Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Mandi di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

Zie Azi | 7 October 2016,11:22 |
Mandi di Felda hot springs Sungai Kelah, Sungkai | Ke mana kita niiiiiiii..>> balik rumah opah

Cuti Awal Muharam balik kampong Sungkai, tak plan pun nak gi Hot Springs. Hot Springs dengan rumah MIL 15 minit dah sampai. Tah berapa kali masuk pun tak ingat. Sampai kampong, si Azreq taknak turun kereta, mengamuk2 cakap kitorang nak bawak dia mandi kolam. aiiiihh bila masa kitorang berjanji dengan budak2 ni, NEVER.  

Punca ye budak2 ni jumpa pamphlet jual kondo, lepas tu ada gambor pool. Asyik pamphlet tu la di usung ke sana ke mari cakap kitorang nak bawak depa mandi pool. Tepuk dahi kitorang tau dak, berzikir 100hari 99malam 'nak pergi pool, nak pergi pool' dah macam zombi. Aku salahkan Amir sebab berjanji, yg Amir salahkan aku sebab berjanji. Tapi hakikat ye takde sape pun berjanji, budak2 ni pandai2 sendirik. Ponin omak ekou melayan. 

Dah tu, pergi jugak la. Sampai kampong kul  4 petang, siap2 koboi pukul 4.30 gerak. Dalam kereta aku rasa macam ada something yg aku tak bawak. Dah sampai Hot Springs, dah berendam kuak lentang, basah lencun baru ingat, benda yg sangat penting bagi org perempuan hokey.. nak tau pe dia. Sepender dgn bra tak bawak. OMG!! Aku cakap dgn Amir, dia boleh gelakkan jew. Amir cakap tak payah pakai sepender la, WHAT!! sepender ok lagi, bra acaner pulak.. goyang kiri kanan, kiri kanan !! perrrfff hahaa

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak 
Kalau org tempatan situ dapat separuh harga, tunjuk je ic. Huntung la org Felda. Dah laki aku org situ, dapat la separuh harga. pewitttttttt kibas kain siket..

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 Tunggu train kat pitstop, kalau korang taknak jalan2 kat laluan air panas tu. Boleh naik train, nanti train tu bawak terus ke belakang kolam air panas & air sejuk. Kitorang dah biasa datang, memang nak mandi kolam air sejuk je. Malas nak ronda2, datang pun dah lewat.

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 yeyyyy, thomas n friend is here. 'mama, thomas datang, thomas datang'

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 Fina dengan Azeq panggil Thomas n Friend..tot2 tot

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Naik Thomas n Friend dulu

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Mula2 gi kolam air panas, memang saja terjah sini dulu. kwang2 kwang
Ketat je muka budak2 ni. Sebab bila pijak je air ni rasa suam2 kuku. Fina pijak air pun taknak.

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
air ye suam2, syiokkkk

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 Dia dah jumpa permainan dia

Kat kolam air panas ni ada 3 tempayan besor, nak masuk berendam dalam tu pun boleh. Kalau tak malu. Air sejuk mcm air gunung, dah puas berendam kat air panas, mandi air tempayan pulak, mandi macam kat kampong2 yg de kolah besor, mandi pakai cebuk, gedebus2 bosh2

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 amboi bang!! duduk relax nampak.

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 terjengkit2 budak tu nak amik air dari tempayan, air tu je yg sejuk pun

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
 Ni lagi duduk je kat batu, rendam2 kaki berani ler. Air suam2 kuku la katakan, bukan mau budak2 ni. Padan muka nak sgt gi kolam, kolam air panas mama bawak kah2kah2

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Ni kolam air panas betul, budak2 tak sesuai kang melucur kulit.
Suhu 42c-80c, dah tulis situ. Kat sini ada banyak kolam air panas, tak payah risau org akan tertumpu satu tempat je.

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Bengkek je Fina kat tepi mama, muka ketat. wa mau rendam kaki pun tarak senang

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Ni tempat merebus telur. Jangan cobak2 nak celup kaki kat sini, kalau rasa nak berpeta laut china selatan, silakan la celup.

Amir cakap dulu sebelum tempat ni jadi taman Hot Springs, dia selalu datang sini lepak gan kwn2, lepas tu aku terus cantas 'kawan laki ke kawan perempuan' terus mendapat tunjal kepala kahkah Time tu kenal aku pun tidak, zaman sekolah dulu2 kan. Dulu tempat ni macam sungai yg mengalir air panas. Bila di upgrade kan, jadi la Hot Spring Sg. Klah. Sian kat budak2 tu, jom la mama bawak kat kolam air sejuk. Muka ketat tadi terus berubah bila nampak ni
v
v
v
v

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
yeeyy, baru la suka lompat2, kalau tidak tadi nak jalan pun seret kaki. eh! Robben is here !!

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Sempat jugak opah gorengkan cekodok pisang sebelum pergi. De jugak bekalan. Nak tapau nasi tak menyempat2 budak2 ni. Tunggu la mama masak gulai ikan asam pedas ke, ayam lemak kuning ke, korang mandi la mama nak makan.

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
Budak ni yg paling happy, suka sgt dpt mandi kolam air sejuk.

 bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak

bercuti di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak
yg ada border line tu kolam utk org dewasa. Kolam dalam. Tak sesuai utk kanak2. Dia mcm landai dari cetek ke dalam.
  
Kesimpulan : Kalau korang rasa nak menikmati kehijauan, nak rasa suasana kampong2. Nak berendam kat air panas, air panas semulajadi tau. Bukan di buat2, boleh la datang bercuti kat sini. Kat sini pun ada chalet untuk stay. Nice to stay. Aku tidak la stay situ, udah rumah MIL sekangkang kera, nak kena pelangkung dgn opah, gatai nak duduk chalet. Kat sini ada banyak kolam air panas utk dilawati, tak la tertumpu satu tempat. Tempat makan menarik pulak, mana yg belum pernah cuba, boleh la makan kat Nasi Bamboo Sg.Klah. Tak jauh dari Hot Spring. Pe yg menarik, nasi tu di masak dalam buluh.

Mama malas nak berendam lama2, hari pun nak senja, aku pergi tukar baju dulu. Budak2 ni siap kejap kang, yg lama bersiap mak budak. Lepas tu, ada kejadian yg menimpa aku, sampai aku nangis mcm budak kecik. Memang 'bad day' la hari tu. Mandi pun tak bawak towel, kat sape aku nak jerit !! Kat rumah boleh la jerit. adoiiii lahai!!

Sambung nanti panjang sangat dah ni!!




-zie-
6 Komen untuk "Mandi di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah, Sungkai Perak"

Hehehe Zie, samalah pengalaman saya masa mandi kat situ, benda yang begitu penting tak bawak... Hubby saya memang anak jati sg klah jd ada peluang la nak pegi situ kalu saya balik ke Sungkai..

yeke,suami sy felda trolak,berjiran la kita ye..

masa i pegi...kamiii je yg ada kat situuu!!! phewww berkuasa sgguh rasa! haahhahha...
balik2 haku je yg naik sliding turun.. hahhaa.
nak stay sini ok tu ok..tp mlm2 dgr bunyi cengkerik je la..hahaha.bukan leh buat apa2pon! nak cari kelainan ok la kan..balik2 pantai...pantai balik2 :p

gitu la suasana duduk felda,nak keluar naik motor mlm2 lalu ka kebun sawit tu xdek hal la,bertemankan lampu moto je,jgn ada org tumpang blkang tiba2 berat je..heeehehh
hahaa

Bestnya! Besar tempat ni. Zie, untuk radius About Me awak.. Cuba letak code ni, .profile-img{border-radius: 50%;}.

Info Reen ya samaada jadi atau tidak. :)

Julia pernah menginap disini sehari semalam...mmg fresh betul rasa...seronok!...pengalaman zie ni mengimbau kenangan julia disana

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top