Ultraman|Preparation Birthday Party at School



Tahun ni si anak bujang nak sambut birthday dengan kawan-kawan dia kat sekolah. Dah besor sikit la katakan. Bagi peluang sambut dengan kawan-kawan, mak apak jangan sibuk nak ada jugak. Atok dia pulak yang lebih-lebih nak sambut lagi lah, nak family eating out lah. Dulu birthday aku takde pun gitu, time cucu pulak ada, babab kang! Dia nak kek Ultraman, ultraman lagi. Tak abih-abih dengan Ultraman dia. Bila jumpa ultraman pakai custom takut pulak. 

Ini picture lama. Tahun bila pun tak ingat dah. Masa ni ada sambutan Father's Day kat Festival City ada pulak sesi bergambar bersama Ultraman Mebius. Nama Festival City pun dah tukar kepada Setapak Central, huh tak sedap langsung nama, nak sebut pun payah.   

ultraman mebius 
With hero kesayangan. kat situ ada display patung Ultraman besar, tak pandang mama abah terus terpa patung ni walaupun tak boleh masuk. Dia pedulik apa tak boleh masuk. Ada kesah !! Peluk-peluk kaki Ultraman tu, teruja sangat. Patung berani la.

Ada sesi bergambar bersama Ultraman Mebius, ada timing pukul berapa Ultraman tu turun. Kebetulan memang rezeki Azreq nak jumpa Ultraman kena pulak timing dia. Kena beratur nak bergambar, tapi al-kisah masa ni tak ramai orang yang beratur, aku pun ambil kesempatan nak bergambar jugak. Bab nak layan benda macam ni aku memang malas. Alah setakat nak bergambar je, tak kuasa nak layan. Kalau jumpa artis tepi jalan pun aku buat-buat tak nampak, siap laga bahu pandang senyum je lah. Tak kuasa nak pergi kejar nak bergambar bagai lah. 

Tak lama tu orang ramai jerit-jerit Ultraman Mebiusssss, aku tunjuk kat Azreq 
'Azreq Ultraman datang'
lepas tu dia gosok-gosok mata cakap nak tidur
eh! pe hal, nak tidur pulak. Aku tau dah kalau gaya gitu dia takut hahahha
 
ultraman mebius 
Kemetot je Ultraman ni, hahaha

ultraman mebius 
Ultraman pun mula beraksi. yah hiyah yah, fire je tak keluar

Kami orang yang ke-3 beratur, ke-4 adek aku, ke-5 adek aku jugak hahah Dah tua bangka pun nak bergambar jugak dengan Ultraman. 

 
Fina baby lagi, geram montot-montot bambam kaki dia 

Sampai turn kami, Azreq meronta-ronta nak balik dia cakap mata Ultraman tu ada lampu. Nangis-nangis apak dia dukung jugak. Penakuttttt. Kat rumah gagah perkasa sangat, semua gaya Ultraman dia buat. Bawak jumpa Ultraman takut pulak. apa daaaa!

In making goodies bag. Eh ada Fame Matte Cosmetics Lip Cream sesat kat situ. Sambil-sambil buat tenyeh sikit Fame Cosmetics.



-zie-
4 Komentar untuk "Ultraman|Preparation Birthday Party at School "

wow suka ultraman ye.. hia hia hiaaa.. tapi penakut rupanya.. kikiki

suka sgt dgn ultraman tp bila jumpa takut
hahha

Biasalah budak2.. memang lagu tu. hehhee

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top