nov sayang oii !! 

yang WOW is rumah Tradisional Melaka bertangga batu ni sangat menarik perhatian aku. Semua barang dalam rumah ni ada yang berusia ratusan tahun, menyediakan ruang makan klasik dengan berlatarbelakangkan seperti rumah di kampung.

Restoran Golek-golek
Cantik kan, US hihii 

Aku sempat merayau2 dalam rumah ni, tapi tak ambik gambor sangat pun. Mak pesan jangan suka2 sangat. tiba2 jadi seram *glup2. Hiasan lama seperti tempayan, congkak, replika kapal serta bingkai2 gambar lama sangat menarik perhatian. Menyendal pintu pun menggunakan seterika lama, yang berat gila tu. Baling pencuri pun boleh bocor kapla.

Restoran Golek-golek
bawah rumah pun boleh menjamu selera, sangat klasik.

Restoran Golek-golek 
si kecik ni pandai berposing. Dengan bag Banana dia tak lepas, macam orang besar bawak handbag lak.

Restoran Golek-golek
Kami lagi, dah diorang tak nak bergambor.

Restoran Golek-golek
Cuba korang tengok, tingkap dia klasik sangat. Kalau nak bukak tingkap, cuma tarik batang yang panjang tu ke bawah.

Restoran Golek-golek 
Rumah atas pokok, di ingat kan berat melebihi 100kg di larang naik. Kang roboh satu bandar Gombak ni. Rumah ni pun tempat menjamu selera jugak, rumah pokok ni bergantung sepenuhnya pada 2 batang pokok yang besor tu. Macam kayu balak besor ye. Rumah atas pokok ni aku tak sempat terjah.

Tapi sejujurnya betul2 rasa macam suasana kampung. Ada soundtrack bunyi katak, cengkerik krik2 krik2. Azreq siap suruh apak dia cari katak tu, dia geram bunyi ADA, katak tarak. Ada buaian boleh lepak2, aku sempat lepak kat buaian tu dengan Rose. Rupanya belakang tu ada rumah kayu lagi, mungkin tempat diorang masak atau rehat2. Kalau siang boleh la merayau2 kat belakang tu kan. Ni malam2 TAKOT DEN.

Tapau kek Red Velvet tadi, tak boleh sumbat lagi dah. 

Nak story mory ni, ada 1 gambor aku dah delete, MENYERAMKAN PULAK. Mak cakap, gambor tu macam nampak gigi taring. *ngegee TU LA kan mak dah pesan, jangan ambik gambo malam2.

Parking pulak jangan riso, jalan terus ke belakang. Ada tanah lapang, sukoti lah nak parking kot mana. Rupanya belakang tu HUTAN, tapi dah ditarah buat kawasan parking. Sebab aku bawak budak kecik. Mak tak bagi jalan sampai ke parking kereta. Mak suruh aku tunggu kat pintu restoran. he he hee

Udah kenyang, turun golek-golek ke bawah !!

RESTORAN GOLEK-GOLEK
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10 Gombak
68100 Selangor

017-407 0007
(waktu operasi 6pm-12am)

Barang di ingat restoran ini di buka setiap hari, kecuali ISNIN, jangan pergi salah hari. Silap hari kang ada pulak entiti yang bergolek-golek DATANG !!

-zie-

 Minat bakeri ! tapi tak tahu caranya. Jawapannya ada di sini. 👇👇 SINI

<a href="https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=12281_60_1_274" target="_blank"><img style="border:0px" src="https://www.klikjer.com/members/media/banners/300x250.gif" width="300" height="250" alt=""></a>



Tag : Food
6 Komentar untuk "Restoran Golek-golek kembalikan Suasana Kampung, Gombak"

zie nk tgk picture taring tu.... hehehe

assalamualaikum singgah sini :)

Sedapnya menu... menyelerakan sungguh.

Serius cantek sungguh Rumah Melaka tu., memang terbaeklah. Ada rezeki lebih boleh pi ni.. hehehe :)

boleh mummy,tradisional sgt rumah ni

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top