Budak demok nak berak pulak|Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong



Lepas breakfast kat Restoran Tuu Dok ko..1488 kat Taman Samudra mak ajak gi Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong. Rupanya situ best, tak pernah pergi pun selalu tengok dari tepi jalan je. Nampak orang main layang-layang kat sinilah tempatnya, Pagi-pagi dah ada gerai bukak macam pasar malam. Gerai jual tudung, jual tikar la. Agak-agak lapar haus boleh cari makan kat gerai, ada gerai jual mainan,  buat-buat pejam mata jangan bagi budak-budak tu nampak. Diorang nampak playground terus tuju situ.

Kat sini ada tempat sewa basikal, roller blade, kereta control, ada macam-macam aktiviti santai bersama keluarga boleh buat kat sini. Layang-layang bersepah orang jual, petang-petang ramai lah orang main layang-layang, angin kuat. Pagi tak sangat.

Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong  
Banyak gerai makanan.

Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong

Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong
si kecik tu sibuk suruh ambil gambar dia, penat la Mira layan dia.

 

Tengah relax lepak tepi, Azreq datang kat aku dia cakap nak berak. Ahh sudah mana nak cari toilet. Ingat boleh di tahan-tahan, kalau nak terberak kat situ pun jadi.  Aku pun pergi tanya orang gerai situ 
'dik mana toilet'
'yang dekat ada tapi tengah renovation, yang jauh ada tapi kalau akak jalan kaki memang penat, jauh'

Aku fikir apa nak buat, nak pergi petrol pam. Jauh jugak, kang ada pulak terberak dalam kereta. Nampak pulak ada basikal sewa, aku pun sewa basikal bawak Azreq pergi berak. Dalam perjalanan nak ke tandas, mencabar sungguh jalan bukit bukau, turun naik bukit. Turun bukit sedaplah laju, naik bukit aku kena turun tolak basikal, bayangkan tolak basikal naik bukit. Kou ghase pe! Basikal oldschool pulak tu. Bukan canggih yang ada gear tu, tobat tak nak buat dah. Dah bertahun-tahun lama tak cycling part turun bukit aku takut jugak, kang lajak masuk tasik takottt wooo !! Banyakkan istifar.

'Azreq peluk mama, turun bukit ni'
'ok mama yahoooooo'
suka pulak dia, padahal dalam hati aku takot pun ada. Takot tak boleh control handle.

 
Sampai jugak hajat,  total kos Azreq nak berak RM10.20. sewa basikal RM10 (1 jam), masuk tandas 20sen. Peluh zumba keluar, berak tak sampai 5 minit. Memang nak berak sangat dah anak bujang tu. Fikir pulak nasib nak balik kang kena tolak basikal naik bukit, pengsan hakuuu.

 
Tengok jalan kat belakang tu, turun naik bukit. Time ni rehat jap, baru lepas tolak basikal naik bukit.

Part turun bukit aku suka, tang naik bukit hazab tolak basikal. Lagi-lagi bawak penumpang yang beratnya 25kg, bayangkan 2 guni beras. Pengsan mama nak tolak ko !! Aku anggarkan lebih kurang 2km jugak jauhnya.

 
'nape mama berhenti'
'mama tak larat nak tolak dah, mama penat la'
'mama jangan malas ehh, jangan tak larat'

eh ehh rasa nak pitam dah ni tolak dia, cakap kita jangan malas pulak. Rasa nak call abah suruh jemput. Nak je haku campak basikal tepi jalan. Memandangkan basikal ni sewa, gagahkan jugak sampai ke garisan penamat. Pandai pulak anak bujang ambil hati 'mama tak jauh dah nak sampai' cungap-cungap aku pandang dia lahaiii

 
Mission complete 

Mama yang sado, nasib mama serba boleh. Perjalanan mengambil masa 30 minit menghantar Azreq berak dengan menaiki basikal, pecah rekod hokey. Tak pernah aku buat, peluh-peluh macam orang joging. Baik mama pakai seluar track je tau. Lepas tu bukan tahu erti penat. Bantai sambung main, dalam kereta dua-dua keletihan. Tidur sampai petang 
i love my family !! 

Tapi ada member office bagi tau, kat sini kena berhati-hati. Kadang-kadang ada orang joging pun kena ragut, kereta kena pecah la. Itu kejadian luar jangka, benda yang kita tak boleh nak elak. Kesimpulannya, kat mana kita berada pun kena sentiasa berhati-hati kan. Kalau dah tertulis benda nak jadi itu dah nasib.

 Fina nampak mama terus terkam, nasib tak mengamuk masa mama takder.




-zie-
Tag : Azreeq
15 Komentar untuk "Budak demok nak berak pulak|Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong "

huhu..kat Malaysia ni kena tambah public toilet la.tapi kan, baca citer zie ni rasa nak tergelak pulak.lagi gigih dari mak naik basikal nak sapu planta kat roti tu..hahaha.tahniah!boleh buat iklan

tau takpe sal,gigih zie tolak basikal naik bukit.perlu improve public toilet tapi satu hal kebersihan kat Malaysia ni kurang

Adoiiii kelakar pun ada hihihihi azreq besar nt blh cerita dkt dia mcm mana kersungguhnya mama semata nk bawak dia beral kihkihkih.

Playgroundnnya besar. Nmpk mcm elok lg. Kalau tengok dek uwais mesti suka kemain dia.

Tak pernah pergi situ. Adoi bawak basikal..kita pun dah tak ingat nak balance badan..kalau kena macam kes ni...camnala ek...

dah besar nti bg dia baca mcm mana kesungguhan seorang ibu
hahaha lawak pulak

tu la anis,last bwk basikal ms sek2 dulu je,
rasa pelik pun ada badan pun dah gemok mcm kelakar bwk basikal
hahha

Wah nama restoran tu pelik no nak sebut hehe..wah bestnya jalan jalan

Tudia kos nak g toilet je dah RM 10.20 tu .. hahhaha mahai mahai..!

Budak2 memang bukannya reti penat.. suka je memanjang .. nak nak dpt naik basikal org kayuh.. lagilahh.. hahhaa

comey bam bam.. nampak sgt muka happy naik basikal..

Mula2 pun sebut mcm pelik..hahha takut mencarut ke hape

tau tak pe mummy, kos terpaksa tu
hahah

Inilah kehebatan ibu 👍👍

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top