Azreq's 5th Ultraman Birthday



Last year tema Transformers birthday party. Sambut dengan family2 je, simple but have fun. Tahun ni dia nak kek Ultraman dan sambut dengan kawan-kawan kat sekolah. So, birthday boy jatuh hari Jumaat alang-alang mama amik cuti terus kebetulan ada hal yang di selesaikan. Sambut la birthday boy kat sekolah dengan kawan-kawan dia. Mula-mula mama datang bawak belon tukul Ultraman tu. Sampai kat pintu sekolah je, kawan-kawan Azreq dah bising cakap 'Cikgu, Mama Azreq datang bawak belon Ultraman, wahh belon Ultraman, Ultraman2' 

Suka kanak-kanak dapat belon, lompat-lompat tak sabar nak pegang belon tu. Tapi cikgu dah tetapkan rule. Time nak balik baru boleh ambil belon. Aku tengok jam. ohhh tak lama dah, lagi 1 jam nak balik. Betul jugak, ingat senang nak control 30 orang kanak-kanak. Elok jugak cikgu tetapkan rule macam tu, aku tengok ada yang tak dengar arahan ambil belon dan diorang main lawan-lawan sesama sendiri..adui pening mak non. Terjerit-jerit cikgu macam Tarzan Malaya. Aku gelak je tengok gelagat diorang. Agaknya mak aku pun macam ni..*giggles

kek ultraman 
Here we go, Ultraman at the school 

Tempah kek ni pun dah last minute, nasib ada kawan ucu yang pandai buat kek. TQ Kak Sue. Tinggal pun area situ jugak, senang nak pick-up ur-self nanti sebab kak sue buat kek part time je. Masa aku pi pick-up tu dia keje shift malam lak, yang ada kat rumah laki dia dengan anak-anak dia je. Aku paksa laki aku suruh ikut jugak hihii. Ada lak nak suruh aku gi sorang-sorang, pang 1000 kali kang !!

kek ultraman
 Kek pakej dengan toys, tak payah menagih simpati nak toys dah. Suka betul Azreq bila nampak kek Ultraman ni, siap ada Dinosour lagi. Si Fina sibuk nak ambil telo Dinasour tu, dia ingat boleh makan.

 Getting ready to sing the birthday song.

Suka sangat Azreq bila kawan-kawan dia sing the birthday song kat dia. Banyak versi birthday song, malay, english, indon & Arab kot. Enjoyed the party.

 
Comel sangat gelagat kanak-kanak ni, Fina pun join sekali.

Gambar ni cikgu hantar dari wassap. Nampak tak mama menyibuk kat situ. haha 

My baby is 5th
Tangan demok sedang potong kek, tenggelam tangan Fina
  And they posed !!

 
Comot anak bujang makan kek, cikgu cakap semua kanak-kanak di latih untuk independent. Konsep semua buat sendiri, dari nak mula makan sehinggalah basuh tangan. Makan kek pun pakai tangan, aku dah siap beli sudu untuk depa makan kek. Cikgu cakap memang di latih untuk makan pakai tangan, apa yang cikgu cakap diorang akan dengar. Lepas makan pandai diorang basuh tangan sendiri.

 
Baby Fina pun nak gambar jugak, dia ni lah assistant mama mana mama pergi. Dia pun tolong mama angkat belon, kedek-kedek jalan bawak belon. Bawak 1 belon tapi macam kendong 10 belon. Omey!!

goodies bag DIY ultraman 
Semua kanak-kanak dapat goodies bag dengan belon Ultraman. yahoo

 
Sama tak muka kami.

Selesai dah birthday party at school. Semoga Azreq membesar dengan sihat, berjaya dunia akhirat. Happy Birthday to the apple of our eyes, our amazing young man, our source of happiness and joy. We hope you enjoyed your birthday party. Please don't grow up too fast Azreq !

Love, Mama&Abah&Fina



-zie-
2 Komentar untuk "Azreq's 5th Ultraman Birthday "

meriahnye besday parti Azreq...mana la bebudak tak geram dik tengok belon atomen bebenyak camtu...kikiki...kek pon nampak sedap gebu je...alhamdulillah semua berjalan lancar...happy besday hensem boy...haah la buka korang sama :p

selesai dah birthday party dak tu, penat kak nak melayan kehendak dia tuuuu.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top