Minggu lepas ke sini lagi. Pernah pergi sini, ada kisah di sebalik buku 'si demok mencari tandas' boleh baca kalau senang. Mula-mula tak plan pun nak makan-makan bawah pokok. Setiap hari memang bangun awal walaupun hari minggu. eii tak boleh la terlajak tido sampai ke tengahari, benggang kepala/masuk angin/masuk air. Dah bangun buat la apa-apa yang patut. Masak breakfast ke, kemas rumah sikit-sikit, mandi tengahari takpe. wau waa
Memang dah train dari kecik bangun awal. Ingat lagi dulu masa bujang kalau tido tak hingat dunia pili bomba dah standby kat sebelah. Siap kou kalau matahari dah tegak meninggi atas kepala, tak bangun2 jugak. Mula2, 1st warning speaker volume 5 'bangunnnn dah tengahari tak bangun2 lagi, sedap sangat ke tido tu'. Itu dah biasa dengar, takdek hal lahhh. Biasa lah rumah 2tingkat. mak aku jerit je dari bawah malas nak naik atas. Jiran2 semua dengar anak dara tido sampai tengahari. 2nd warning tak bangun jugak, siap dengan air sebaldi nak simbah. Apa lagi eiii bungkaih aku bangun takut kena simbah dengan air..hahaa Segarang-garang mak aku tu ada baiknya, kalau tido rumah orang, rumah mertua ke mesti bangun awal. Kalau takde pe nak buat pun, konon2 la kemas meja makan, masak air ke, buat breakfast bodo, janji bangun awal. Malu dek orang aihh tido mah orang bangun lambat.
Pagi tu aku masak nasi goreng, nugget untuk budak2. Mak buat air teh o. Apa yang ada kat rumah tu, semua angkut, roti, donat semalam haha
Mak memang dari kat rumah lagi dah cakap nak pijak batu refleksi ni. Budak2 tu pun nak try jugak. Sekali pijak 'aduh duh duh2', haaaa rasa kan.
Tengok si kenit tu, dia selamber je blah. Aku pun laju2 kejar dia.
Arigato kozaima, orang jepun bawak basikal
Tak nak diorang merayau tah mana2, aku sanggup sewa basikal bawak diorang jalan-jalan pusing tasik. Cepat2 aku cop nak bawak Fina. Adek bawak Azreq. hihii dah rasa dah bawak Azreq macam mana. Surrender tak larat haku !!
Separuh jalan dah berhenti kejap, merah2 muka. Dah la tak pakai sun-block. Berbelang la muka
Fina relax je duduk belakang, suka dia. Suruh atok lak sambung bawak dia.
Adek target nak pusing 1 tasik la. Konon !! Tasik ni besar jugek woii. Ada jambatan. Ada orang memancing, ikan banyak sangat kat tepi2 tasik. Bukan reti takut orang.
Part pergi jalan mendatar, belum jumpa jalan turun naik bukit. Aku dah pesan 'jalan belah sana bukit bukau, tak larat nanti bawak Azreq kena tolak basikal kang' eii dia tak nak dengar aku cakap, 'apa guna datang kalau tak explore 1 tasik ni.' ooo ok cuba la. Sekali aku dah 10km kat depan terjerit2 panggil aku suruh tunggu. haaa padan muka.
Balik rumah semua pengsan, rasa nak tercabut kaki kayuh basikal. Pancit mama. Inilah aktiviti hari minggu kami, tunggu anak dah besar sikit baru boleh buat aktiviti lasak sama-sama. Sihat tubuh badan (poyo sangat) baru best kan !!
-zie-
Tag :
Lifestyle
3 Komentar untuk "Berkelah di Taman Layang-layang Metropolitan"
Bestnya.. mummy memang suka picnic picnic ni.. hehehe
hahahhaaha.. bab kena speaker tu dh selalu sgt bila zaman remaja dulu... tp takdelah kena simbah air , percik2 manja tu adalah.. hahahaha :p
Syoknya kayuh basikal... bole kurus tau.. ! nanti nak kayuh jugaklah.. hehhe
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.