DIY Goodie Bag Lebih Jimat | Birthday Party



Dalam minggu ni aku sibuk DIY goodie bag birthday party Azreeq. Tiba-tiba je datang idea. Sibuk nya mengalahkan mak pengantin. Aku buat sebab minat, suka. Bila aktiviti gam2, gunting2 rasa relax je. Macam ni lah cara aku release tension. Kalau orang yang tak minat, batalkan la niat tu tiba-tiba nak jadi kreatif. Memang tak jadik ye. Minat ni kena datang dari hati. Kalau di paksa-paksa terseksa jiwa raga tau. Tapi, 'bakery' memang aku tak minat. Ampun banyak kali. Dah cuba, tapi seru tu tak sampai. Jangan harap nak merasa kek yang aku buat. Tak tahu la akan datang kan, kadang-kadang orang ni boleh berubah. Tiba-tiba pulak nanti aku terror gila buat kek. Siap ambil tempahan lagi. erghhh dream some more.

Bila kita DIY sendiri, aku rasa puas hati dengan hasil kerja tangan sendiri. Cantik aku simpan, kalau buruk ke tong sampah jawabnya. Laki aku cakap ' yang, nanti budak-budak koyak jugak, dorang nak isi dalam je' ehhh bia la, aku sukaaaaa. Meriah la sikit ada gambar kartun-kartun.

DIY Goodie Bag Lebih Jimat | Birthday Party 
Start dah aktiviti gunting mengunting, sampai aku paksa Sarina tolong gunting kan. Bising mulut Sarina kena paksa dalam rela, membebel-bebel tapi tangan jalan gak. hahah i like!! Sarina cakap 'dia tolong bukan dapat seketul goodie bag pun' hooo berkira. Tapi walaupun kou membebel sampai keluar nanah kat telinga, aku tetap sayang ko nok' hahhaaa sebab kou la kawan gaduh aku, kalau kou takde sunyi office ni. *kena paksa tulis ni. wekkk

DIY Goodie Bag Lebih Jimat | Birthday Party 
Comel tak burung hantu kitew, macam angry bird pun ado. Main gunting2 sampai gunting pun patah. Kalau ikutkan tema birthday boy is Ultraman. Tak pandai mama nak buat seketul muka Ultraman macam tu. Owl pun jadi la ye. Ada kek Ultraman, ada belon Ultraman pun dah cukup.

DIY Goodie Bag Lebih Jimat | Birthday Party 
Sambung bawak balik rumah, dah tentu lah banyak tangan yang nak menolong. Korang tau tak aku buat benda alah ni pukul berapa. Pukul 11.30mlm hokey. Tunggu kiddo's tido baru boleh buat dengan hati yang tenang. Nasib buat goodie bag 30 ketul je, kalau lebih daripada tu kasar tangan mak kou nak!! 

Tak payah lah aku tunjuk tutorial buat goodie bag ni macam mana. Tengok je kat dalam Youtube berlambak boleh cari. Lagi canggih, advance, thevance dari ni. 

DIY Goodie Bag Lebih Jimat | Birthday Party
Sambung nanti the final Owl !!



-zie-
4 Komentar untuk "DIY Goodie Bag Lebih Jimat | Birthday Party"

huntongg laa tangan kretip.. gud2..cerr akk..dari burung hantu..btol2 jadi hantu teros..hahha.kecik2 mak tak bedung apa??

Kretifnye ko dik...cantik dah beg goodie mesti kekanak suka...akak pon suka gak bab diy gini...bila dah siap dan nampak cantik mesti rase puas hati sangat kan...

comelnya..idea yang sangat kreatif , was here jenjalan Rabu :)

Kreatifnya mamaaaaaaa. Buat benda alah ni kena ada sifat rajin. Tak rajin alamat buh dalam plastik jelaaaaa huihuihui

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top