Lunch Hour 2jam 30minit | Pustaka Mukmin | Fish Manhattan




Belum hari jumaat dah siap cakap, booking nak pergi Jalan Tar. Hari Jumaat kan gurl day out, dapat rest lama sikit. Tetapkan niat nak pergi Pustaka Mukmin kat Jalan Tar nak beli Iqra' Azreq. Dah ada Iqra' kat rumah tapi yang cerai-cerai punya. Tak nak shopping benda lain, saja aku buat pekak dan pejam mata tak nak terbeli benda yang mengarut. Kang ada tetiba tertarik tudung la, kerongsang la, oh no, no ...

pustaka mukmin 
Sedar dalam tak sedar dah rembat 1 tudung bubble crepe, dah beli macam tak kenan pulak warna ye. Pakai sekali je la tu kang..kui kui aku memang gitu

Ingat tak dulu Azreq pernah sorok Iqra' dia, Iqra' yang cerai-cerai ni lah. Sebelum dia sorok Iqra' 2,3,4 aku beli Iqra' yang satu buku Iqra' 1-6, senang tak de alasan nak sorok-sorok dah. Iqra' yang baru ni satu buku dari Iqra' 1 hingga 6. Mungkin dah lama ada di pasaran tapi aku baru tahu ada 1-6, hahaha. Kesian tertinggal keretapi. Alaa dulu mama masa kecik-kecik mengaji pakai Muqaddam je. Sekarang pakai Iqra' kan lagi cepat. Tapi mak aku cakap budak sekarang tak tau nak mengeja, dulu kita baca alif di atas aa, ba di atas ba, ta di atas ta, aa ba ta. eeee lambat la mak, biasa lah mak aku kan cikgu ada lah baik dan buruknya.  

Dah cari barang cari tempat makan pulak. Perut pandai bagi hint time lunch hour. Mula-mula plan nak makan Nando's kat Sogo. Dah siap duduk tinggal nak oder je. Lepas tu kitorang berubah fikiran nak makan kat Fish Manhattan pulak. Sebab sempit gilos tempat duduk kat Nando's Sogo. Tarik kerusi je dah berlaga punggung dengan orang belakang. Tak syok la badan dah la bagak-bagak.

Fish Manhattan
Antara menu Fish Manhattan

Fish Manhattan

 
Kecoh betul mak cik dua orang ni, yang sorang makan banyak. Sorang lagi makan sikit, nasi suku pun tak habis. Pe susah order je lah, nanti adalah ikan bandaraya sapu licin.

 
orang ni jugak maintain, tengok order pun mineral water..kua kuang2

Fish Manhattan
Da Bomd RM30.90 
Sarina dengan Nana Nurgaya kongsi. Macam tak percaya je Sarina kongsi, compius kejap. Betul ke Sarina ni, ke nama sama badan orang lain. Balik opis kang lapar nasi siap.

Fish Manhattan  
Mediterranean Baked Fish RM19.50 
Ini aku punya, aku kena makan nasi. Biaq pi la orang nak cakap pagi makan nasi, tengahari nasi. Sebab balik kerja aku kena jadi abg sado. Ambil budak-budak redah jem lepas tu terus hantar Azreq mengaji. Malam kang nak prepare untuk dinner pulak. Dah siap masak kemas sinki bagi bersih, nanti ada lipas cicak eee tak suka. Kemas2 beg for school tomorrow baru boleh lending, kalau tidak nanti pagi tak cukup kaki nak siap.

Fish Manhattan g
Cer teka air apa merah kuning. Air Mirinda strawberry dengan Mount View. Apa daaa dua orang ni order air gas, air ni je dah RM6.50 segelas, beli 1 botol Mirinda Strawberry baru RM2.50. hahah. plus GST & service tax lagi nasib badan la, Mxxxxxxx masih aman.

Fish Manhattan
Riso sangat tak habis, see apa yang tinggal 

Ini cerita hari jumaat lunch hour, sehingga ketemu lagi

-zie-
Tag : Lifestyle
7 Komentar untuk "Lunch Hour 2jam 30minit | Pustaka Mukmin | Fish Manhattan "

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sedapnya..! kat Melaka tak dak Fish Manhantan.. atau mummy yg tak tau..ehhh! hahaaha :P

Baca Muqaddam lagi best kot dr Iqra...sebiji-sebiji kenai huruf, iqra kenal bunyi..:D

Fish and Chip mana.. Fish and Chips.. menu best tu kalo pi manhantan..hhehe

makan ramai-ramai macam ni tak pernahnya tak habis..hehe

Kannnn tu yg malas oder air gas dekat kedai mahal cenggini. Beli sebotol besar jatuh lg murah. Klu blh bawak mineral water bawak siap je sorok dlm beg :p

tak pernah makan situ lg. One day nk cuba jugak la. Fresh kata org. Org la kata wuuuu

Wahh bestnya..akk pon guna iqra' yang satu buku gtu gak utk anak2..senang tak carao berai..bestnya makan2..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top